Recent Posts

Like This Blog ?

Sabtu, 25 Disember 2010

Sempena Piala Dunia, Pelacur Akan Diberikan Lesen Melacur

Gambar hiasan
'Tindakan kerajaan yang menghalalkan lesen judi untuk Piala Dunia dibimbangi akan mendorong pelacuran akan menjadi industri yang akan dilesenkan.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, makan kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen," kata Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Abidin yang dipetik dari media.

Beliau berkata, amalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) bakal meruntuhkan institusi keluarga dan bakal merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan -lahan.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah

"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," jelas beliau. 


sumber : sini>

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !