~mood : Diploma Elektronik Komunikasi - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam

Recent Posts

Like This Blog ?

Ahad, 29 Julai 2012

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”



Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

 

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

38 komen ! anda pula ?:

ICAH BANJARMASIN berkata...

Nice article I like it..salam ukhuwah dari INDONESIA bang...

jal berkata...

eleh perempuan tuh dia ingat jadi lelaki ni senang, korang buat dosa, kitorang dapat share sekali kan tuan blog.

Cik Yaya berkata...

yng penting, i'm proud to be muslimah! ^,^
sangat mudah untuk masuk ke syurga dgn syrat, ikut saje segala perintah-NYA..=)

zaxx berkata...

entry yang sungguh menyentuh hati.. hujah sang lelaki itu sangat2 benar..Allah tidak kejam..Allah Maha Adil...sama2 kita berusaha mencari keredhaan-NYa..:)

khairul akmal bin azman berkata...

alhamdulilah..
setiap lelaki sentiasa menginginkan isteri yg solehah..

Gilakah Aku!!? berkata...

Terbaik.. laa hihih..

Lissa berkata...

nice entry and sharing. betapa mulianya wanita disisi Allah:)

azie namico berkata...

kaum feminin yang mcm nie perlu banyak belajar dan mendalami ilmu agama...baru mereka tau indah nya menjadi wanita..weeee...:D

Afiq Din berkata...

sume ade hikmahnya

Sue PeLik berkata...

nice
singgah dan follow :)

buatbest berkata...

syg kat wanita..~ hehe

Faidz Othman berkata...

nice.. salam ramadhan

Cendol berkata...

ape je yg Allah tetapkan tu lah yg terbaik

adibahfaizah berkata...

NICE sangat ! walaupun lelaki tu tak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, tapi sume hujah2 tu betul. eh, adakah anda lelaki tu ? haha .
Sesungguhnya setiap kejadian Allah ada hikmah dan kelebihannya :) SALAM RAMADHAN!

Wawasanku berkata...

postingan uang sangat indah, dan bermanfaat kawan, saya kagum dan menyukainya....
terima kasih atas pencerahannya

che_wawa berkata...

lepas nie..x mo dh pikir benda2 mcm prm2 kt atas tu.... :)
allah memang baik... sgt2 baik.. :) sayang ALLAH~~ ^_^

Nor Zilla Sensei berkata...

wow.. nice info.. syukran masih lg seorang muslimah yg cuba perbaiki kelemahan diri

Nuraihan Kassim berkata...

Alhamdulillah.. segale persoalan terjawab skrg... sebelom nie saye selalu gak cemburu ngan kaum adam yg nmpk seng, tetapi bile bace entri ni, hakikatnye menjadi kaum hawe sgt beruntung.. subhanallah :)

Lulu Yaya berkata...

Alhamdulillah. bersyukur jadi perempuan :D

farhana berkata...

sayangya Allah pada wanita, :'( .

*ampunilah dosaku atas keraguanku padamu ya Allah,astaghfirrullah hal adzim. amin.

amy syahiera berkata...

ALHAMDULILLAH , syukur dilahirkan sebagai wanita ,
nice entries :D

Noor berkata...

B'syukur..Allah cipta saya sbgai sorang wanita.serba-sedikit tmbul keinsafan bila baca entri ni.

Rea_pErz berkata...

nice article...ada sebab la kenapa perempuan dicipta begitu.hehe

Aida Omar berkata...

sangat bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang muslimah.. wahai kaum adam memang berat sekali tangungganmu tak kira didunia mahupun akhirat. Moga kalian sentiasa dirahmati Allah. :)

missha berkata...

nice :)

i'm proud to be muslimah.. :)

miss chillax berkata...

alhamdulillah :)

tirahzairi berkata...

bersyukur menjadi seorang girl...hihi...tp bnyk bnda perlu ubah dlm diri ini...huhu..nice sharing

Zufar Najib berkata...

Saya dah follow, harap boleh datang lawat saya pulak. Baca entry ni lah die ade 3 part, ni part one yang berguna tuk di amalkan bulan Ramadhan ni
http://mzufar.blogspot.com/2012/08/tips-download-taqwa-part-1.html

Ayuni Yusop berkata...

Nice entry!Smart sangat!

Pinky Aina berkata...

syok jadi girl.

Eyqa Hasnan berkata...

eyqa suka sangat entry nie . thumbs up ! terima kasih sebab sudi kongsikan entry sebegini .

fuZa berkata...

Alhamdulillah...
Subhanallah...
Betapa mulianya wanita di sisi Allah..

fifi berkata...

best bace entry ni!~ :)
terase banyak nikmat Allah bagi..
alhamdulillah..

babycomel berkata...

Alhamdulillah, syukur kerana lahir sbg seorang wanita..

Tanpa Nama berkata...

nice..

HannaNana Swift berkata...

Wanita itu istimewa..syukur saye seorg wanita :D

birthday party berkata...

nice post :D salam kenal yaaa

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !