Recent Posts

Like This Blog ?

Ahad, 5 Jun 2011

Cara Nak Buang Navbar Pada Blogspot



Tadi aku bertanya kat Pak Cik Google camne nak buang Navbar kat atas blog tuh, huhu.. cam cantik jee.. Tapi aku ase nak cari template baru la, sape2 ade cadangan URL template? ala2 wordpress atau Premium la..

Aku pun ase nak tukar domain dari Syok-Blogger.blogspot.com jadi Syok.Net, tapi hilang la sume data2 aku yang berpaut dari sumber2 lain n ranking alexa aku akan ketinggalan. Carian google pun xmelekat, n akhir sekali, NUFFNANG yang selalu bagi aku BE ntah kemane, sbb tu aku ase takot je nk tukar domain .. adoy ! jauh plak aku.. 

Kalau korang pakai theme dari blogspot
Mesti ada NavBar kan ?
 
 
Tak mengganggu pun
Tapi macam tak best la
Bagi yang dah ada domain sendiri
Macam tak sesuai la ada NavBar
Sekurang-kurangnya bagi la nampak macam laman web sendiri
Hehehe...

Cara-caranya:
1) Pergi ke Design >> Edit HTML
2) Cari kod dan letakkan kod berikutnya atas kod tadi

3) Lepas tu save. Sistem akan tanya sama ada nak delete atau tak widget tersebut, korang pilih Delete Widget


4) Ok.. Siap.. terima kasih ,, tinggalkan komen yee .. :)



credit : Asrolmania

Sabtu, 4 Jun 2011

10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA




Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.


10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak, nyawa dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA ...

Rabu, 1 Jun 2011

Kesan atau Akibat Merokok Kepada kesihatan




Mengapa merokok ?


1. Nampak lebih dewasa ...
2. Matang ...
3. Dapat menenangkan fikiran ...
4. Mencari ilham ...
    

Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
    

Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. 


Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!




Apakah kesan buruk daripada merokok ?



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
    


Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.




Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
   



Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    


Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    

Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
    
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.


Kesan atau risiko lain akibat merokok





Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
    

Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
    

Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
    

Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda...

Selasa, 31 Mei 2011

Akal dan Nafsu , 9 dan 1 ?




Kita biasa dengar ungkapan, lelaki  9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi. Lelaki dan perempuan berbeza. 

Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 

9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu. Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. 

Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja. Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.
 
Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
 
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka. 9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
 
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri. Diakhirat nanti, andai kata lelaki dapat masuk syurga, di pintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga. Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga... 

note : mohon keinsafan ya .. lelaki atau perempuan ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !