Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 21 Januari 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran


Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ 

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. 

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ 

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. 

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’ 

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.

Pendapatan Nuffnang Baru!!! he3...ckt je...


hehehe....lau nak jelas klik la pic tu... bowink2... saje2.. k.bye..salam..

Sabtu, 15 Januari 2011

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”


Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat


Para saintis percaya kacang soya dapat meningkatkan pertempuran melawan prostat dan kanser payudara.  Penyelidik dari Universiti di Buffalo, New York telah melakukan kajian ke atas 1,300 orang wanita dan menunjukkan isoflavon dari kacang soya dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Penyelidik, Anne Weaver menemui hasil kajiannya,  mereka yang diberi rawatan dengan  isoflavon  mempunyai 30 peratus pada risiko yang lebih rendah daripada tumor payudara invasif dan 60 peratus risiko yang lebih rendah dari tumor peringkat rendah.

Ms Weaver dan pasukannya menilai 683 wanita dengan kanser payudara dan membandingkannya dengan 611 wanita sihat.  Dia berkata: 'Seperti kajian diet  yang lainya, penemuan-penemuan tersebut tidak definitif dan perlu dipertimbangkan dalam konteks tindakan lanjut dan pengesahan seterusnya.

Dalam satu  kaji selidik yang lain oleh sekumpulan pakar dari Northwestern University, Chicago, mendapati bahawa dengan satu pil sehari yang mengandungi  genistein, sejenis bahan kimia isoflavon yang terdapat  pada kacang soya, dapat  melambatkan atau menghentikan penyebaran kanser prostat.
 
Walaupun kajian yang dilakukan hanya ke atas sekumpulan kecil serama 38 orang lelaki, sanitis mendapati hasil daripada kajian tersebut adalah yang pertama kaedah rawatan tanpa menggunakan dadah untuk menghalang gerakan sel kanser dalam badan. Professor Raymond Bergan berkata, " Langkah pertama ialah untuk melihat sama ada ubat ini berkesan mengawal kanser daripada merebak dalam badan dan jawapannya adalah ya. Ia berkesan.

Facebook Bernilai USD50 Bilion

LAMAN rangkaian sosial Facebook dilaporkan berjaya mengaut pelaburan daripada Goldman Sachs dan seorang pelabur Russia dalam perjanjian yang meningkatkan nilainya mencapai AS$50 bilion.  Menurut satu laporan The New York Times, Goldman melaburkan sebanyak AS$450 juta dalam Facebook, sementara lagi AS$50 juta dilaburkan oleh Digital Sky Technologies. Akhbar tersebut, menerusi sumber-sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa syarat-syarat perjanjian itu meletakkan nilai lebih AS$50 bilion ke atas Facebook.
Penglibatan Goldman juga mencetuskan desas-desus bahawa Facebook mungkin disenaraikan di bursa saham tidak lama lagi. Sementara itu, The Financial Times melaporkan bahawa Goldman melaburkan AS$375 juta dalam Facebook, dan Digital Sky pula, AS$75 juta. Seorang jurucakap Facebook memberitahu BBC bahawa syarikat itu enggan memberi komen tentang laporan The New York Times itu. Goldman juga enggan memberi komen.  

Nilai Facebook sesungguhnya lebih tinggi daripada eBay atau Time Warner jika ia benar-benar dinilai sebanyak AS$50 bilion, menurut satu laporan BBC. Pelaburan baru ini dijangka dapat digunakan untuk membangunkan produk baru selain mendapatkan produk baru, menurut laporan New York Times itu lagi. Ia juga membolehkan warga kerja Facebook dan beberapa pelabur awal meraih wang tunai daripada pelaburan awal mereka. Tambah laporan itu lagi, Suruhanjaya Pengawalan dan Pertukaran (SEC) sedang memantau pembangunan dalam pasaran swasta untuk perdagangan dalam syarikat seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn. -- BBC. 

Jumaat, 14 Januari 2011

20 fakta menarik mengenai Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

wallahualla...

5 kegunaan menyimpan janggut yg perlu anda tahu


Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama2 muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggot secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggot, maka disekelilingnya akan tumbuh janggot yang lebih halus
3. Dalam 1 helai janggot, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam  
4. Jika janggot tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri  
5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggot akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.

Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :
 
Cukurlah kumis dan peliharalah janggot.

(HR. Muslim)

Kecantikan ? Apa itu Cantik?


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt.

Sabtu, 8 Januari 2011

Bilakah Earning Nuffnang Dikemaskini / Diupdate / Dapat Dilihat ?



Siapa2 yang pro bab nuffnang ni bleh jawab tak ? Aku pun tak tau sgt bab2 ni... Cuma aku ase earning ni dikemaskini setiap 1 minggu. Sebab earning aku akan berubah setiap 1 minggu. Earning minggu pertama untuk bulan Januari ni cam pic atas la.. Sikit je tu.. Coz org lain target "Buffered Earning" baru pergh ! hahaha.... Papepun usaha dulu, selebihnya juz berserah kpd-Nya... hehe... persoalan yang selebihnya sila rujuk sini > Nuffnang FAQs

Jumaat, 7 Januari 2011

Waaa ! Pendapatan Nuffnang Aku Meningkat Untuk Minggu 1 Tahun 2011.. Tp Lpas Ni Dah Nak Sekolah.. Papepon, Tgok Sini>




Waaa.... Menarik tak ? Jangan salah sangka! Posting kali ni bukan nak menunjuk2 tp nak bagi semangat kat para Blogger yang lain... Banyak tak ? whuuuu.... Lpas balik smyang jumaat, ayah aku terus menuju ke kedai. (waaaa...macam wt cerita plak) ingtkan wtpe, pdhal g beli to4 broadband je... hehehe... sukenye! Then balik, sambung la internet macam biase, aku pon buke la browser Google Chrome.. My favourite browser. 1st, aku buke la Nuffnang website. Whaaaa!! Bnyak nyer earning nuffnang minggu ni! Tgok sendiri la ye... tak nak ckap brape jumlahnya..hehe.. secret...beznye!! Then aku berblogwalking la mcm bese.. ok! Salam...

p/s : Like my fb pages ya.. ade kat blog ni.. like jee..

Khamis, 6 Januari 2011

Mangsa Piranha ? Anda Berani ? Klik Link ni.. eyy!!


Ikan ape ni ek ? Eyy... Bahayanya...! Gigi macam hantu.. hehe.. Ni la ikan piranha. Aku rase2 la coz tak pernah tgok n tak pernah pgang.. Ikan ni ade kat Amazon je.. Tp tau x ikan ni boleh membunuh ? Nak tahu, tgok pic2 kat bawah, Lau tak bleh tgok tutup je browser.. haha..





"Cerita disebalik gambar: Sebuah excavator telah terjatuh dalam sebuah sungai di amazon. Ketika itu pekerja sedang membuat saluran gas melalui sungai terbabit. Pekerja tersebut cuba untuk keluar daripada excavator dengan memecahkan kaca tetapi tangan pekerja tu telah terkena serpihan kaca hingga keluar darah. Sebab tu la ia menarik perhatian piranha."
eyy....bahaye! jage2 taw!

Rabu, 5 Januari 2011

Setiap Manusia Pasti Bersedih...Tapi Bagimana Cara Menghadapi Sume Ni ? Bleh Tlong Bace x entry ni ? Dan Tlong Komen Ya?



Kini aku akan meningalkan dunia ini... hmm... ha ? tak.. ak meninggalkan dunia blogging aku.. Dunia bermain, dan ni post yang last kot, sblum tidur. Ecok aku akan masuk skolah. Dari AIZEK Dungun ke SMT Dungun. Dan aku kini masuk tingkatan 4 dah.. Mknanya kne blajar btol2 la.. kne fokus btol2.. Erm.. 6ti nuffnang aku camne ek ? aduh.. tgok yg skunk punyer... gram btol ase! xnaik2. brape hari kite bleh tgok earning ek ? lau sape2 tau tlong komen.. huh !
Yang org laen punye naik beriban2, tp yg aku ? Ni earning aku stakat ni.. hampeh!




jumlah sumenye... ni > >


huh! gramnye! juz sabar je... Ade sape2 bleh ajar tak camne nk naikkan earning aku ? plzz...


Ni jumlah visitor stkat aku posting. Bleh kire ari ni jgk la.. ape ek ? Unik tu maksud dy ape ? boleh sape2 tlong terangkan ?




Ni graf visitor hari ni... 




Semalam rmai gk, ari ni kurang ckt.. tp ak xtau r cmne nk tngkatkan aku punyer earning nuffnang.. blur gle nih! Boleh sape2 tlong aku ? erm... dah la cdeyh.. pasni x main blog dh.. mgkin ade la posting ckt2.. tp xla kerap cgt.. erm.. kekaseh aku pon kne tnggl jgk... 




Cdeyh ase... tp dy tinggl aku dlu.. bkn putus! Tp dy dah pindah jauh... jauh cgt2. sdeyh ase.. =(
wlaupapepun, juz berdoa jee... harap2 dy sabar mnunggu kte yg x sberape ny.. hmm.. ok la.. Salam...Nytz! (date created : <11.31pm~5/1/2011>

APA ITU BUFFERED EARNING DAN METERED EARNING | SYOK-BLOGGER




Sebut pasal Nuffnang,pagi tadi saya dapat satu pertanyaan dari somebody melalui Formspring.Soalan dia lebih kurang macam ni :

"boleh x cik bean terangkan sikit macam mane kita nak jadikan campaign tu kepada buffered/metered earning ya??? sori la kalo soalan bodoh..i dah try googles n paham kan dalam blog2 senior n blog bean tp still kabur..macam paham..tp xpham sgt. tlg.."

Hehe,saya ada tulis pasal cara saya dapatkan buffered dari Nuffnang.Terus terang saya cakap dulu senang2 je kita boleh dapat buffered sebab bilangan blogger tak seramai hari ni.Eventraffik kita ciputpun kalau kena keyword memang akan dapat buffered berderet.Tapi sekarang bilangan blog dah bertambah so advertiser akan decide blog mana akan dapat buffered.

Sebelum tu meh saya cerita sikit perbezaan Buffred & Metered.

Buffered earning - Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).

Metered earning - Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.

Bila kita dapat buffered apa yang penting adalah kita dapatkan traffik sebab earning buffered bukan macam kempen ads biasa dimana nilai earning ditentukan melalui klik sebab bufferedbukanlah satu kempen CPC (cost per click).Dan biasanya nilai earning dalam buffered ditentukan melalui nilai impression yang diberi oleh advertiser.Mungkin 1000 or mungkin 10000 bergantung pada traffik blog tu.Kalau ada klik pada kempen buffered itu maka ia adalah Bonus CTR iaitu 0.2% dari nilai buffered.Jadi bila buffered ni dah habis dan tamat impression nilai buffered earning akan dicampurkan dengan nilai CTR so bertukar menjadi metered.

Mak aiyh panjang berjla dah.Sekarang korang faham tak apa itu buffered apa itu metered.Bila korang dah faham kan so boleh saya proceed ke acara yang seterusnya iaitu cara2 untuk dapatkan buffered.Korang boleh fahamkan kat [sini] ataupun kalau tak faham saya terangkan lagi sekali.Apa yang penting dalam mengejar impian korang mendapatkan buffered ialah :

1) Update Survey Profile

Ni adalah profile korang sebagai Nuffnangers.Advertiser akan tengok benda ni dulu.Untuk korang menarik perhatian diorang supaya tabur zakat kat buffered earning korang perlu tulis something yang best2 pasal diri korang.Apa yang membuatkan korang unik dari orang lain.

Nak update profile survey macam ni :

Dashboard -> Edit Survey -. tulis apa yang korang suka

2) Update Blog Survey

Yang ni kedua terpenting.Benda ni menetukan hala tuju buffered tu ke arah mana.Adakah mencapai sasaran Perdana Menteri ke Wawasan 2020 ke tak.Dalam survey ni korang kene pilih betul2 apa yang ada dalam blog korang.Kalau korang banyak tulis pasal makanan maka pilihlahfood dan kalau korang banyak tulis pasal personal pilih personal.Jangan pilih ikut mood dan ikut suka sebab kalau tak kena Niche macam mana advertiser nak kasi korang buffered.

Nak Update Blog Survey macam ni ;

Dashboard -> Blog manager -> Update Survey -> Jawab soalan tu

Tu dua yang penting.Lepas dah buat benda2 kat atas tadi silalah beramah mesra dengan blogger lain.Bila korang beramah mesra maka traffik akan datang ke blog korang.Tapi korang kenalah tulis something yang best2 barulah traffik tetap akan datang ke blog.

Sumber : SuteraBlogger

Azam terbaek tahun ini?



Dengan hanya seekor Nyamuk sudah boleh membunuh raja namrud yg jahat lagi angkuh dengan bala tenteranya seramai 700 000 org! So dengan tulisan picisan ini dapat jugak membunuh hati-hati hitam diluar sana yang masih belum mengenal erti kehambaan, kemanusiaan dan erti membela nasib generasi untuk masa akan datang.

Remaja sekarang adalah wajah untuk Pemimpin kita di masa akan datang!

Tiada apa yang indah untuk disambut kedatangan tahun 2011, tapi gua tetap nak sambut jugak dengan hati kelam gua. So gua bagi list azam gua untuk tahun depan, tapi gua harap lu pembaca join gua jgak laa.

1. Gua mau lebih Ramai remaja Buang Anak
- gua tak kisah lu nak buang bayi or janin or nak gugur ke tapi gua harap kita pertambahkan aktiviti ini. Saya sarankan ditempat-tempat hot! Seperti dalam tong sampah kerana senang sikit anak kita tu kenang tempat lahir beliau di tempat buang sampah lagipun tong sampah kat semua tempat disediakan. Buang di masjid/surau senang ckit anak kita bleh jadi imam masjid, kita semua ada otak jadi kita pilih ikut masa depan anak kita laa. Kita tidur digangu nyamuk pun bleh naik bengang giler kan tapi anak kita buang kat tepi longkang tu takde masalah langsung dengan sakit, lapar, lalat, lemas atau nyamuk gigit laa..bayi kecil tidak mungkin ada masalah untuk kehidupan barunya itu.


2. Gua mau ramai Remaja/Pemuda sekarang bekerja sebagai Peragut
- Peragut adalah kerja yg paling banyak kekosongan dan kerja yg paling senang tidak memerlukan sijil dan hanya perlu kemahuan yang nekad untuk menendang, mengelar, menetak, mengheret dan memarang kepada sesiapa shj especially nenek sendiri. Apabila semua orang bekerja sbg meragut maka kehidupan kita makin senang tidak perlu memikirkan masalah pendidikan mahupun ekonomi Negara yg sgt membangun skrg nie. Apbila jiran sebelah telah meragut mak kita sampai patah tangan esok kita ragut mak dia plak sampai buta mata. Apa kesah kita semua?ini azam kita!


3. Gua mau ramai Remaja kita Mengacukkan keturunan kita
- Gua gembira bila tengok ramai isteri-isteri mula dah jadi high taste bila suami tiada kat rumah mula memanggil si Hitam untuk bersekedudukan, ini pencapaian yang kita amat suka dapat “Tanning” anak-anak kita tanpa pergi berjemur. Anak remaja kita pulak sangat berani dah tinggal ibu bapa yg tak pernah mengeluh mengandung beranak n jaga sampai belasan tahun pastu korang pergi jer ikut mana-mana jantan kau suka n kawin. Disini aku sarankan jadi-jadi lah pergi ke Lombok, sila pergi ke tempat yang lebih glamour sikit. Setakat lari ikut suami hensem ke Lombok tak best laa, why tak pergi jer bali ke, phuket ke hawai ke..bukan ke lebih berbaloi jika lari ikut bakal suami ke sana? Lagipun bile lagi nak tengok mak bapak kita menangis rindu kan kita?

