Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 31 Disember 2010

Sape Sokong "Broadband" Makin Gila Sekarang ?


Sapa sokong broadband gila ? mmg gila pon... Aku pkai yg vodafone punye jenis K3565.. Broadband x gila tp provider dy yang gila. Lau dari Maxis & DiGi xtau la.. Yg aku tau Celcom je... coz aku gne celcom.. mmg btol2 gile r! Lau mlm je mzti gila n mlm la paling gila! teruk tuhan je tau. Ntah.. ramai org yg gune kot.. tp xkn xde pembahruan or pape.. huh! nak berblogwalking pon sush! haish! Tgok pic bawah...




Slow tahap..... ey! Bengap btol! Bayang r speed download atas juz 37kbps ? hum... mmg ase nak patah2kan je.. hrap sabar je ade...kih3.. tgok.. beza ngn pic bawah... 




Tgok ? Bleh beza x ngn pic atas ? mmg jauh r. Ni time laju ckt. Time bese dlm 400kbps ke atas...bleh la... x wt pape pon... agpon aku ngah syok main game ni.. > Conquer mmg caya la beb.. sdp gile game ni! aku main 3 taon dah.. klik gmba tuk lebih.. jelas..


Conquer Online..Gem World(Ruby)
p bese2 je...time cuti ni bleh la lpaz bosunk! k.. xda pape dh..juz to share.. kate org "Sharing is Caring".. hak3..Salam...

Guru kekal dipenjara 20 bulan rangsang murid


SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.



sumber : WowBerita

Isnin, 27 Disember 2010

Hahaha... Lucah ke x ?

Hem....td bosan tol ase.. pas2 saje2 bke nuffnang... Tgok mcm2 la kat dalam.. bla3... Last2 skali tgok la bahagian keywords... terkeju aku, tgok ni...




Haha...tgok x? erm...pas2 rase jgk terdetik dihati nak post. Bkn pe, nak share je ngn para blogger...kih3..otey2.. Salam...

Komputer Yg Lembab ? Anda Seorang "Gamers" ? Game Booster Jalan Penyelesaianya.



Anda seorang kaki game ? Masalah komputer yang lembab ? Guna la Game Booster. Game Booster versi 2.1. Ni edisi yang terbaru. Bnyak la nde yg boleh ugrade. Tp gune yang premium pune la.. Ni perbandingan yg premium dgn yg free..




Dah tgok ? Lebih baik premium kan ? Em... xpee, kod produk akn diberikan percuma. Juz copy n paste je. Ni screenshot kat komputer aku... (Nak lebih jelas..klik gambar)


Nak lebih jelas..klik gambar..
Dah tgok an ? Cantik x ? hak3! cantik2 x pntg, tp yang penting kegunaanya. Klau nak boos tekan je kat c2. Then lau nak kembali asal, tekan Restore.. Senang je.. Dan tersedia shortcut for game juz tarik shortcut game tu dan tarik ke dalam kotak yang disediakan dan jadi la mcm ni...


Hem...camtu r..juz double click kat game tu dan dy akan keluarkan mcm ni...
then...kluar la game yg korg nak main tu.. ok.. Dah abes da sume.. Nak try x? lau nak download la kat bawah ni...


1. go to >> GameBooster 2
2. Lepas tu keluar la 1 page kan.. korg tekan kat sini...tgk pic bawah. Yg anak panah tu.. Xpyh la yg premium sbb 6ti aku ajar camne nak jadi premium..




Tunggu la smpai sudah... 
3. Install siap2 n last skali copy this product key> 56707-B9BD7-1C118-60448
Lpas siap ltak key tu baru la jadi camni..


Haa! dah tgok kan? dah jadi premium dah... n now enjoy your self! ok...Salam..

Rahsia Rumah Gelap ? Membari Pulangan Lumayan..



Haha... taktau nak post ape ttbe je rase nak post tntg rumah walit. Agpon aku minat n banyak tau sal ni. Ayah aku pon ade uat gk..


Keghairahan orang Terengganu dalam industri burung walit agak luar biasa. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan dan tanpa tunjuk ajar mereka sudah berani membangunkan rumah walit. Percaya dengan lapuran akhbar bahawa pulangan dalam industri walit cukup lumayan. Mereka tetap yakin bahawa pulangan dari pelaburan rumah burung walit bukan Ringgit Malaysia rutusan malah puluhan ribu sebulan . Lantas ramai yang ingin mencuba dalam bidang ini. Kemampuan dan peluang yang ada terus digunakan. Maka terbinalah sebuah rumah burung walit dengan rekabentuk mengikut perspektif sendiri. Lantas dibayangkan bahawa kehendak burung walit sama dengan kehendak manusia. Maka terbinalah sebuah hotel untuk didiami oleh burung walit yang menyamai hotel untuk manusia. 




Dibinanya lobby dan bilik-bilik yang dikira cukup aman bagi tempat tinggal walit tanpa gangguan. Bilik-bilik tersebut dinamakan dengan berbagai istilah ada kawasan roving room dan nesting room. Laksana sebuah gua yang terdapat dihutan belantara atau dilautan samudra luas.




Sebaik sahaja bangunan siap dibina lalu dicarinya penjual suara burung walit yang enak lagi merdu untuk memikat walit masuk dan bersarang dalam rumah tersebut. Mereka sanggup membeli suara kadang-kadang mencecah ribuan ringgit yang kunungnya suara hebat yang mampu menarik ribuan walit datang. Suara walit mula dibunyikan mula-mula perlahan, walit tidak juga datang. Lantas suara  dikuatkan sedikit. Walit datang berlegar diatas, lalu dikuatkan lagi maka walit keluar masuk lubang . Buakan main gembira lagi tuan punya. Pastinya gembira kerana rahsia rumah gelap sudah terbongkar. Impian menjadi jutawan senyap akan menjadi kenyataan.


Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga menjelma. Pihak berkuasa tempatan datang menyerahkan notis, bangunan yang dibina tiada kelulusan pelan dan diarah roboh. Jika tidak tindakkan meroboh akan dilaksanakan. Rupanya keghairahan mengundang mala petaka. Bunyi yang kuat menganggu kedamaian tetangga. Desakan dibuat supaya pihak berkuasa bertindak. Gelap dan hancur harapan.  Jika bernasib baik hanya sekadar notis peringatan…….




Pengusaha terus menunggu dengan harapan mendapat pulangan pelaburan sewajarnya. Setahun, dua tahun malah sampai empat tahun menunggu dengan sabar . Selepas begitu lama menunggu bukan sahaja tiada sebiji pun sarang, malah burung tidur pun tidak ada dalam rumah tersebut. Orang kampung dah tahu. Kadang-kadang terdengar suara sindiran. Sabar je lah..nak buat macam mana rezeki tidak ada lagi.




Selepas empat tahun baru sedar bahawa rumah burung yang dibina tidak memenuhi spesifikasi sebenar sebuah rumah burung. Mungkin tidak kena design. Macam-macam bentuk design yang ada ada rumah burung jenis A, B, C atau D. bagaimana pula dengan kegelapan, suhu , ventilasi atau kelembapan . Suara burung yang digunakan adalah sebagai alat promosi untuk memikat. Namun begitu faktur lain tidak kurang  penting dalam menentukan kejayaan.


Sarang Yang Baru Dikutip
Gambar Lebih Jelas
Sarang yang siap dijual
Ni la contoh sarang yg siap direneh..
Bersabar dan menunggu dalam kesilapan adalah suatu kebodohan. Carilah mereka yang boleh membantu. Jika terpaksa keluarkan sedikit belanja apalahnya. Membongkar rahsia rumah gelap membangun jutawan senyap bukanlah hanya sekadar  impian. Pastikan  kita mampu merealisikan impian tersebut.


Hem...ayah aku pon ade 2 buah rumah walit ni.Bagi aku, pade duk iklan nuffnang ni, baik korang buat rumah burung. Lagi lumayan.. hehehe (padahal aku pon same!).Tp aku serious n jangan buat memandai! Tnye orang or pgi la kursus atau mane2 seminar lau ade.. Lau x, melabur duit saje2 laa. kuang3... Sape nak tanye pape boleh la komen kat bawah sbb aku pon bnyk tau sal ni,aku kan anak tauke.kih3.tata..Salam..

Ahad, 26 Disember 2010

Hormoseksual ? Saya Gay, Saya OK...


Skarang waktu subuh, nk wtpe ek ? Nde ni dh lame aku bace cuma td sdg aku berblog walking, terjumpa jgk.. Amik la ltok lam blog ni.

Terbaru,saentero rakyat Malaya gempar dengan video pengakuan terbuka lagi berani seorang lelaki melayu yang mengaku sebagai GAY dan merasa yakin jalan yang dipilihnya itu betul biarpun tahu situasi dan kondisi rakyat Malaysia masih belum dapat menerima hakikat tersebut.

Dalam sebuah video pendek kira-kira durasinya 2:42 minit itu,lelaki melayu tersebut yang bernama Azwan Ismail telah mengaku bahawa beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuat pengakuan tersebut secara umum dan kini,hasilnya beliau mendakwa dirinya menjadi semakin yakin dan bersemangat untuk menempuhi masa-masa yang mendatang.

 
Bengom! Bleh dy ngaku terang-terang gtu ow.. bengom+gile pade binatang ag! Berat nanang! Rosok Blake ! 

Mungkin tidak keterlaluan untuk mangatakan bahawa,kini sudah tiba pada zaman di mana manusia sudah tidak lagi segan silu untuk berzina meskipun di hadapan manusia yang lain sepertimana dalam sebuah hadith Rasulullah SAW tentang gambaran peristiwa di akhir zaman.

Persoalan di sini,di manakah pihak yang berwajib yang sepatutnya terkehadapan dalam menjawab dan menangani isu ini??

Bila mengenang tentang azab siksa yang diturunkan ALLAH kepada Kaum Luth yang mengamalkan homoseksual secara berleluasa,dan juga bagaimana ALLAH telah melenyapkan sebuah generasi ketamadunan Rom di Bandar Pompey akibat daripada segala aktiviti ini menjadi status "halal" dalam masyarakat mereka,rasa gerun terus menerjah apakah suatu hari nanti giliran Malaysia pula untuk mencatat sejarah yang sama??

Ayuh,marilah kita sama-sama menentang pergerakan yang begitu bahaya ini dalam usaha menyelamatkan seluruh generasi manusia di bumi pertualang ini daripada terus menjadi hamba penjajahan moral dan penyakit sosial yang parah.

huh... fikir2kn la...ngntox.bye.. Salam..

Sabtu, 25 Disember 2010

Tips Memikat Hati Suami...

Isteri mithali...


Jom kite baca beberapa tips atau petua yang berguna untuk menawan hati suami.

Senyum selalu
Tidak susah untuk diamalkan. Hanya senyum . Tapi jangan pula semasa suami sedang bercakap hal serius,anda senyum memanjang pula. Tengok-tengoklah tempat dan masa yang sesuai. Sesunguhnya, seorang suami lebih suka tengok isterinya senyum daripada menunjukkan ‘muncung’ yang panjang.

Sabar dengan karenah suami
Adakalanya suami berasa tertekan kerana masalah di tempat kerje ataupun masalah lain. Ada kemungkinan marahnya terbawa-bawa ke rumah. Sekiranya ia terjadi, anda perlu bersabar. Jangan membebel kkhuatir perang mulut pulak yang terjadi. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat suami lupakan masalahnya.

Kurangkan berleter/membebel
Biasanya, isteri berleter kalau ada sebab dan ia adalah lumrah. Tak salah membebel kalau untuk kebaikan bersama. Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan tu kerana lelaki memang alergik dengar perempuan membebel. Sesetengah suami sampaikan tak mau balik rumah sebab tak mau dengar si isteri membebel sepanjang masa. Jadi, daripada membebel, lebih baik anda fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.

Berhias di depan suami
Menghias diri bukan hanya masa nak keluar jer. Apa salahnya sekali-sekala anda berhias di depan suami. Mekap lawa-lawa, pakai baju tidur yang menggoda, atau pakai perfume yang boleh bangkitkan ghairah suami. Tapi jangan pula anda pakai baju seksi, perfume mahal, tapi tepek muka dengan bedak sejuk:-) Terkejut beruk suami nanti!

Belai dengan manja
Bukan wanita saje yang suka dibelai, lelaki pun sama. Apa salahnya semasa anda sedang duduk berehat dan santai, apa kata anda peluk suami dengan manja atau belai rambut dia…selain rasa diri suami terlalu istimewa, pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.

Masak untuk suami
Ruangkan sedikit masa untuk menyediakan makanan untuk suami anda. Jangan asyik makan di luar sahaja. Kalau tak reti masak, belajarlah dari mak sendiri atau ibu mertua… kitakan perempuan memang perlu tahu memasak. Sedap atau tidak itu perkara kedua. Suami pasti akan terharu jika isterinya yang tak pandai masak tiba-tiba belajar masak hanya untuknya.
Manjakan diri
Lelaki suka dengan wanita yang manja. Tapi jangan keterlaluan. Sekali-sekala tu bolehlah bersikap manja, tapi jangan pada setiap masa, tengok tempat dan waktu yang sesuai.

Urutlah si dia
Apabila suami balik dari kerja dalam keadaan penat, pasti seronok kalau ada orang yang mengurutnya. Boleh hilangkan tension. Bahagian yang biasanya best diurut ialah bahu, tapak kaki, kepala dan yang lain-lain tu, fikir-fikirlah sendiri, yer. Dengan ini, suami akan lebih menghargai kewujudan kita sebagai isteri. Lagi satu, rajin-rajinlah mengurut suami, tak tahu boleh belajar jangan sampai dia cari ‘tukang urut’ kat luar… siapa yang rugi.

hehe...untuk suami isteri je ea! jgn bace lau x ckup umor! hehe...tata

KELUHAN HATI ISTERI.....



Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat Abang,

Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakanJanjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan…

Abang,Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!



hehe...

KELUHAN HATI SUAMI.....



Duhai isteriku….
Abang ingin kahwin lagi..bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda.. memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang ini perasan saja..bila bekerja berbincang bersama..
entah kepala ini dah melayang ke mana..mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku…maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu.. “Pah butang baju abang mana Pah….”


ikuti sambungan "KELUHAN HATI ISTERI..."...

9 Jenis Anak Syaitan



Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Isu tudung orang Islam dan kristian (sister)

Aku terbaca satu artikel mengenai tudung wanita kita ni yang leh dikatakan sekadar cukup untuk menutup aurat. Persoalannya ada yang mengatakan fesyen yang tebaru ni (yang melilit kat leher) mengikut ajaran kristian. Betul ker?so aku masukkan salah satu komen kat bolg di sini untuk pertimbangan korang..

mungkin ramai yg salah faham..siapa yg kurang faham,eloklah bertanya kepada ustaz / ustazah/pakar yg belajar tentang religions (agama &jenis2 agama)..bukan ustaz/ustazah yg belajar tentang tajwid ke,ekonomi ke,n etc.sbb setiap ustz/ustzh ada bidang yg menjadi kepakaran mereka.salah jumpa doktor pakar,kan dah salah mkn "ubat".. Kan kan?

jadi,sekadar berkongsi ilmu dari lecturer saya di uia,semasa kami belajar subject Methods of Dakwah.( madam Saodah Abdul Rahman) .=).beliau ialah antara lecturer yg selalu hadir conference (persidangan) bersama ketua2 agama di seluruh dunia dan beliau biasa masuk ke dalam church (pelbagai jenis church) n etc.



ok,..mana ada islam yg menyerupai sister di church ni..xde langsung..sbnarnya mereka yg ikut islam. Mereka yang mengamalkan perkara2 baik dari ajaran Islam. dan yg tepatnya,mereka ini ialah golongan yg ikut ajaran kitab injil yg asal dari segi pakaian.(dari segi akidah mereka tak nak ikut).ok,sebelum islam datang,ajaran yg dibawa oleh nabi terdahulu adalah mengikut kitab taurat,injil dan zabur kan? ha..org kristian skrg ni ikut ajaran injil yg dah ditokok tambah.so,ade part yg dia ikut injil yg asal,ade part yg die ikut injil yg dah ditokok tmbh.


justeru itu, masih ada org kristian yg amalkan ajaran injil yg asal..(selalunya paderi/sister/yg berjawatan) mereka ni dikenali sbg kristian ortodoks.mereka ni ialah golongan yg mengikut ajaran yg benar (agama Allah sebelum kedatangan islam).jadi,pakaian dan akhlak mereka adalah yang baik2..(pakaian yg baik -menutup aurat- dan akhlak yg baik -jujur,ikhlas,pemaaf dan sbgnya. )

jadi,pakaian jubah,tudung,(mcm tudung trend skrg ni) tu smua pakaian yg baik2..menutup aurat..tak ada isu islam menyerupai sister di church.

cuma,setelah kedatangan Islam,ajaran yg dibawa oleh nabi sebelum Muhammad serta kitab sebelum Al-quran,semuanya telah diMANSUHKAN.akidah mereka tidak diterima kerana Allah telah menyuruh kita semua mengikut ajaran Nabi Muhammad which is Islam dan mengikut kitab yg dibawanya which is Al-Quran.

jadi,harap jgn keliru ye.. yg salah pasal tudung ialah tidak menutup auratnya..mksudnya kain tudung yg singkat dan sbgnya.Banyak lagi pakaian kita yang sama seperti jubah,kopiah,ihram (sami budha kan pakai mcm ihram,color je lain) dan ada byk lagi contoh yang lain.

maaf sekiranya ada yg tidak bersetuju.saya cuma berkongsi ilmu dari apa yg saya pelajari.kepada yg lebih arif,mohon rujukan kepada yang lebih arif..wallualam (^,^)

Nak Download Lebih Laju ? Dgn Free ?

Downloader ni dh lame aku gne tp skunk versi baru plak n aku post ni juz nk share je. Sape yg kuat donwload pape dari internet bleh la gne cam doownlaod software, movie, lagu. Sumenye sesuai.. Downloader ni x mcm domnloader2 lain coz dy akn cuba mnyamai kelajuan internet.. Pergh!


Internet download manager. Sape prnh gune? Emg pergh an? Tp dy bagi 30 day je percubaan. Dipanggil lesen "Trial". Lau nk gne jgk scara sah kne beli la lesen kat laman web dy. Tp ade 1 ag cara, tau x? nak tau x? erm.. Kebiasaany sowtware pape pon mzti ade "hacker" yg cuba bypass setiap lesen software. nde tu oeg pnggl "crack". Em.. slalu dgr kn? Sape nak idm ni n crack skali bleh download secara free kat link bawah. Tengs all! Byep! Salam..


Link Download :> Klik Sini password file RAR : kandangankids
Note : Lpas gune crack jgn update ! sbb crack hnye untk versi dtetpkn je..tk !

Melacur Untuk Beli Susu Anak



KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."
Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.
Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.
Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya.
sumber: kosmo

Sempena Piala Dunia, Pelacur Akan Diberikan Lesen Melacur

Gambar hiasan
'Tindakan kerajaan yang menghalalkan lesen judi untuk Piala Dunia dibimbangi akan mendorong pelacuran akan menjadi industri yang akan dilesenkan.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, makan kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen," kata Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Abidin yang dipetik dari media.

Beliau berkata, amalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) bakal meruntuhkan institusi keluarga dan bakal merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan -lahan.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah

"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," jelas beliau. 


sumber : sini>

Buat Duit Free ! Senang jer !

Bosan ! Hem, dh la duk kat kg, panas! Tp nasib ade gk line wlaupon juz 1 bar. huh! tp xla truk sgt, mgkin sbb xde org pakai kot..erm... tgok la pic bwah ni.. 




huh! lembak gler! Dh la pnas..huh! Tp pape pon luangkan mase ngn blog tersayg ak nyh.. Post kali ni tngtg duit free! sape nk duit free ? Sng je, yg ak ajar ni simple but nk ckt kesabaran n pgorbanan je. Sape suke menulis? erm.. berblog la.. Sbnarnye sape yg ade blog tu bleh la uat duit slow2 dgn mmpmerkan iklan2 kat blog anda. ade yg brbyar tp yg aku gne ny free je. Sponsor aku ny by Nuffnang 




Dah 1 buln lebih aku urus blog ni, td ak buke la lmn web nuffnang n login.. ha?? Dlm akaun aku ade somtng...hehe... RM1... RM1 je? hem...syukurla ngn pe yg ade pade xdpt langsung. Pas2 jdi la smgt ckt.. Erm.. n sbb tu la aku tlis ni coz nk gtaw korg.. Ane tau, bleh la uat duit poket ckt2. Aku tau nde ny dari surat kbar. Ade yg pompuan tu.. laman web dye redmummy.com. Pendapatan dy 10k sbulan! pergh! xpyh keje pon. Juz jdi blogger je. 


Ni la money yg aku dpt tu... 




Sumeny Rm1 je. Penerangan dy camni "Bonus CTR
Untuk menghadiahkan blog yang mempunyai rekod kempen yang bagus, Nuffnang kini memberi ganjaran bonus kepada blog yang mencapai CTR (Click-through ratio) dari 0.2% dan ke atas bagi kempen baru yang disasarkan ke blog mereka. Nilai ini berdasarkan purata standard industri"

Tgok tu... carta bar nuffnang untuk ari ny.. xla bnyk sgt.. Bleh la pade xdop truh. Sape2 hok ade blog tu bley r gne iklan ny n letok p lau nk ltok bia r blog tu rmi org bace.. baru pergh! ni.... klik gambar untuk lebih jelas..





Sape nak cuba tu bleh la cuba... try je dlu.. ane taw... ok! papai!!! Salam..

Khamis, 23 Disember 2010

Result PMR Aku ? Tp Syukur je...



Salam sumer! heyp! hem... Bile tgok je blog, ase nk post somtng je... Tp x tau nk post ape... Nak post pe ek? erm.. Kebetulan ari ni dpt result PMR taon 2010!!! huh! Berdebar2 ase... Grr! Tp pape pon, mzti berdoa n ingt kepada-Nya...

Eh! Aku x igt... nk post sal PMR... Em... 1st msuk pgar skolah je tdi atiku bgaikan nk tercabut akibat kuat sgt bergetar kot, huh! dh la sejuk gle! Hem... tp uat2 rilexs jee. Ermm, tgok org rmi duk tggu result kuor pon lg uat ak tkowt! tp nasib la ade geng2 yg boleh sembang n ilek2. Baru x tkot sgt. Hem....

Lamenye! Erm, sembang la lg... tp, mase ak sembang tu ak toleh ke kanan scara tdk sngaje n terkejut!! eh??! Mcm knal je? Sape tu? Erm, Then 6pk plak sorg lagi, ni dy jong tu!! haha.. sori lau tuannye tertgok. haahah...


Herm, baru la igt, yg ase2 knal tu upenye mama Husaitul Raki'in... my mum!  hehe... 
huh! pas2 sruh la org laen cari2 tkot bdax tu mari, tp x mari... so sad! Yg jong pic kat atas ni snyum2 kat aku... tumbuk an!! heehe... Dh la nk trik2 org, xmalu! hem, tp dlm ati ni nk jgk ckp ngn ma dye. Nak jgk knal tp tkot lar!

Lame gler tggu! Sambil mnggu tu ak g jgk jln2, jmpe2 kwn yg laen, last2 stop kat kwn name Akim... Sembang2 kat c2, aku pon prasan jgk ma Saitul asyik tgok je aku tp ak nk tgok balik tkot ckp prasan plak 6ti.. hmm... n tkot gk ade slah kee...tp aku uat ilex je..


grr! last2 pengetua pon mula lah berucap, baru ase lega ckt... lame gle tggu. pas2 bdax2 yg boleh result molex2 naik pentas la. 1st yg bleh 9A bdax dari kampung aku! pergh! tp bkn aku la...hehe. Erm... sume nye yg 9A 2 org n 8A dpt 28 org n yg lain bla3....  pas2 lame mnggu, pngetua pon agtau sume org ley amik result masing2 kat meje  ikot klaz... dgn JANTUNG yg hmpir tercabut ny, beranikn jgk mlangkah, ak g jgk kat meje tu, huh! punye la lame tggu sorg2. Dah la cikgu busy nk slesai hutang2 plak. huh! lame2 intai2..Aik? Nape bnyak sgt hutang aku? aik? Dh la result xbleh amik lau hutg x beres! geramnyer! grr! bayang r.RM 42 ?? huh! erm, aku pon gtau la cg, coz stahu aku, yg x bayar 1 buah buku je... buku tu buku Ekspedisi. tu pon ilang time nk antar, ade la yg gtal tgn tu.. Buku x jge bek2! Then, sumeny juz Rm 6 jer... tp xde duit gk nk byar coz aku g bukn nk shoping or pape tp nk g amik result jer. Hehe... tp nasib ade pnyelamat dunia...my mum! hehe... pic kat bwah ni... yg tunjuk ngn anak panah tu...


Erm, aku dgn muka x malunye amik la duit yg diberi... RM10? bnyk er! then aku give the money to my teacher. Baru la bleh amik result, ha? ha? ha? 4A?? hmmmmm.... :) tp xpe la... syarat nk sambung taon dpn pon kurg2 dpt 4A tp...ntah...bdax tu xder, xsmgt gk nk duk c2, g teknik je la. xpe, asalkan blajar btol2..6ti lau ade rezeki bleh jmpe balik. Tp? Erm... jauhny pindh! huh! tp nk wt cmne... herm.. lupkan k.. then aku balik umah... main fb balik tp sblom tu amik pic jap.. hehe....


haha... ngn muke x malunyer! sje je, bleh uat kenangan. tnjok kat cucu. hehe.. lau umur pnjang la... ni plak ayh aku tgok result... 


herm... tp ayah aku slalu bagi smgat.. dy ckp "walau papepon berlaku, syukur la ngn ape yg ade or dpt" ok la...xde pape nk tlis dh. papai! Good Nyte! Salam... :)

Rabu, 22 Disember 2010

Kasih Sayang Ayah


Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.

Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.

Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!

Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.

Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.

Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.

"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Selasa, 21 Disember 2010

Wanita Bogel Naik Bas



Rasa2 nya kalau berlaku di sini macam mana gamaknya yer? Ramai kut pencinta2 DSLR yang banyak berkeliaran di sana-sini akan mengambil gambar koleksi & kenangan. Keruntuhan moral atau juga masalah mental?


SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi


gaya terbaru, berjemur di dalam pengangkutan awam bukan lagi di pantai2

Iklan Gambar Produk Menurunkan Berat Badan Tipu ?

Gambar ni tiada kaitan dgn artikal ni..hrap maklum..
Pernah tak anda perasan iklan2 kat suratkhabar atau televisyen mengenai gambar sebelum dan selepas. Apa maksud sebelum dan selepas tu? Kebiasaannya bagi iklan untuk menguruskan badan. Ada gambar yang di ambil sebelum menggunakan produk tersebut dan juga satu lagi selepas menggunakan produk tersebut. Mesti anda semua pernah perasan kan?

Adakah anda percaya bulat2 dengan gambar tersebut? Hari nie aku mendapat tutorial mengenai penggunaan untuk mengubahsuai sesuatu gambar (edit picture) tersebut. Gambar daripada seorang yang gemuk boleh di jadikan kurus, serta macam2 lagi yang boleh di buat. Lantas aku teringat pada iklan2 kat suratkhabar mengenai penjualan produk2 untuk menguruskan badan. Ini membuatkan aku berfikir 2,3 kali sekarang tentang kesahihan gambar2 yang terpampang di ruangan iklan tersebut.

Mulanya aku nak letak jer video tutorial tersebut, namun di sebabkan blog aku nie ada pelbagai lapisan yang membacanya aku rasakan tidak sesuai., kerana ada antaranya masih di bawah umur. Hehehehe.....kenapa aku rasa tak sesuai. Nak tahu lebih lanjut, korang semua boleh tengok sendiri kat sini. Jika ada gak yang bawah umur tuh tengok, aku tak bertanggungjawab yer. Hehehehe......jangan salahkan aku lak. Itu cuma video tutorial dan pembelajaran jer bagi aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !