Recent Posts

Like This Blog ?

Rabu, 15 Disember 2010

Seluar Dalam Kalis Bom



LONDON - Sejenis seluar dalam kebal berharga £60 (RM297) yang dibuat daripada bahan tahan lasak kevlar laris dijual di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seluar dalam jenis boxer itu dibeli oleh isteri dan kekasih anggota tentera Britain yang bertugas di medan perang di Afghanistan sebagai hadiah Hari Krismas.

Seluar dalam ringan itu dapat melindungi kelangkang dan pangkal paha askar Britain daripada impak bom buatan Taliban di Afghanistan yang menyebabkan ramai di antara mereka maut atau menjadi cacat.

Firma yang mengeluarkan seluar dalam kebal itu, BCB International, mendakwa produk mereka lebih efektif menahan impak letupan berbanding seragam standard tentera masa kini.

1 komen ! anda pula ?:

Mikah Lurima berkata...

hahaha... lawak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !