Recent Posts
Like This Blog ?
Khamis, 29 Mac 2012
KASIH DAN CINTA DALAM ISLAM
Posted by
~Arif~Asyraf~
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atausedang bercinta dengannya?”, makadijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorangpasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalinhubungan cinta yang suci sesuai dengan aturanAllah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaranRasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arahsatu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasihsayang yang terjalin terhadap seorang wanitatidak sewenang-wenangnya menyentuh tanganwanita atau memegang erat tubuhnya.
Wanitabukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungidan menjaga maruahnya apabila berkahwinnanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yangdinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakalberlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satuungkapan setia di bibir-bibir remaja yangmenganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasihyang setia dan mula memasang angan-anganuntuk mendirikan rumah tangga bersamapasangan pilihan.
Fanomena ini bermula dari bangku sekolahlagi malah adakalanya membawa kepadasesuatu di luar jangkauan
Cinta itu perludifahami. Semestinya seorang remajaperlu memahami kehendak dan definisi yangtepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadarmengikut nafsu serta rasa tertarik antara satusama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat PercintaanDalam Islam, rasa hati yang dinamakan cintamerupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluriuntuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) ataudikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yangtiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untukmeneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembahdan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudahfitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidakharam disisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahamikedudukan cintanya dan ke mana hala tujuseterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkansatu kesimpulan yang mudah tentang hakikatcinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasihsayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah danada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yangdikatakan sebagai cinta, maka hubungansedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturanyang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satukedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagipihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja danadakalanya putus di tengah jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebihkepada konsep ala Barat yang disifatkan penuhromantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cintayang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapatkasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsirasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkanantara satu sama lain dari segi hubungan dankehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yangabadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cintayang punya pengertian yang luhur dan hanyadapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yangsentiasa mencari tuhan.
(p/s:anda baca anda tentukan..renung2kn..)
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan