Rasa2 nya kalau berlaku di sini macam mana gamaknya yer? Ramai kut pencinta2 DSLR yang banyak berkeliaran di sana-sini akan mengambil gambar koleksi & kenangan. Keruntuhan moral atau juga masalah mental?
SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi
gaya terbaru, berjemur di dalam pengangkutan awam bukan lagi di pantai2
6 komen ! anda pula ?:
let a papaya!?
tegar ni..
pelik2 aje lah diowng nyh..ta boleh di biarkan..
diorg dah x ade kerja nak buat kot... mybe selesa time musim panas ni kot heheh
hahaha , dia xde kje la tuh .. :)
tak dapek nk nolong..makin maju rupenyer jalan makin kebelakang kuikui..
Catat Ulasan