~mood : Diploma Elektronik Komunikasi - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam

Recent Posts

Like This Blog ?

Sabtu, 16 Jun 2012

Personaliti wanita mengikut kategori payudara ?

haha , sape tak knal kan ? ( gambar hiasan )
Haha , ni dah masuk post yang ke-198 aku buat , tapi tajuk post ni pelik kan ? Betul ke apa yang dimaksudkan ? Maybe ? Apapun tajuknya , baca dulu k ? sekadar santai ~ :)



Seorang pakar penyelidik tentang sosiologi manusia di Rome, Itali menarik perhatian ramai pihak apabila mendakwa beliau mampu mengetahui sifat dan perangai wanita menerusi bentuk dan saiz payudara mereka.
 
  Yang melucukan, pakar tersebut, Pieor Lorenzoni, mengklasifikasikan payudara wanita mengikut kategori buah-buahan seperti tembikai, nenas, pear dan sebagainya.
 
  Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, Lorenzoni turut memberikan tips dan panduan kepada golongan lelaki untuk mengetahui sifat sebenar wanita idaman mereka melalui ‘keistimewaan’ beliau itu.
Berikut adalah sifat dan perangai wanita mengikut kategori payudara sebagaimana yang dimaksudkan pakar dari Itali itu;
 
1.       Tembikai : Wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.
“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.
 
2.       Lemon : Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.
“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya lagi.
 
3.       Nenas : Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” jelas pakar itu.
 
4.       Limau : Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.
“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni mengenai teorinya itu.
 
5.       Oren : Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks.
 
6.       Ceri : Wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.
 
7.       Pear : Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama.Tetapi, agak pelik apabila beliau menyatakan bahawa kebanyakan wanita dari kategori ini juga didapati kerap menduakan suami.
 
Biar apa pun, ia adalah sekadar teori pakar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya oleh pakar-pakar sains dunia memandangkan ia terlalu subjektif dan dilihat lebih sebagai cubaan mencetus kontroversi mempopularkan diri pakar tersebut.
 
Meskipun ada juga yang percaya kepada teori tersebut, anda khususnya lelaki dinasihatkan agar tidak menjadikannya sebagai panduan untuk sewenang-wenangnya mengandaikan sifat dan perbadi wanita sebagaimana yang dinyatakan Lorenzoni.
 
p/s : bagi aku , kajian mat saleh ni banyak mengarot ! hehe :)

35 komen ! anda pula ?:

Nurulee berkata...

Malu baca. Haha, kelakar pun ada =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/my-birthday-on-this-year.html

Kotak Mancis berkata...

hahhahaaa... macam ni pon ada kaa... nasib dia tak ketegorikan buah durian sekali.. wakakakaaaa

~Arif~Asyraf~ berkata...

hahaaa ~ tax de ape yg nak dimalukan , sbb sumenya mengarot n kelakar ~

AquilaNara berkata...

speechless. Durian takdak? huahuahua.

Tinta Lana berkata...

Salam..mengarut sangat dah omputih ni, tak pasal2 buah2an jadi mangsa,hahahahh

penyuluh perikanan berkata...

postingan yang bagus dan keren , sungguh luar biasa sobat......hehehe

Dakara berkata...

ahaa, takkan lelaki cak cek satu satu pulak, itu sudah lebih, huhuu :D

Siti Nurul Hidayah... berkata...

hoho buleh kawen doh arif nih

azie namico berkata...

hehehe...buah-buahan makan pun sedap..:D

Nur Emilya berkata...

heh, macam macam noh haha :D

JaNnaH berkata...

lawak2....

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

errr

cendol berkata...

haha gilossss amattt eeiii
mungkin ye mungkin tak..tapi mcm gila pn ade..
haha
wahai wanita2 labuhkan tudung mu menutupi paras dada ye..nanti ade pulak yg nk mngenali dgn care menakutkan ni

Masha Meisters berkata...

haha...no komenla...

Nyue berkata...

ahahahahah.....geli sehhhh !! mengarot je nie..

khairolina berkata...

hahaha lawak gilak.. ceri?? malunya mau bacaa.. haha

bubuu berkata...

entry ni best :) mana tau kalau-2 teori mat saleh betol ke tak kann . kajian depa lain , ciptaan ALLAH taala pun lain :) nice ! i love it

Saiful Lizan berkata...

aku tak kisah buah apa pon. :D

Faidhatul Arfah berkata...

follow u. hee

Qweensheesz berkata...

mengarut bebenaa !..hahaha
anyway,at list aku ktawa abis baca menda nihh...at list bdasarkan buah2buahan,klw haiwan?hhe

Aida Omar berkata...

adeh..buatnya yang percaya 100% mahu dia pakat skodeng org pompuan.. haha.. bahaya nih.. tapi melawakkan je baca.. ada jugak teori macam tu. huhu

aryes coulborn berkata...

mahunya laki dok usha buah dada je nanti -.-" nak piih sifat yg betull..hahahaha...takleh jadi nie -.-"

miss fluffy berkata...

aduhainye pun..huhu ni mcm kes buah-buahan je..speechless har3

nasir hamzah berkata...

adehhh...ayooo..ehehehh

http://blognasirhamzah.blogspot.com/

Payeh Kuced berkata...

Ohnoo . Apee nie ? Hahaha

Puisi dan Pendidikan berkata...

uhuii nice post....

sedutzone berkata...

xkesah la aper bentok sekali pon, janji leh nyo**ot... ahakz... oppss.. sori...

Iqa berkata...

Hadoi, benda ni pun boleh jadi macam buah.. =="

Best Business Brands berkata...

Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak 'test power!'” Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ?

kamal lee berkata...

haha. kau ni macam doktor pakar sakit puan. hewhew. btw, sape pompuan dalam gambar hiasan itu? macam kenal lah. hewhew. :))

merah berkata...

ada k ?? hahahaha , bohong kuat sungguh , ni mesti omputih tuu boring tahap taktau nak buat apaa , tuu yang reka macam macam

merah berkata...

ada k ?? hahahaha , bohong kuat sungguh , ni mesti omputih tuu boring tahap taktau nak buat apaa , tuu yang reka macam macam

dayteen lea berkata...

sapa perempuan tu?

TiranaAduka berkata...

nicepost mencuit hati sikit...ekekekkkeke

kartikel.com berkata...

haha. siap nama buah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !