Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 30 Mac 2012

Mengapa Harga Sarang Walit Menurun ?


SUBANG JAYA: Kejatuhan mendadak harga sarang burung walet sehingga ke paras 50 peratus berikutan penguatkuasaan kerajaan China yang mahu sifar nitrat dalam makanan kesihatan itu selain lambakan di pasaran dijangka dapat diatasi menerusi tiga pendekatan strategik dilaksanakan kerajaan.
Setakat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Kesihatan yang sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa China mengenai kandungan nitrat kerana untuk mencapai sukatan sifar sangat sukar.


Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebaik mendapat ‘lampu hijau’ iaitu selepas Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa China mencapai kata sepakat mengenai kandungan nitrat yang dibenarkan, pihaknya akan menguatkuasakan tiga pendekatan bagi menjamin kualiti sarang burung walet yang dieksport negara ini.

“Disebabkan isu itu, industri sarang burung walet yang kita anggarkan mampu menyumbang RM4 bilion setahun tidak dapat dicapai kerana harganya merudum daripada RM5,000 sekilogram kepada RM2,500 sekilogram.

“Sehubungan itu, sebaik mendapat persetujuan kedua-dua kerajaan terhadap kandungan nitrat, kita akan memastikan syarikat pengeksport sarang burung walet mempunyai sijil kesihatan daripada Jabatan Veterinar, sijil kualiti daripada Kementerian Kesihatan dan sijil Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


“RFID penting supaya kita mudah menjejaki sama ada rumah burung walet itu mendapat pengiktirafan Jabatan Veterinar atau tidak,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Dagangan dan Depositori Sarang Burung Autentik di sini, semalam.

1 komen ! anda pula ?:

Tanpa Nama berkata...

It's a shame you don't have a donate button! I'd
definitely donate to this brilliant blog! I suppose for
now i'll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account.

I look forward to brand new updates and will share this
website with my Facebook group. Chat soon!

Feel free to surf to my website: roofing Evansville

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !