~mood : Diploma Elektronik Komunikasi - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam

Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 29 November 2010

Tips Memilih Hosting

Apa itu Hosting?

Mengikut sumber yang disediakan oleh laman web Wikipedia, hosting bermaksud satu ruangan khas yang ditempatkan di dalam di dalam web server ataupun pelayan web yang disediakan oleh syarikat pembekal servis ini. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Kebiasaannya Web Server atau ada juga yang memanggilnya Data Center yang terkenal terletak di luar Negara. Di Malaysia juga telah ada syarikat yang menyediakan Web Server.
Jika anda mahu memiliki laman web, maka hosting perkara wajib yang anda perlu miliki. Seperti sesebuah perniagaan kedai runcit yang kita hendak jalankan, maka tapak kedai juga harus dimiliki. Laman web khainimis.com ini contohnya telah dihoskan menggunakan web server yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Lihat, bukan orang barat sahaja mampu ada web server sendiri, malahan di Negara kita sendiri telah mempunyainya. Jadi secara umumnya, Hosting

Perkhidmatan web hosting hari ini boleh dikatakan murah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dengan kos kurang RM8 sebulan, anda sudah boleh memiliki web server sendiri bagi tujuan persendirian mahupun perniagaan. Jika menjalankan perniagaan runcit, sewa kedai sahaja mungkin mencapai RM700 sebulan sahaja. Itulah kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional...

Faktor-faktor yang perlu diutamakan dalam pemilihan Web Hosting
Jika laman web anda hanya mengandungi halaman HTML semata-mata, anda tidak perlu bimbang jenis sistem operasi yang digunakan. Jika laman web anda mengandungi kandungan dinamik yang memerlukan akses pangkalan data (database), anda mungkin perlu membuat keputusan pada teknologi yang harus digunakan bagi laman web anda.
Berikut adalah ciri-ciri penting yang perlu anda tahu sebelum memilih Web Hosting.
1. Sistem Operasi (OS) - Pastikan jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Unix, Linux). Linux adalah yang terbaik.
2. Ruang Cakera (Disk Space) - Berapa jumlah ruang cakera yang disediakan. Ruang cakera disukat dalam bytes, megabytes (MB), atau gigabytes (GB). Bagi laman web berskala kecil yang mengandungi tidak lebih dari 100 halaman tanpa imej dan fail video, ruang cakera 25 MB sudah memadai.
3. Jalur Lebar (Bandwidth) - Berapa jumlah jalur lebar yang disediakan dalam sebulan. Jalur lebar ialah sukatan bagi jumlah kuantiti pemindahan fail yang berlaku apabila pengguna mengakses fail-fail sesebuah laman web. Bagi laman web yang kurang dikenali ramai dengan jumlah trafik yang rendah, 1-2 GB sebulan adalah mencukupi.

4. Akses FTP - Akses FTP adalah perlu bagi membolehkan anda memuat naik (upload) fail-fail web ke dalam server. Sesetengah web hosting (biasanya yang percuma) tidak menawarkan akses FTP.
5. Sokongan pelanggan – Kriteria ini amat perlu sebelum memilih web hosting. Samada melalui emel, telefon atau live chat anda boleh mencubanya sebelum mendaftar perkhidmatan mereka. Perhatikan cara mereka memberikan jawapan dan kepantasan menjawab semasa memberikan respon.
6. Jaminan uptime - Jaminan uptime sekurang-kurangnya 99.5% adalah perlu bagi sesebuah laman web. Uptime 100% mungkin akan melibatkan kos yang tinggi, bagaimanapun elakkan jaminan uptime yang kurang dari 99.5%.
Penyedia Web Hosting terbaik pernah saya gunakan
Sepanjang pengelibatan saya di dalam perniagaan internet ini, setakat ini saya telah menggunakan servis hosting daripada 6 syarikat penyedia hosting. Jadi, macam-macam pengalaman yang saya lalui daripada keenam-enam penyedia web hosting tersebut. Dan akhirnya saya hanya setia pada dua penyedia hosting ini iaitu:
NetKL.com – Ini adalah salah satu penyedia hosting terawal yang saya gunakan dan saya masih gunakan servisnya sehingga sekarang. Sepanjang saya gunakan khidmat dari NetKL ini, saya belum pernah lagi melihat laman web saya down. Sokongan pelanggan juga amat pantas diberikan. Pernah saya menghubungi mereka pada jam 2 pagi, dan mereka telah respon setengah jam selepas itu, sangat pantas. Dan satu lagi, saya paling suka membeli domain name melalui NetKL kerana ianya boleh di katakan paling murah.
Jadi, saya harap perkongsian maklumat ini dapat membantu anda untuk mendapatkan hosting terbaik untuk laman web anda.

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !