Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 30 Mac 2012

Tips Cara Mendidik Anak-Anak Dari Awal


Anak-anak ialah anugerah dari Allah yang amat bernilai dan merupakan amanah untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin . Tapi perlu diingat , akhlak , perangai dan semua tingkah laku sesesorang anak itu bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak . Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik .

Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 41 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

41) Tidak menghargai setiap kejayaan yang dicapai anak-anak


Kejayaan sesorang anak-anak itu hanya bergantung kepada ibu bapa yang mendidiknya . Jika ingin melihat kejayaan anak-anak . Kita hendaklah mengambil berat semua tentang agama dan pelajarannya , selalu menghargai setiap kejayaan anak-anak itu walaupun dengan hadiah yang tidak seberapa . Akhir kata , sebagaimana acuan , baegitulah bentuknya , hanya ibu bapa yang boleh menentukan anak-anak .


p/s : harap-harap di amalkan . muhasabah diri anda :)

3 komen ! anda pula ?:

Diari Si Froggie berkata...

wah info yang menarik nie.. boleh jadikan satu rujukan bila ada anak nanti :)

~Arif~Asyraf~ berkata...

hehe . tq 4 the 1st comment :)

mrs mustache berkata...

singgah sini...
nice en3..
salam perkenalan...
jom singgah sini lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !