Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya, “7 golongan yang Allah tidak mahu pandang pada hari kiamat dan tidak mahu membersihkan diri mereka dari dosa-dosa dan tidak mahu mengumpulkan mereka bersama orang yang baik-baik tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang awal memasuki neraka, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat, melainkan mereka itu benar-benar bertaubat. Sesiapa yang bertaubat kepada Allah, Allah ampunkan dosanya.
1. Orang yang bernikah dengan tangannya sendiri. (Onani)
2. Orang yang melakukan perbuatan liwat.
3. Orang yang dilakukan liwat ke atas dirinya.
4. Orang yang ketagihan arak.
5. Orang yang memukul kedua ibubapanya sehingga meraung ibubapanya kerana sakit.
6. Orang yang selalu menyakiti hati jirannya sehingga jiran terpaksa memarahinya dan melaknatnya.
7. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
InsyaAllah ana akan bagi huraian ringkas berkenaan ke semua tujuh golongan ini. Golongan pertama mudah bicara adalah golongan orang yang melakukan masturbasi atau onani. Baik, sememangnya juga perkara ini pernah dibincangkan di laman web Ustaz Zaharuddin, dan beberapa laman web lain jadi ana tidak perlu beri sebarang maklum lanjut dan para sahabat tidak perlulah meletakkan persoalan di bahagian komen berkaitan ini.
Ustaz Subri juga menyatakan golongan yang kedua dan ketiga adalah orang yang meliwat dan diliwat. Ustaz meletakkan skop bahawa kebiasaannya hal ini jatuh kepada golongan gay, homoseksual, dan juga maknyah atau pondan. Hukuman yang ditetapkan di dalam kerana mengikuti kaum Nabi Lut yang dimurkai Allah ini adalah hukuman mati kepada kedua-dua pesalah tidak kiralah muda atau tua, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, dan sebagainya. Hukuman mati ke atas pesalah ini adalah menolaknya dari tempat yang tinggi dan kematian berpunca dari inersia yang terhasil. Maka perlulah mencari tempat yang tinggi. InsyaAllah, satu saja pelaksanaan yang mendapat liputan media sudah cukup untuk melenggangkan Lorong Haji Taib, dan memastikan tiada lagi manusia seperti ini yang merupakan antara penyebab tersebarnya AIDS.
Ramai umat Islam kini meminum arak, dan seharusnya diberhentikan secara serta-merta kerana arak secara qat’ii nya memang haram meskipun ada sedikit kebaikan namun keburukan lebih banyak. Hal ini telah ana kupas di dalam kajian yang dibuat di UK berkenaan bahayanya arak. Arak di Malaysia agak berleluasa dan mudah didapati di kedai-kedai 24 jam. Alhamdulillah, kedai 24 jam di Kuala Kangsar tidak menjual arak, sama seperti kedai 24 jam di Kelantan. Bagi kedai yang menjualnya, bayangkan cashier berkenaan adalah seorang Islam. Secara automatik dia termasuk di dalam senarai orang yang dimurkai Allah (ana pun tak ingat berapa ramai dalam senarai tu, yang termasuk penjual arak etc). Maka Ustaz Subri menyatakan ibu bapa perlu sedar hal ini kerana biasanya anak mereka yang bekerja sebagai cashier sementara. Malaysia antara 10 negara tertinggi di dunia dalam perbelanjaan ke atas arak, any comment?
Memukul ibu bapa memang suatu kesalahan yang Allah berikan azabnya di dunia lagi, apatah lagi sehingga mereka menjerit dan merayu pertolongan kerana sakit. Memukul tidak semestinya pukul hingga lebam malahan sekiranya kita bertindak dengan sengaja meletakkan sambal pedas di muka mereka kerana marah hingga mereka meminta tolong maka jatuh juga dalam kategori ini. Ibu bapa perlu dihormati, samada mereka muslim atau tidak. Malahan ibu bapa mesti dihormati meskipun mereka menyeksa kita, tiada kompromi melainkan sekiranya ibu bapa kita menyuruh kita melakukan perkara dimurkai Allah seperti murtad.
Ustaz Subri menyatakan ramai juga yang terjatuh ke dalam golongan ke enam ini. Di dalam Islam, seorang muslim perlu menghormati hak kejiranan samada jiran tersebut seorang muslim atau tidak. Kita hendaklah berusaha mewujudkan pendamaian dengan jiran kita. Hal ini termasuklah sekiranya kita membela binatang ternakan dan sebagainya, hendaklah tidak menyusahkan jiran. Malahan kita hendaklah peka sekiranya anak muda kita (seperti ana) berbuat bising di depan rumah tengah-tengah malam dan mengganggu jiran, maka perlulah ditegur kerana Allah.
Yang terakhir termasuklah juga melakukan zina dengan isteri kawan kita. Hal yang demikian juga termasuklah melakukan zina dengan suami kawan kita. Ada saja plan yang dijalankan ketika suami pergi keluar bekerja atau outstation atau menghadiri mesyuarat atau persidangan.
Maka, sekiranya kita melakukan salah satu dari di atas maka berusahalah untuk meninggalkannya. Ini kerana sebaik hijrah adalah meninggalkan perkara keji.
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Orang yang benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perbuatan yang keji.”
Antaranya ialah memulainya dengan solat Taubat. Hanya berniat solat Taubat dua rakaat, baca Al-fatihah dan sebarang surah kemudian berdoa diampunkan dosa. Namun syaratnya ialah mengeji perbuatan yang keji yang lalu, berusaha untuk tidak lagi melakukannya dengan sebenar-benar usaha. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.
2 komen ! anda pula ?:
subhanallah.. thanks 4 sharing =.='
sapa nak promosi blog
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/promosi-blog-1.html
hehe ... okey ..
Catat Ulasan