Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 26 Disember 2011

Pembongkaran - Bola misteri yang jatuh dari langit DIKETAHUI !

Bola misteri yang jatuh dari langi di utara Namibia kini tidak lagi misteri setelah di ungkaikan oleh NASA. Ada yang mengatakan bola besi sfera tersebut adalah peranti Kiamat...WTH!!


Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari Windhoek pada November lalu telah di ketahui dari mana datang nyer...

Tetapi sfera logam misteri jatuh ke tanah di kawasan terpencil di utara Namibia kini telah dikenal pasti sebagai tangki hydrazine dari roket tanpa manusia ( unmanned rocket), biasa digunakan dalam pelancaran satelit.

Apabila bola seberat 13lb iaitu bersammaan hampir 6kg, 14 inci terhempas ke bumi pada pertengahan November, ia mencetuskan isu keselamatan negara dengan pihak berkuasa Namibia meminta NASA untuk membantu dalam mengenal pasti...

credit : TaoTauAjer

Ahad, 30 Oktober 2011

Lelaki Bercinta Dengan Keldai



SEORANG lelaki Zimbabwe baru-baru ini menggemparkan mahkamah di dalam keterangannya bahawa pelacur yang dilanggannya secara tiba-tiba berubah menjadi seekor keldai.
Meskipun menyedari bahawa pelacur tersebut adalah seekor keldai, Sunday Moyo mengaku jatuh cinta terhadap keldai tersebut setelah ‘melanggan’ haiwan berkenaan.
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya kepada mahkamah baru-baru ini.
Sumber AFP memberitahu Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.
Dalam kejadian itu, Moyo yang berpendapat dirinya juga ‘seekor keldai’, memberitahu bahawa dia terpaksa membayar sebanyak AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.
Bagaimanapun, dia terkejut pada keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.
Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. – 

credit : Mynewshub.my

Ahad, 23 Oktober 2011

Cara Seorang Lelaki Memulakan Zina Dengan Seorang Perempuan





1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tragedi yang Menyedihkan , Tapi ?


Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

Sabtu, 17 September 2011

Couple Islamik ..


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Selasa, 6 September 2011

Kelebihan Ayat Kursi ..


 Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Boleh ke perempuan pergi sembahyang raya..?


Sesuatu yang sering diperbincangkan ialah tentang keharusan wanita menunaikan solat hari raya di masjid, surau atau di tempat-tempat yang diadakan secara berjamaah. Alasannya ialah ia boleh mengundang fitnah, apatah lagi apabila wanita-wanita muda yang hadir ke masjid itu siap berpakaian berwarna-warni dan mengghairahkan! Sebenarnya, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’ tentang keharusan wanita menunaikan solat hari raya secara berjamaah di masjid.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Senario Ops Pocot 2011 Mediafire / Hotfile / Megaupload Free Download

Movie Senario Ops Pocot 2011 yang dah lama dinanti2kan semua .. download yer .. n tngglkn komen.. hehe ..

Senario:Ops Pocot (2011) [Mediafire] Part 1

Senario:Ops Pocot (2011) [Mediafire] Part 2

Sabtu, 16 Julai 2011

Tenggelam dalam Iluminati ...

Apakah tujuan kehidupan?

Apakah hakikat kehidupan?


Adakah perkara-perkara yang anda lakukan sehari-hari adalah signifikan terhadap hidup yang singkat?


Budaya idola yang melanda seluruh dunia (K-pop, Lady Gaga dan Justin Bieber, Akademi Fantasia) membuatkan masyarakat menghabiskan terlalu banyak masa mengikuti perkembangan idola-idola mereka. Apa yang dibuat oleh idola mereka pula? Hanya berlatih hari demi hari, jam demi jam, hatta minit demi minit, dan bergerak dari pentas ke pentas untuk menghiburkan peminat-peminat mereka. Mereka mempamerkan suatu ‘imej rekaan’ supaya disenangi oleh si peminat(terutama budaya K-pop), sedangkan imej sebenar mereka adalah berbeza. Jadi si peminat memuja, memekik melolong meminati suatu ‘imej rekaan pentas’, yang diperagakan oleh seorang idola. Itulah kitar hidup seorang peminat dan seorang idola. Adakah itu menunjukkan suatu kehidupan? Melakukan sesuatu yg tak bererti untuk menyokong sesuatu yang tak bererti. Ia adalah suatu kitaran ketidakberertian.

Sabtu, 9 Julai 2011

Cek Nuffnang Pertama dah Sampai !




Salam semua ! Terutamanya kepada blogger2 yang sedang asyik BW sekarang , hehe , dah lame aku tak BW coz sibuk dgn sekolah campur ngn internet yang slow gler2 ! Tapi cuti ni rindu plak nk buka blog aku nih ! huhuu ~ aku dah mula "bad mood" ngn blog aku skrg coz templatenye yang HODOH ! Tak tau da nk cari kat mane , huk3 .. kali ni aku juz nak share psal cek nuffnang pertama dah sampai pada 3/7/2011 ! dah lame aku tanye nuffnang coz ingtkan dah takjmpe rumah aku , tapi Alhamdulillah.. huhu ! Teruja aku dibuatnye !! hehe , ceritanya begini...

Khamis, 7 Julai 2011

Amalan Yang Baik Untuk Minda


Salam sejahtera.

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel “Amalan Yang Baik Untuk Minda” – siri yang pertama. Apa yang anda lakukan pada hari ini, anda juga akan mendapat hasilnya nanti. Ada yang mendapat hasil yang cepat, ada yang pernah hasil yang lambat. Ianya bergantung kepada nasib dan atas kehendak Allah. Jika anda banyak melakukan amalan yang baik, minda anda pasti akan berada dalam keadaan baik. Begitulah juga sebaliknya jika kita melakukan amalan yang buruk, minda kita akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang buruk juga.



Ahad, 3 Julai 2011

Transformers Dark of the Moon (2011) Mediafire / Hotfile / Megaupload Free Download


Salam , hehe , hari ni juz nk share link download Transformers: Dark of the Moon (2011) free mediafire download . Aku baru siap download pagi tadi .. Saiz file 736MB , lepas siap download , juz extract , guna WinRAR , extract part 1 dan automatik dia sambung file yg lain .. selamat MENONTON! !


Part 1 : Transformers: Dark of the Moon (2011) Mediafire

Part 2 : Transformers: Dark of the Moon (2011) Mediafire

Part 3 : Transformers: Dark of the Moon (2011) Mediafire

Part 4 : Transformers: Dark of the Moon (2011) Mediafire


Kalau ada silap , juz comment , Like post ni yer ! hehe ... Tenx ! ...

Rabu, 29 Jun 2011

7 Golongan Yang Tidak Dipandang dan Diampunkan Allah


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya, “7 golongan yang Allah tidak mahu pandang pada hari kiamat dan tidak mahu membersihkan diri mereka dari dosa-dosa dan tidak mahu mengumpulkan mereka bersama orang yang baik-baik tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang awal memasuki neraka, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat. Sesiapa yang bertaubat kepada Allah, Allah ampunkan dosanya.

Sabtu, 25 Jun 2011

Kesan Zikir Kepada Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Sabtu, 18 Jun 2011

Kisah Sepasang Kekasih l JOKE



Nora menjemput pakwenya.. Hamzah untuk pergi kerumah berjumpa kedua ibubapanya sambil makan malam..Kalau Hamzah bersetuju.. Nora berjanji akan tidur bersamanya selepas makan malam tersebut.. Setelah berfikir agak lama.. akhirnya Hamzah bersetuju dan membuat beberapa persiapan... Dia lalu pergi ke sebuah farmasi dan bertemu dengan pemilik farmasi tersebut untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar.. 

Jumaat, 17 Jun 2011

Sains Barat Menyesatkan Iman Umat Islam



"Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.

2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu


Sabtu, 11 Jun 2011

Tips dan Cara Memikat Hati Lelaki



Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Sekiranya anda percaya dengan tips cara memikat lelaki ini, maka teruslah mencuba dan praktikkan cara tersebut. Semoga Berjaya.

Tips dan Cara Memikat Hati Wanita



Cara Memikat Hati Wanita
Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai – itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

sumber : zonbebas

Cara Masukkan Laman Web atau Blogspot di Carian Google

Jadi anda sudah ada sebuah blog yang cantik, dan anda isikannya dengan entri-entri yang padat dengan maklumat. Namun, bagaimana anda mahu tarik perhatian pengunjung ke blog anda? Selain daripada memberitahu kawan dan saudara, bagaimana caranya untuk orang ramai mengetahui akan kewujudan blog anda? jom kita mulakan !


Jika website/blog anda sudah lama wujud, tentunya google website/blog anda sudah tersenarai dalam google, tapi  jika anda masih baru, anda perlu pingkan website/blog di website pingger yang disediakan supaya mudah ditangkap dengan mudah oleh google, ini juga perlu dilakukan sekiranya anda membuat posting baru di website/blog anda. Contoh pingler yang saya gunakan ialah > Totalping dan Pingler.


Dan dengan itu , anda perlu mempelajari teknik SEO yang selanjutnya untuk menambahkan pengunjung harian.


Teknik SEO seperti gambar di bawah, blog .:Syok-Blogger:. ini berada list ke 2 pada keyword yang dicari ..




ok .. terima kasih , sila like atau komen ... :)

Khamis, 9 Jun 2011

Mintak Maaf ! Aku Mintak Maaf ! Aku mohon MAAF pada semua Blogger ! :(



Huk3 .. lepas solat subuh, aku terus buka komputer, lagipun semalam aku tak BW, malas . Tapi sebelum tu aku buka ape yang wajib dulu, hik3... mula2 buka.....


1. Facebook, 




2. Blogger.com, 




3.Nuffnang 




dan baru la aku BW, kadang2 aku bukak email macam pagi ni ... 
1st aku nak berterima kasih kat somebody yang dah tgur aku . 
sape ? ni dia >WanCikguMuzik , aku tinggalkan link aku kat situ , then dia singgah aku , pas2 dia ckp ade something nk ckp , ape ek ? humm , then dia add aku kat fb , aku pun chatting la ngn dia , dia bagitahu aku , ramai yang bengang dengan blog aku nih (dgn empunye blog skali kot) . huhuu~ Nape bengang ? 


CikguWanMuzik!! cakap ramai org yang panas dan banned aku dari shoutmix dia. hah ? betul ke ? knape ? CikguWanMuzik!! ckp aku buat spam kat blog org ? adoy ! Sumpah tak der !! Tapi tu lah realiti .. minx maaf laa pada semua pemilik blog yang rase aku dah spam tu , internet kat rumah aku slow ckt , so kadang2 aku shout dia tak keluar , aku shout lagi sekali , baru keluar , kadang2 berulang kali , so , aku boleh buat kesimpulan semuanya disebabkan connection internet aku yang slow tahap GILA , huh ! celcom la nih ! aku pun jarang bw disebabkan internet yang slow, buktinya aku banyak dapat trafik dari facebook , ni buktinya stat kat blogger..


Klik Klau Tak Jelas
ok ? tgok ? facebook banyak kan ? klau shoutmix ckt jee , dan aku pun tahu perbuatan spamming ni tidak disukai masyarakat , huk3 ...! ok ? AKU MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT DAN UNBANNED AKU DARI SHOUTMIX KORANG ! PLSSSS ! antara salah satu blog yang aku tahu ialah Oh!(Sern) coz bila aku nak shout , dia tunjuk shoutmix camni..




mintak maaf , aku tau aku slah , so mintak maaf yer.. ? Salam ..


note : 1. jangan SPAM shoutbox orang ! 
          2. Sape2 yang dah baca like post ni k ? 
          3. Tinggalkan komen anda ... 
          4. UNBANNED AKU !! hee~~ 


Papepun Thanks to CikguWanMuzik!!

Rabu, 8 Jun 2011

Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid




LONDON : Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.


Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.

Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: “Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk.” 



Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.

Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.

Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.


Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan kerana Knowlson sudah meminta maaf.



Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: “Kami terkejut dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar dan bertolak ansur.” - Agensi


sumber : MyMetro

Cara-Cara Menarik Burung Walit Memasuki Rumah Hingga Ke Nesting Room


Ramai orang terlupa cara jenis ini..




lubang enterance hole yang menarik sekali..lihatlah berapa tweeter yang diletakkannya.Tidak cukup dengan itu di kiri dan kanannya juga diletakkan 2 biji bazooka tweeter yang boleh memanggil burung walit ini dengan jarak yang cukup jauh sehingga 2-5 KM. Perkara yang paling penting disini ialah jika burung walit tersebut terbang dan memasuki lubang ini maka sepetutnya terdapat pula tweeter yang memandunya terbang turun hingga ke peringkat roving room dan nesting room di dalam rumah burung. Untuk itu cara di bawah dilihat yang terbaik sekali...




Cara ini ialah dengan meletakkan aturan tweeter bersambungan antara satu sama lain dan dalam keadaan tweeter tersebut diletakkan seperti selari yang mana mampu menarik perhatian burung walit ini akan datang. Selain itu kaedah ini digunakan agar burung walit ini tidak kelihatan seperti mencari suara tersebut yang apabila ianya melepasi tweeter utama di lubang masuk tadi maka sudah tiada suara luar tersebut yang memandunya ke peringkat lain pula. Jika hal sebegini tidak dilakukan maka burung walit tersebut hanya akan keluar masuk rumah burung sahaja kerana apabila ia memasuki lubang masuk tadi suara tersebut sudak tidak didengarinya dan ini akan mendorongnya keluar kembali keluar rumah burung untuk menikmati suara luar tersebut..




Lihatlah gambar ini aturan tweeter ini dilakukan selari sahaja dan dapat mendorong burung walit untuk terbang sehingga ke tweeter yang terakhir iaitu hingga ke roving room dan nesting room. Burung walit ini akan terbang melepasi tweeter 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya sehinggalah ia sampai ke kawasan nesting room. Cara sebegini sebenarnya bersesuaiannya untuk rumah burung yang monkey housenya besar yang bertindak sebagai roving room atau pun rumah burung tersebut lubang masuknya terus ke dinding....




Aturan tweeter yang menarik dan selari ini disusun sehingga ke kawasan roving room yang luas. Sselain itu ia bertindak sebagai jurupandu untuk burung walit ini ke kawasan yang sepatutnya dan burung ini tidak akan seperti hilang arah dan keluar kembali dari bh sebelum sampai ke kawasan nesting room..




Aturan tweeter ini juga boleh diletakkan seperti ini jika rumah burung anda lebih dari satu tingkat dan menggunakan tangga simen sebagai lubang antara lantai atau lain2...kaedah ini ini begitu penting agar dapat memandu burung ini terbang sehingga ke level yang paling rendah dalam rumah burung kita...




Jadi anda yang membuat pilihankan. Sebaiknya kita mempermudahkan burung walit ini bukannya menyusahkannya untuk masuk dan mencari sendiri kawasan yang disukainya. Sebaliknya kita perlu bertindak sebagai pemudahcara dalam hal ini. Jika burung walit memasuki rumah burung kita banyak maka kita juga yang untung kelakkan. Jadi sama-samalah kita membuat pilihan yang mudah untuk burung walit memasuki rumah burung kita...kegagalan dan kejayaan sesebuah rumah burung juga banyak bergantung kepadanya...anda buat-anda dapat...tenx :)

Isnin, 6 Jun 2011

Cara-cara Pemasangan Tweeter Yang Berkesan

Pemasangan Suara dalam rumah walit berpengaruh terhadap kejayaan setiap rumah walit. Meskipun walit termasuk binatang liar tetapi burung walet dapat dipanggil dengan suara hasil rakaman ke rumah walit yang masih kosong sekalipun. Peningkatan keberhasilan panggilan walit ditentukan oleh jenis suara yang di gunakan dan kualiti suara rakaman.






Burung walit akan cepat bertindakbalas terutama suara rakaman walit kepada yang bunyinya jenis kawin atau berahi. Untuk suara panggilan luar, boleh dipasang antara jam 5:30 pagi sampai jam 11:00 malam, sedangkan suara dalam rumah walet harus dihidupkan 24 jam nonstop. Tapi ada cara lain, boleh bertanya jika ingin tahu. 




Cara pemanggilan yang kedua yang banyak diterapkan penternak walit yaitu suara luar dihidupkan dari jam 5:30 pagi sampai jam 11:30 siang, dilanjutkan jam 1:30 petang sampai 8:00 malam. 


Kedudukan tweeter yang dipasang disudut akan mempercepat walit menginap terutama untuk rumah walit baru, hal ini disebabkan walet yang datang dan bermain kerumah walit baru kebanyakan walit muda. 








Walet muda sangat menyukai posisi sudut kerana agak terlindung. Untuk mengelakkan sarang terbentuk kecil dan menghsilkan sarang yang cantik sebaiknya tiap sudut ditambahkan papan penyudut dengan lebar berkisar 10 cm.






Untuk hasil terbaik dan suara yang dihasilkan tweeter merata di setiap ruangan penggunaan kabel harus diperhatikan betul, kabel penghubung dapat digunakan kabel untuk telefon yang berkualiti dengan ukuran kawat 0.6 mm mahupun kabel serabut. Yang terpenting memiliki ukuran diatas 0.5 mm.




Satu hal lagi yang tak kalah penting adalah arah hadap tweeter, hindari pemasangan tweeter saling berhadapan 90*. Posisi demikian membuat suara yang dihasilkan "bertaburan" sehingga membuatkan walit binggung mencari sumber suara. Sebaiknya kedudukan tweeter dihadapkan ke arah pintu masuk setiap ruangan dan pintu masuk antara lantai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !