Recent Posts

Like This Blog ?

Rabu, 5 Januari 2011

Azam terbaek tahun ini?



Dengan hanya seekor Nyamuk sudah boleh membunuh raja namrud yg jahat lagi angkuh dengan bala tenteranya seramai 700 000 org! So dengan tulisan picisan ini dapat jugak membunuh hati-hati hitam diluar sana yang masih belum mengenal erti kehambaan, kemanusiaan dan erti membela nasib generasi untuk masa akan datang.

Remaja sekarang adalah wajah untuk Pemimpin kita di masa akan datang!

Tiada apa yang indah untuk disambut kedatangan tahun 2011, tapi gua tetap nak sambut jugak dengan hati kelam gua. So gua bagi list azam gua untuk tahun depan, tapi gua harap lu pembaca join gua jgak laa.

1. Gua mau lebih Ramai remaja Buang Anak
- gua tak kisah lu nak buang bayi or janin or nak gugur ke tapi gua harap kita pertambahkan aktiviti ini. Saya sarankan ditempat-tempat hot! Seperti dalam tong sampah kerana senang sikit anak kita tu kenang tempat lahir beliau di tempat buang sampah lagipun tong sampah kat semua tempat disediakan. Buang di masjid/surau senang ckit anak kita bleh jadi imam masjid, kita semua ada otak jadi kita pilih ikut masa depan anak kita laa. Kita tidur digangu nyamuk pun bleh naik bengang giler kan tapi anak kita buang kat tepi longkang tu takde masalah langsung dengan sakit, lapar, lalat, lemas atau nyamuk gigit laa..bayi kecil tidak mungkin ada masalah untuk kehidupan barunya itu.


2. Gua mau ramai Remaja/Pemuda sekarang bekerja sebagai Peragut
- Peragut adalah kerja yg paling banyak kekosongan dan kerja yg paling senang tidak memerlukan sijil dan hanya perlu kemahuan yang nekad untuk menendang, mengelar, menetak, mengheret dan memarang kepada sesiapa shj especially nenek sendiri. Apabila semua orang bekerja sbg meragut maka kehidupan kita makin senang tidak perlu memikirkan masalah pendidikan mahupun ekonomi Negara yg sgt membangun skrg nie. Apbila jiran sebelah telah meragut mak kita sampai patah tangan esok kita ragut mak dia plak sampai buta mata. Apa kesah kita semua?ini azam kita!


3. Gua mau ramai Remaja kita Mengacukkan keturunan kita
- Gua gembira bila tengok ramai isteri-isteri mula dah jadi high taste bila suami tiada kat rumah mula memanggil si Hitam untuk bersekedudukan, ini pencapaian yang kita amat suka dapat “Tanning” anak-anak kita tanpa pergi berjemur. Anak remaja kita pulak sangat berani dah tinggal ibu bapa yg tak pernah mengeluh mengandung beranak n jaga sampai belasan tahun pastu korang pergi jer ikut mana-mana jantan kau suka n kawin. Disini aku sarankan jadi-jadi lah pergi ke Lombok, sila pergi ke tempat yang lebih glamour sikit. Setakat lari ikut suami hensem ke Lombok tak best laa, why tak pergi jer bali ke, phuket ke hawai ke..bukan ke lebih berbaloi jika lari ikut bakal suami ke sana? Lagipun bile lagi nak tengok mak bapak kita menangis rindu kan kita?

4. Azam gua paling last

- lu orang sibuk bace-bace nie lu orang beriman tak? Klu lu beriman lu rasa sumthing..klu tak rasa pe-pe? Lu takyah beribadat lagi laa..coz blom beriman lagi..kn? brape kali kita melihat sesuatu n kita bersyukur kita tidak buta? Brape kali kita dapat makan sedap n kita bersyukur dapat makan? Teringat ke kita pada pencipta yang sediakan udara untuk kita bernafas? Pastikah kita bahawa ini semua akan kekal, dah tau takkan kekal knape masih duk leka? Kalau esok dicatatkan kematian mu..apekah kita perlu lakukan sekarang, sempat ke nak setel semua dosa kita semua? Dapat duit 1 juta belom tentu kau dapat habiskan 1 hari kerana nak proses duit pun 23 hari kan? inikan dosa kau yang berbillion-billion tuuu….

Walaupun Raja Namrud sudah lama mati, walaupun kaum nabi Luth jugak dah lama mati..tapi pewaris kesinambungan kemegahan dan keangkuhan mereka masih ramai yang agung-agungkan dalam diri kita…


P/s: Aku pun hairan dengan bertambahnya pendidikan semakin teruk perangai orang...perlu dikaji semula kot pendidikan kat negara ini...well..aku bukan menteri...sapa nak dengar cakap aku ni kan?

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !