Kelajuan internet selalu menjadi isu. Ramai yang kata kelajuan internet di Malaysia lambat dan tidak memuaskan. Memang betol, kalau nak dibandingkan dengan negara maju lain, internet negara kita mungkin sedikit perlahan. Sebagai contoh, member aku kat Perancis baru-baru ni ada call aku..katanya internet sana sangat laju. Download pun 1Mbps..Kalau kat sini dapat 100kbps pun dah kira bersyukur..huhu..
Kelajuan internet mengikut ranking dunia adalah :
Data diatas adalah berdasarkan kelajuan download.
Kalau korang tertanya-tanya Malaysia nombor berapa, Malaysia adalah pada kedudukan 94 dengan kelajuan 2.43Mbps untuk download dan kedudukan 71 untuk upload dengan kelajuan 0.94Mbps. Not bad la kan? Data tersebut sebenarnya mengikut average daripada 11 juta test yang telah dilakukan di speestest.net.
Sebenarnya kalau nak diikutkan internet di Malaysia adalah pada kadar average bagi negara membangun. Service internet sekarang makin meningkat dan bertambah baik dengan peningkatan penggunaan broadband.
Kalau sebelum ni internet dikuasai oleh TM kerana TM yang menguasai fibre optik di negara kita, tapi selepas berkembang teknologi wireless, lebih banyak yang menawarkan khidmat 3G, HSDPA dan lain-lain sebagai alternatif dan persaingan kepada TM.
Antara syarikat yang menawarkan khidmat jalur lebar Broadband adalah :
- Celcom
- Maxis
- Digi
- p1 Wimax
- TM
Wireless Broadband
Celcom, Maxis dan Digi menawarkan sehingga 3.6Mbps tapi sejauh mana keberkesanannya banyak diragui kerana ramai yang mengadu kelajuan ini tidak dicapai. P1 Wimax pula menawarkan sehingga 2.4Mbps.
Selalunya yang menjadi masalah dengan broadband adalah coverage dimana banyak kawasan yang tidak mempunyai coverage untuk HSDPA dan 3G.
Internet di Malaysia Setinggi 1Gbps!!
Apa yang menarik perhatian aku adalah di laman web Maxis ada menyatakan tentang High Speed Packet Access plus (HSPA+) yang dikatakan boleh mencapai kelajuan sehingga 21Mbps. Kenapa menarik? sebab khidmat ini adalah secara wireless. Satu lagi yang menarik adalah pakej High Speed Internet For Home and Business kerana dalam laman web Maxis menyatakan untuk rumah kelajuan adalah 10Mbps sehingga 100Mbps dan untuk Business kelajuan boleh mencapai sehingga 1Gbps!! Ini adalah kerana penukaran penggunaan Network Copper kepada Fibre Optik di Malaysia. Benar atau tidak, sama-sama kita tunggu kerana dikatakan akan menjadi kenyataan pada hujung tahun ni. Harga tu tak pasti la tapi harap-harap la tak mahal.
Kesimpulan yang aku boleh buat ialah internet di Malaysia semakin laju dan usaha untuk meningkatkan lagi kelajuan dibuat secara berperingkat-peringkat. Harap-harap la satu hari nanti aku boleh download movie dalam masa 2 3 saat....hehe....bleh komen2!! ok2!!
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan