Berikut adalah di dalam casing komputer. Kad grafik di bawah adalah 7300GS :
Panjang kad 7300GS itu adalah sekitar 7 inci. Anak panah berwarna hijau itu adalah panjang sepanjang 25cm iaitu kira-kira 10 inci sebelum ianya mengenai kabel IDE cakera keras.
Kebanyakan kad berprofil 'value' atau jenis yang harganya di bawah rm400 adalah bersaiz lebih kurang begini. Namun begitu bagi kad-kad kelas mainstream dan high-end, panjang kad adalah 9 inci dan ke atas. ada yang mencecah sampai 13 inci (misalnya Radeon siri 5800 dan Geforce GTX 280).
Misalnya, lihat kad 9600GT ini. Ianya sepanjang 9 inci. Jika kita gantikan 7300GT tadi dengan 9600GT ini :

Kita dapati, saiznya yang panjang menganggu sedikit perjalanan kabel IDE. Maka aturan pertama untuk membeli : SILA SEMAK KEADAAN CASING ANDA. Selepas itu aturan kedua : PASTIKAN SAIZ/PANJANG KAD GRAFIK YANG ANDA INGINI.
Kedua-dua aturan ini bagi memastikan bahawa kad grafik baru anda nanti muat di dalam casing sedia ada. Jika anda berhajat untuk menukar casing, sila dapatkan casing dengan saiz FULL ATX. Untuk rujukan lanjut rujuk di sini
Seterusnya adalah PSU atau Power Suppy unit :
Bagi kad grafik yang berharga murah, mungkin tak perlukan kuasa tambahan (Watt). Cukup sekadar 75W yang dibekalkan oleh slot pci-express pada motherboard. Akan tetapi, bagi model mainstream misalnya 8800GT dan 9600GT, ianya memerlukan kuasa tambahan. Mungkin melalui sama ada kabel 6-pin pci-e atau kabel 8-pin. Gambar :

Sekiranya power supply anda tiada sambungan kabel macam gambar di atas tidak perlu risau, lazimnya diberi dalam kotak kad grafik.
Dan kad grafik yang mahal (high-end) lazimnya mengharapkan pada rail-rail 12V pada PSU untuk bekalan kuasanya. Contohnya lihat rating PSU dari Antec ini :

PSU Antec ini ada tiga rail 12V positif iaitu +12V1, +12V2 dan +12V3. (Anda tidak perlu melihat yang negatif). Ketiga-tiga rail 12V positif ni akan membawa jumlah 54A(18A+18A+18A) yang seterusnya membawa kepada jumlah watt yang disokong olehnya sebanyak 504W. Bergantung kepada PSU, jumlah ampere (A) bagi setiap rail 12V adalah dikira sebagai hasil tambah antara kesemuanya. Mengikut kepada spesifikasi, 9600GT memerlukan 26A. Maka dengan rating PSU seperti ANTEC ini, ianya lebih daripada mengcukupi (ia mencapai sehingga 54A). Akan tetapi, sekiranya PSU anda tidak mempunyai rating ampere (A) yang mengcukupi, komputer anda boleh mengalami masalah crash yang berlaku secara tiba-tiba dan juga sistem pengoperasian tergantung (hang).
Maka aturan ketiga adalah : Semak rating power supply anda terutamanya untuk rail-rail 12V positif, tambahkan nilai ampere (A) dan seterusnya semak keperluan kad grafik anda. Ingat, 'lebih' adalah lebih baik daripada 'kurang atau sama'.
Seterusnya, setelah anda berjaya melalui kesemua ketetapan ini, dengan duit yang mengcukupi, teruskan saja dengan niat anda untuk meng-upgrade kad grafik di dalam komputer anda...

0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan