Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 6 Disember 2010

Masalah Celcom Broadband


Aku sudah menggunakan Celcom Broadband hampir dekat setahun atau lebih tepat, sudah 10 bulan aku menggunakan Celcom Broadband ni. Macam-macam masalah yang aku pernah lalui sepanjang menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan oleh Celcom ni. Jadi, di sini aku ingin berkongsi la serba sedikit apa yang korang patut buat apabila berhadapan dengan masalah-masalah Celcom Broadband.


Line Disconnect
Semasa korang sedang menggunakan internet, tiba-tiba line terputus. Jangan risau, jangan panik, korang connect la balik. Selalunya line itu terputus disebabkan pertukaran daripada 3G ke GPRS atau sebaliknya. Bukan masalah besar. Cuma menjadi masalah sangat kalau masa tu korang tengah download something.

Line tukar ke GPRS
Benda ni jarang terjadi kalau kawasan korang betul-betul berada di kawasan 3G. Unless kalau kawasan korang tu berada di penghujung coverage 3G, baru lah perkara ini akan terjadi. Tetapi, kadang-kadang berlaku jugak even kawasan tu memang kawasan 3G. Untuk masalah seperti ini, korang tidak boleh buat apa sangat kecuali tunggu line tu pulih semula. Sekejap je. Tak lama.


Line Slow
Kalau line internet itu slow even korang dalam kawasan 3G, ini bererti kawasan tempat tinggal korang itu telah congested dengan user-user Celcom Broadband yang lain sehingga device Celcom (server) tidak dapat melayan semua request daripada user dengan serentak. Untuk masalah seperti ini, korang perlu contact Celcom Careline. Tetapi pastikan korang buat report itu apabila masalah itu tetap berlaku setelah 24 jam sudah berlalu.

Tidak Boleh Connect
Tidak boleh connect jarang berlaku. Aku rasa aku tak pernah alami lagi situasi seperti ni. Kalau tak boleh connect, korang cuba cabut dan plug balik modem korang tu. Sometimes, modem tu tak betul sikit. Bila dah cabut and pasang balik, baru la dia jadi ok. Tapi kalau tak ok jugak, korang boleh contact Celcom Careline. Tu pun selepas 24 jam.
Untuk contact Celcom Careline, korang boleh call 1111 dengan menggunakan phone Celcom atau pun korang boleh call 03-36308888. Pastikan korang mempunyai bukti yang kukuh bahawa Celcom Broadband korang memang betul-betul problem. Kalau tak, buat penat je buat report. Bila dorang tanya macam-macam, korang tak dapat nak jawab pulak. So, prepare before buat report.
Dan aku nak kongsi sedikit tips. If nak buat report, korang kena selalu contact Celcom Careline ni. Dulu aku selalu contact dorang. Siap email lagi. Dah email, aku call. Dah call, aku email. Dah tu pulak, aku panggil member-member aku yang lain (yang juga guna Celcom Broadband) untuk buat report pasal masalah aku tu. Tapi, pastikan yang member korang tu pun mempunyai masalah yang sama. Barulah dorang akan ambil tindakan yang segera.
Kalau korang nak marah-marah or nak maki hamun tu, terpulang pada korang. Aku cakap baik-baik je. Paling kurang pun, aku perli je. Tak pun aku tanya pendapat dorang kalau dorang berada di tempat aku. Sudah semestinya dorang mengiakan masalah yang aku hadapi itu.
Whatever pun, bagi aku Celcom Broadband amat berbaloi untuk digunakan. Kalau korang dalam dilema samada nak menggunakan Celcom atau Maxis atau Izzi atau wimax atau yang lain-lain tu, gunakanlah Celcom Broadband. Berbaloi…

1 komen ! anda pula ?:

kung fool celcom beruk bangang berkata...

ye ye.... nanti bleh beli modem brokben ngan celcom jah. siapa lagi nak tolong malaysia kalau x pengguna malaysia kan... kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !