Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 25 Mac 2011

Gempa Bumi Di Myanmar 2011


Gempa bumi berkekuatan 6.8 skala richter melanda Myanmar berhampiran sempadan dengan Thailand utara pada hari ini (Khamis,24 Mac 2011)  dan mengorbankan seorang wanita.
Saksi mengatakan, getaran dapat dirasakan di Bangkok, pusat Myanmar dan ibukota Vietnam iaitu Hanoi di mana orang ramai diarahkan keluar dari bangunan-bangunan tinggi. Polis mengatakan seorang wanita berusia 53 tahun di Mae Sai, wilayah Chiang Rai, telah terkorban ketika salah satu dinding rumahnya runtuh.

Gempa itu berpusat 111 km (69 batu) utara bandar Chiang Rai, wilayah paling utara Thailand. Saksi di Chiang Mai, memaklumkan tiada kerosakan yang berlaku, tetapi mengatakan gempa tersebut sangat kuat. Televisyen TPBS mengatakan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian di Mae Sai.

Somchai Baimuang, wakil pengarah jabatan meteorologi Thailand, mengarahkan orang ramai supaya tidak panik.
   
“Masih terlalu awal untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku. Gempa susulan mungkin akan berlaku dalam masa dua hari,” katanya kepada Reuters.

 Penduduk meninggalkan rumah mereka di ibukota Myanmar, Naypyitaw dan bandar raya terbesar, Yangon. Tidak ada kematian atau kecederaan yang dilaporkan.

p/s: Haish..dah dekat dengan Malaysia tu. Istighfar la banyak-banyak.

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !