ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini. "Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 cm dan seberat 6.8 kg.
Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki. Semasa di zaman kanak-kanak dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya. "Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.
Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun. Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut. Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti.
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan