Recent Posts
Like This Blog ?
Rabu, 8 Jun 2011
Cara-Cara Menarik Burung Walit Memasuki Rumah Hingga Ke Nesting Room
Posted by
~Arif~Asyraf~
Ramai orang terlupa cara jenis ini..
lubang enterance hole yang menarik sekali..lihatlah berapa tweeter yang diletakkannya.Tidak cukup dengan itu di kiri dan kanannya juga diletakkan 2 biji bazooka tweeter yang boleh memanggil burung walit ini dengan jarak yang cukup jauh sehingga 2-5 KM. Perkara yang paling penting disini ialah jika burung walit tersebut terbang dan memasuki lubang ini maka sepetutnya terdapat pula tweeter yang memandunya terbang turun hingga ke peringkat roving room dan nesting room di dalam rumah burung. Untuk itu cara di bawah dilihat yang terbaik sekali...
Cara ini ialah dengan meletakkan aturan tweeter bersambungan antara satu sama lain dan dalam keadaan tweeter tersebut diletakkan seperti selari yang mana mampu menarik perhatian burung walit ini akan datang. Selain itu kaedah ini digunakan agar burung walit ini tidak kelihatan seperti mencari suara tersebut yang apabila ianya melepasi tweeter utama di lubang masuk tadi maka sudah tiada suara luar tersebut yang memandunya ke peringkat lain pula. Jika hal sebegini tidak dilakukan maka burung walit tersebut hanya akan keluar masuk rumah burung sahaja kerana apabila ia memasuki lubang masuk tadi suara tersebut sudak tidak didengarinya dan ini akan mendorongnya keluar kembali keluar rumah burung untuk menikmati suara luar tersebut..
Lihatlah gambar ini aturan tweeter ini dilakukan selari sahaja dan dapat mendorong burung walit untuk terbang sehingga ke tweeter yang terakhir iaitu hingga ke roving room dan nesting room. Burung walit ini akan terbang melepasi tweeter 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya sehinggalah ia sampai ke kawasan nesting room. Cara sebegini sebenarnya bersesuaiannya untuk rumah burung yang monkey housenya besar yang bertindak sebagai roving room atau pun rumah burung tersebut lubang masuknya terus ke dinding....
Aturan tweeter yang menarik dan selari ini disusun sehingga ke kawasan roving room yang luas. Sselain itu ia bertindak sebagai jurupandu untuk burung walit ini ke kawasan yang sepatutnya dan burung ini tidak akan seperti hilang arah dan keluar kembali dari bh sebelum sampai ke kawasan nesting room..
Aturan tweeter ini juga boleh diletakkan seperti ini jika rumah burung anda lebih dari satu tingkat dan menggunakan tangga simen sebagai lubang antara lantai atau lain2...kaedah ini ini begitu penting agar dapat memandu burung ini terbang sehingga ke level yang paling rendah dalam rumah burung kita...
Jadi anda yang membuat pilihankan. Sebaiknya kita mempermudahkan burung walit ini bukannya menyusahkannya untuk masuk dan mencari sendiri kawasan yang disukainya. Sebaliknya kita perlu bertindak sebagai pemudahcara dalam hal ini. Jika burung walit memasuki rumah burung kita banyak maka kita juga yang untung kelakkan. Jadi sama-samalah kita membuat pilihan yang mudah untuk burung walit memasuki rumah burung kita...kegagalan dan kejayaan sesebuah rumah burung juga banyak bergantung kepadanya...anda buat-anda dapat...tenx :)
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan