Recent Posts

Like This Blog ?

Rabu, 8 Jun 2011

Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid




LONDON : Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.


Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.

Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: “Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk.” 



Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.

Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.

Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.


Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan kerana Knowlson sudah meminta maaf.



Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: “Kami terkejut dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar dan bertolak ansur.” - Agensi


sumber : MyMetro

2 komen ! anda pula ?:

sHie is Me berkata...

Jahil sungguh Knowlson tu... sanggup dia tindas orang Islam padahal Orang Islam tak kacau hidup dia pown...

~Arif~Asyraf~ berkata...

memang .. bangang tol !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !