Jerawat Terjadi Bila Kelenjar Minyak Mengeluarkan Terlalu Banyak Minyak
Dan Sebum Di Kulit Terutamanya Di Muka , Dada Dan Belakang Iaitu Kawasan
Yang Mempunyai Banyak Bulu Roma .
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa.
Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak
dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu
kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Tahukah anda dengan jerawat
anda dapat mengetahui tahap kesihatan badan anda. Dibawah WanitaSihat
senaraikan bahagian tubuh badan yang ditumbuhi jerawat dan kemungkinan
pemasalahan kesihatan yang anda sedang alami sekarang.
DAHI
Jerawat di dahi disebabkan haba badan
melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin
terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang
mencukupi dan minum air banyak.
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang
belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana
haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu
hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem
reproduksi.
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem
endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat
di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan
sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah,
sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi
mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Info diatas sekadar untuk pengetahuan dan
sebagai petanda kesihatan anda sahaja, namun anda harus berhati-hati
dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kesihatan yang baik
supaya hidup anda sihat dan sejahtera.
Syok –
Bagi mereka yang tumbuh jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah
pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh. InsyaAllah.
3 komen ! anda pula ?:
saya suka artikel ni. thanx sgt2.
hehe :) time kasih :)
mohon keredhanya :)
Catat Ulasan