4. Azam gua paling last

- lu orang sibuk bace-bace nie lu orang beriman tak? Klu lu beriman lu rasa sumthing..klu tak rasa pe-pe? Lu takyah beribadat lagi laa..coz blom beriman lagi..kn? brape kali kita melihat sesuatu n kita bersyukur kita tidak buta? Brape kali kita dapat makan sedap n kita bersyukur dapat makan? Teringat ke kita pada pencipta yang sediakan udara untuk kita bernafas? Pastikah kita bahawa ini semua akan kekal, dah tau takkan kekal knape masih duk leka? Kalau esok dicatatkan kematian mu..apekah kita perlu lakukan sekarang, sempat ke nak setel semua dosa kita semua? Dapat duit 1 juta belom tentu kau dapat habiskan 1 hari kerana nak proses duit pun 23 hari kan? inikan dosa kau yang berbillion-billion tuuu….

Walaupun Raja Namrud sudah lama mati, walaupun kaum nabi Luth jugak dah lama mati..tapi pewaris kesinambungan kemegahan dan keangkuhan mereka masih ramai yang agung-agungkan dalam diri kita…


P/s: Aku pun hairan dengan bertambahnya pendidikan semakin teruk perangai orang...perlu dikaji semula kot pendidikan kat negara ini...well..aku bukan menteri...sapa nak dengar cakap aku ni kan?

12 Barisan di Akhirat...



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya,
maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 2

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 3

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 4

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN 5

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 6

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 7

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 8

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 9

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 10

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 11

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN 12

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,
mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Selasa, 4 Januari 2011

Heeehee.. Gambar-gambar Menarik !

Sambil2 bosan, sambil2 gayut, sambil2 berblogwalking. aku terjumpe pic2 menarik ni.. hehe,, untuk dikongsi bersama malam2 bute ny....hik3..tgok la...


Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Gmbar 4
Gambar 5
Gambar 6



Gambar 7


Gambar 8
Hehe... Semoga anda berhibur.. bye~ Salam... 

Isnin, 3 Januari 2011

Kaum wanita lihat ni..ini bukan lawak yer!!


Jadikan kebiasaan mulai sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya. Ini sangat penting agar salah satu bagian terpenting Anda tetap terlindungi. Dan, jagalah kebersihan bra.

Dah lame tau cume baru td terserempak, then post la kat blog >

Setelah Susan McKinley (antroplogis) pulang ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Tidak ada yang tahu itu apa. Ia duga ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah kembali, ia menemui dokter karena sudah ada rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang dideritanya. Dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus.
Setelah waktu berselang, rasa sakitnya tidak hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.

Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, tapi rasa sakitnya bertambah. Ia pun mulai mencari dokter-dokter terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tapi, sang dokter juga tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan mencari temannya yang ahli dalam bidang dermatologi.

Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama dua pekan dan akhirnya bertemu dermatologis itu. Perubahan akan terkuak dalam pertemuan ini.
Susan terkejut. Setelah ia membuka perbannya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori dan dalam luka payudaranya. 

Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul di lubang sebelahnya.
Yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan kanal susu payudaranya.

Berdasarkan informasi itu, disarankan kepada para wanira agar mencuci bra yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus sering-sering dicuci dan dijaga kebersihannya.

Jangan biarkan diri Anda jadi sarang penyakit tanpa Anda sadari. Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang terlihat bersih tanpa Anda tahu betul bahwa itu benar-benar steril.-dipetik dari inilah.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !