Recent Posts

Like This Blog ?

Sabtu, 21 Mei 2011

Cara Mengawal Hawa Nafsu atau Ornani

Seorang perempuan bertanya : 

ustaz, Bagaimanakah nafsu dapat dikawal? contohnya, perbuatan menonton cerita lucah. walaupun tidak melakukan zina secara terang-terangan tetapi tetap merupakan perbuatan yg mnghampiri kpd zina. Bagaimnakah nafsu dapat dikawal?

MENGENAL NAFSU DAN MENGAWALNYA.
 
Salah satu elemen sifat penciptaan manusia adalah dengan memasukkan perkara nafsu dalam diri manusia. sebelum belajar mengawal nafsu perlu kita ketahui dulu apa itu nafsu. nafsu adalah satu elemen perasaan manusia yang suka kepada sesuatu perkara samada perkara itu baik atau sebaliknya. tempat tinggal nafsu ini ada di dalam jiwa kita yang sentiasa memainkan peranannya apabila manusia melihat dan memikirkan sesuatu sebelum jiwa itu mendifinisikannya.
 
Jiwa kita terlalu luas sebagaimana firman Allah Taala " Aku ini tidak termuat oleh isi langit dan bumi tetapi aku termuat di dalam hati hamba ku yang beriman." maksud dalam firman Allah ini menyebut hati itu sebagai jiwa manusia dan komplikasinya amat luas sekali. contoh paling mudah untuk di fahami; manusia suka berangan-angan atau bercita-cita kepada sesuatu. maka terjadilah bayangan imej di dalam jiwanya mengenai apa yang dia ingin angan-angankan itu. sedangkan pada realitinya ia tidak seperti di dalam bayangannya itu. itulah jiwa kita dan Allah ciptakan jiwa ini dengan terlalu luas sekali untuk manusia merenungi, memikirkan dan sematkan di dalam hati mereka agar menjadi manusia yang berguna.
 
Dalam jiwa selain ada pelbagai perasaan yang di ciptakan, nafsu adalah satu bab yang wujud di dalam jiwa kita. nafsu jangan disalah erti sebagai sesuatu perkara yang negatif. sebenarnya nafsu itu adalah sebuah rumah di dalam jiwa kita. bagaimana kita mengisinya di dalam rumah itu? di sinilah wujudnya kawalan itu. sebenarnya manusia boleh mengawal manusia nafsunya jika ia inginkannya. tetapi sebab sifat di dalam jiwa itu pelbagai maka kadang kala ia sukar untuk dikawal. jangan lupa di dalam rumah kita pun pelbagai barang yang ada di dalam rumah itu kadang-kala kita juga boleh terleka atau terlalai menjaga barang kita yang ada di dalam rumah itu. inikan pula nafsu. 

Jika di cabangkan nafsu ini ia ada pelbagai peringkat. dalam kitab ihya uluhuddin ada menyebut tentang pembahagian nafsu ini kepada 3 peringkat. walau apa pun cara kita mahu mengawal nafsu yang tidak baik ini kita perlu bertazkiyah an nafs dalam erti melayunya perlu kepada pembersihan jiwa. contohnya banyak kan membca alQur'an dan selami makna-maknanya di dalam al-Qur'an itu, khusyuk dalam solat juga penting sebagai benteng kukuh mengawal nafsu yang tidak sihat ini. Allah Taala juga berfirman " dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan."

Sentiasa mendekati majlis-majlis ilmu ugama, kelas-kelas ugama, supaya masa kita tidak terdedah kepada perkara yang sia-sia. insyaAllah dengan usaha kita yang baik itu walau sedikitpun sekurangnya tiada ruang bagi nafs bi nikmah ini tidak bersangkut bersarang di dalam jiwa kita.

mohonlah perlindungan kepada Allah nescaya Allah selamatkan kita semua.. wasalam...

9 komen ! anda pula ?:

rayne rawt rawt berkata...

nice info brader

~Arif~Asyraf~ berkata...

hahaha ... yup2 .. tenx :)

Tanpa Nama berkata...

bagus adk abg...:)

~Arif~Asyraf~ berkata...

haha, ni mesti mizi ea ,

Puan Kutu berkata...

bagus info nie tuk remaja sekarang..:)

Tanpa Nama berkata...

=..)

Unknown berkata...

Thanx bgi info ye. =)

Tanpa Nama berkata...

Sgat bgus utk rmja skrg.

Tanpa Nama berkata...

Good :) .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !