Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 23 April 2012

Apakah Penyebab Utama Masalah Jerawat ?


Jerawat Terjadi Bila Kelenjar Minyak Mengeluarkan Terlalu Banyak Minyak Dan Sebum Di Kulit Terutamanya Di Muka , Dada Dan Belakang Iaitu Kawasan Yang Mempunyai Banyak Bulu Roma .
 
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Tahukah anda dengan jerawat anda dapat mengetahui tahap kesihatan badan anda. Dibawah WanitaSihat senaraikan bahagian tubuh badan yang ditumbuhi jerawat dan kemungkinan pemasalahan kesihatan yang anda sedang alami sekarang.



DAHI
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Info diatas sekadar untuk pengetahuan dan sebagai petanda kesihatan anda sahaja, namun anda harus berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kesihatan yang baik supaya hidup anda sihat dan sejahtera.

Syok – Bagi mereka yang tumbuh jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh. InsyaAllah.

3 komen ! anda pula ?:

ENID ULFA MOBILE SPA berkata...

saya suka artikel ni. thanx sgt2.

~Arif~Asyraf~ berkata...

hehe :) time kasih :)

~Arif~Asyraf~ berkata...

mohon keredhanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !