Recent Posts

Like This Blog ?

Sabtu, 6 November 2010

Tetikus G9370



PENEMUAN terbaru dunia teknologi menjadi platform bagi pelbagai syarikat sektor itu untuk cuba membangunkan produk baru yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tidak terkecuali A4Tech.
Hasilnya, tetikus tanpa wayar G9370 semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana saiznya yang kecil dan kompak mudah untuk dibawa ke mana saja serta boleh disesuaikan untuk kegunaan desktop atau laptop.


 Semestinya lambakan tetikus di pasaran menyukarkan pilihan dibuat apatah lagi situasi ‘tanpa wayar’ semasa juga menjangkitkan teknologinya kepada peranti itu yang kian digemari.

Sambungan tanpa wayar menggunakan ‘bluetooth’ sudah acapkali dilambakkan di pasaran, apa kata kita beralih kepada tetikus yang menggunakan transmisi radio sebagai sumber antara tetikus dan pemancarnya.

 Model G9370 dari A4Tech adalah contoh tetikus menggunakan sambungan tanpa wayar yang boleh berfungsi sejauh 15 meter walaupun di atas permukaan berasaskan cermin.Selepas diuji, ternyata ia bukan teori semata-mata dengan jangkauan tetikus dan CPU sejauh 16 meter berjaya dicapai. Sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 1981, tetikus mula mengalami evolusi daripada penggunaan bebola sebagai penggerak hingga kaedah optikal yang mengesan kawalan tangan pengguna.

Kini, ia terus dievolusikan berasaskan teknologi laser yang mengesan pergerakan tanpa berkompromi dengan jenis permukaan. Ini bermakna pengguna boleh menggerakkan tetikus di atas permukaan tidak rata berbanding penggunaan bebola. A4tech G9370 dikatakan juga bersesuaian untuk kaki ‘game’, tetapi tak perlu bimbang kerana penguji merasakan produk ini turut mantap kalau disesuaikan dengan laptop yang dibawa ke mana saja. Faktor ergonomik dititikberatkan dalam produk ini kerana teknologi tetikus direka itu mampu disesuaikan dengan bentuk tangan seterusnya memberi keselesaan kepada si pemakai.

Kaedah pemasangannya pun cukup mudah. Pengguna hanya perlu menggunakan satu bateri bersaiz AA ke dalam tetikus dan memasang pemancarnya pada slot USB dan ia akan terus boleh digunakan.

Jangka hayat bateri pula mampu bertahan empat hingga enam bulan bergantung kepada kekerapan pemakaiannya. Rekaan ‘simple’ dengan tawaran empat warna iaitu merah, kelabu, kuning dan hitam pasti memberi pilihan baik yang ditambah konsep ‘plug n play’ menyenangkan si pemakai walau di mana mereka berada.

Tambahan pula, harganya kini sudah mencecah kurang RM100 yang pastinya mampu dibeli.

PRODUK:
Tetikus A4Tech G9370
HARGA: RM89
PERTANYAAN:
VERTEX Distribution Sdn Bhd
TELEFON: 03-2148 6961
LAMAN WEB: www.vertex.com.my

KESELURUHAN: ***1/2
REKA BENTUK:***
INOVASI: ***1/2
MESRA PENGGUNA:
DOKUMENTASI: ****
NILAI WANG: ***1/2

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !