Jual Murah Pun Untung !
Sebelum ini setiap kali kenaikan minyak petrol, gula & barang2 keperluan harian lain semestinya akan memberi kesan kepada peniaga2. Dengan alasan itu, makan barang2 jualan seperti peniaga2 runcit, peniaga kedai makanan & minuman atau2 gerai2 terpaksa menaikkan harga barangan berikutan untuk menampung kembali kos barangan di pasaran yang semakin meningkat.
Tapi lain pula yang berlaku di Terengganu. Walaupun harga telah di naikkan oleh peniaga2 lain, Sinah Sulaiman tetap menjual dengan harga di bawah RM1 dan harga2 tersebut kekal tidak berubah seperti 20 tahun lepas. Namun masih ada keuntungan dan masih mampu untuk membayar gaji pekerjanya seramai 4 orang. Adakah ini kerana keberkatan & keikhlasan dalam jual beli? Ikuti laporan dari kosmo.

KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan