Ajaran Allah dalam Al Quran hanya dua cara salam yang diajarNya melalui baginda Nabi Muhammad yang diberkati lagi baik;
AQ 24:61............ "Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepadakamu ayat-ayat supaya kamu faham."
Memandangkan dalam Al Quran cara salam yang Allah ajar melalui nabiNya iaitu "Salaam" dan "Salamun alaikum" maka itulah sahaja yang dimaksukan yang diberkati dan baik menurut Allah. Adapun selain dari cara itu adalah yang tidak menurut salam seperti ajaran Allah dan akan di masukkan dalam neraka.
AQ 58:8............"Kemudian,apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kitakerana apa yang kitamengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang
-satu kepulangan yang buruk!
Ada pun perkataan "Assalamualaikum" langsung tidak akan ditemui dalam Al Quran yang sebanyak 114 surah, maka salam cara itu adalah bukan dari pada Allah. Adapun perkataan "Assalam" yang terdapat dalam Al Quran merupakan antara nama-nama Allah. Dengan ini adalah tidak keterlaluan bagi saya berpendapat mengucapkan cara salam "Assalamualaikum" adalah menyamakan orang yang kita bagi salam sama taraf dengan Allah dan perbuatan ini adalah syirik kerana mengucapkan Assalamualaikum (Maha Sejahtera ke atas kamu), ini adalah kerana Maha Sejahtera hanya layak untuk Allah bersesuaian dengan namaNya dalam Al Quran.
AQ 23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera (Assalam),Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dariapa yang mereka persekutukan. Allah dah ajar cara salam..... mengapa cari cara salam cara lain?
Maaf jika ada yang tersinggung..... terima kasih.
sumber : Syok
0 komen ! anda pula ?:
Catat Ulasan