Recent Posts

Like This Blog ?

Selasa, 21 Disember 2010

Iklan Gambar Produk Menurunkan Berat Badan Tipu ?

Gambar ni tiada kaitan dgn artikal ni..hrap maklum..
Pernah tak anda perasan iklan2 kat suratkhabar atau televisyen mengenai gambar sebelum dan selepas. Apa maksud sebelum dan selepas tu? Kebiasaannya bagi iklan untuk menguruskan badan. Ada gambar yang di ambil sebelum menggunakan produk tersebut dan juga satu lagi selepas menggunakan produk tersebut. Mesti anda semua pernah perasan kan?

Adakah anda percaya bulat2 dengan gambar tersebut? Hari nie aku mendapat tutorial mengenai penggunaan untuk mengubahsuai sesuatu gambar (edit picture) tersebut. Gambar daripada seorang yang gemuk boleh di jadikan kurus, serta macam2 lagi yang boleh di buat. Lantas aku teringat pada iklan2 kat suratkhabar mengenai penjualan produk2 untuk menguruskan badan. Ini membuatkan aku berfikir 2,3 kali sekarang tentang kesahihan gambar2 yang terpampang di ruangan iklan tersebut.

Mulanya aku nak letak jer video tutorial tersebut, namun di sebabkan blog aku nie ada pelbagai lapisan yang membacanya aku rasakan tidak sesuai., kerana ada antaranya masih di bawah umur. Hehehehe.....kenapa aku rasa tak sesuai. Nak tahu lebih lanjut, korang semua boleh tengok sendiri kat sini. Jika ada gak yang bawah umur tuh tengok, aku tak bertanggungjawab yer. Hehehehe......jangan salahkan aku lak. Itu cuma video tutorial dan pembelajaran jer bagi aku.

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !