Agaknya jika benar laman sosial facebook di tutup dan di sekat di negara kita, macam mana yer? Di negara kita sekarang dah ramai yang mempunyai akaun facebook. Tidak mengira golongan muda, tua, kanak2, surirumah, pelbagai jenis bidang pekerjaan, pengganggur dan memang boleh di katakan begitu ramai. Aku pun merupakan pengguna akaun facebook yang tegar gak. Hihihi, lantak ler...ada aku kesah?
Di laman sosial facebook Oh Media ada mengeluarkan kenyataan yang di petik dari berita RTM 7/12/2010. Alasan yang telah di beri untuk saranan tersebut adalah bagi menjamin keselamatan yang boleh mengancam negara.
Adakah gejala facebook sekarang telah menimbulkan ancaman kepada negara kita? Adakah dengan facebook ini lebih banyak gejala buruk berbanding yang baik. Berapa ramaikah antara kita yang menggunakan facebook secara yang betul dan berapa ramaikah yang menggunakan medium perhubungan sensasi masa kini sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan kepada negara?
Aku mencari2 gak info mengenai saranan tersebut tapi masih belum di jumpai lagi. Harap2 jika ada sesiapa yang menjumpai link bagi saranan tersebut, boleh lah berkongsi. Nak tahu juga apakah yang di katakan sehingga mengancam keselamatan negara. Jika benar, sebagai rakyat yang inginkan keamanan, aku akan bersetuju tanpa banyak songeh!
sumber : eelobor
Recent Posts
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan