Recent Posts

Like This Blog ?

Memaparkan catatan dengan label Gejala Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gejala Sosial. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

13 Antara Aurat Wanita Yang Perlu Diketahui !


Antaranya >


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Sabtu, 17 Mac 2012

PERGAULAN BEBAS DAN ZINA





PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Isnin, 14 Mac 2011

Gadis Melayu Seksi : Apa Kata Hati Mereka???

Assalamualaikum dan salam satu blogger. Apa buat hari cuti hujung minggu nie? Beriadah? Bersosial? Bercuti? Berkelah? Menonton? Berblogwalking? Berdating? Ape pun yang anda buat, pakaian apa yang korang pakai tuh? Kalau orang tengok leh naik nafsu tak? Tapi bila cakap macam tu ade pulak suara perempuan yang nak tutup dosa yang dilakukan tu. "Ala...kalau pakai ape pun orang gatal tengok naik jugak nafsunya."aduhh....menjawab!Tapi, pasal dosa korang pikir tak? Korang jangan lupa kita orang Islam. Dan pemakaian tuh wajib tutup aurat. Bukan sebab orang pandang atau mak bapak korang tak kesah, tapi Allah sentiasa melihat, Malaikat sentiasa mencatit, dosa dan pahala sentiasa dihitung. Ade korang kesah ke dengan suma tuh? Tak kan. Sebab tu la kalau pegi jea memana konon banyak jea boleh tengok org free hair, pakai short, baju...mak aiii....tunduk skit da nampak lurah. Tapi cuba tanya kat diorg....Islam kan?.....Mau jea kene maki balik. Macam tu la situasi kesesatan zaman sekarang nie. Aku rasa lebih dari separuh yang tak bertudung padahal mak bapak dah bagi pendidikan agama yang cukup. Mak bapak tak ajar? Jadi tu dah jadi tanggungjawab sendiri. Jangan nak salahkan orang lain. Tapi masalahnya, makin berpelajaran makin kurang ilmu agama. 

Cuba la pegi tengok kat mana-mana IPTA atau IPTS atau mana-mana pusat pengajian. Nak dapat majoriti yang bertudung cukup susah. Kat UIA?? Dalam mungkin, tapi abgteror penah jugak kenal budak UIA nie kat dalam club, Modesto's masa zaman dl....berskirt pendek, minum arak, menari tak kira jantan betina. So, mana lagi nak cari orang yang mengetahui hukum agama? Bukan tau jea ok....sebab memang ramai yang tau tapi tak mengamalkannya. Tak sampai seru katanya. Hmmm....seru camne yang korang nak?....korang tau ajal korang umo berapa? So, memang takde yea istilah sampai seru sebab kalau dari agama lain sampai seru nak memeluk agama Islam tuh memang boleh guna sangat-sangat. Tapi lahir-lahir dah Islam, kecik-kecik pegi ngaji, sekolah sentiasa jea ade pendidikan agama sampai ke Universiti, tapi diamalkan ke ehh?....
 
Cuba la kalau ade plak saman ekor sape tak pakai tudung. Takan sampai nak kene buat camtuh. Mau beratur panjang orang bayar sama. Tapi kat akhirat nanti takan nak beratur panjang gak nak kene bakar rambut yang dibangga-banggakan tu?....Bukan ape. Masalah dari segi penguatkuasaan la semua nie. Takde pihak nak ambil bab. So, takde sape peduli nak pakai tudung ke tak...."Ada aku kesah"....katanya....Pastu ade pulak yang cakap. Tak pakai tudung jea la, tapi manede pakai seksi-seksi. Aduh....korang paham tak tujuan sebenar bertudung.....nak tutup aurat, nak tutup dada korang. Memang la ade yang pakai tudung tayang dada, Itu da lain dosa dia buat. Kira masuk akaun lain la. 

Sepatutnya bende yang kritikal macam nie la kerajaan patut campur tangan. Erk.....nak campo ke kalau sendiri pun...erk....mampus aku! Takan ketam nak ajar anak jalan lurus plak....adeh. So, kerajaan takan masuk campur la nampak gayanya dalam hal nie. Tahniah anda-anda yang tak bertudung and seksi tuh. Tapi itu dunia yea tuan-tuan dan puan-puan. Kat akhirat takde yang terlepas. Jangan sampai ade plak yang tak percaya akan hadirnya hari kiamat. Murtad nanti.....dah jadik satu hal lain plak....aduhhh!!!....Memang takan selesai la masalah nie. Assalamualaikum!!!!............
 
sumber : AbgTeror

Jumaat, 31 Disember 2010

Guru kekal dipenjara 20 bulan rangsang murid


SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.



sumber : WowBerita

Ahad, 26 Disember 2010

Hormoseksual ? Saya Gay, Saya OK...


Skarang waktu subuh, nk wtpe ek ? Nde ni dh lame aku bace cuma td sdg aku berblog walking, terjumpa jgk.. Amik la ltok lam blog ni.

Terbaru,saentero rakyat Malaya gempar dengan video pengakuan terbuka lagi berani seorang lelaki melayu yang mengaku sebagai GAY dan merasa yakin jalan yang dipilihnya itu betul biarpun tahu situasi dan kondisi rakyat Malaysia masih belum dapat menerima hakikat tersebut.

Dalam sebuah video pendek kira-kira durasinya 2:42 minit itu,lelaki melayu tersebut yang bernama Azwan Ismail telah mengaku bahawa beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuat pengakuan tersebut secara umum dan kini,hasilnya beliau mendakwa dirinya menjadi semakin yakin dan bersemangat untuk menempuhi masa-masa yang mendatang.

 
Bengom! Bleh dy ngaku terang-terang gtu ow.. bengom+gile pade binatang ag! Berat nanang! Rosok Blake ! 

Mungkin tidak keterlaluan untuk mangatakan bahawa,kini sudah tiba pada zaman di mana manusia sudah tidak lagi segan silu untuk berzina meskipun di hadapan manusia yang lain sepertimana dalam sebuah hadith Rasulullah SAW tentang gambaran peristiwa di akhir zaman.

Persoalan di sini,di manakah pihak yang berwajib yang sepatutnya terkehadapan dalam menjawab dan menangani isu ini??

Bila mengenang tentang azab siksa yang diturunkan ALLAH kepada Kaum Luth yang mengamalkan homoseksual secara berleluasa,dan juga bagaimana ALLAH telah melenyapkan sebuah generasi ketamadunan Rom di Bandar Pompey akibat daripada segala aktiviti ini menjadi status "halal" dalam masyarakat mereka,rasa gerun terus menerjah apakah suatu hari nanti giliran Malaysia pula untuk mencatat sejarah yang sama??

Ayuh,marilah kita sama-sama menentang pergerakan yang begitu bahaya ini dalam usaha menyelamatkan seluruh generasi manusia di bumi pertualang ini daripada terus menjadi hamba penjajahan moral dan penyakit sosial yang parah.

huh... fikir2kn la...ngntox.bye.. Salam..

Sabtu, 25 Disember 2010

Melacur Untuk Beli Susu Anak



KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."
Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.
Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.
Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya.
sumber: kosmo

Selasa, 21 Disember 2010

Wanita Bogel Naik Bas



Rasa2 nya kalau berlaku di sini macam mana gamaknya yer? Ramai kut pencinta2 DSLR yang banyak berkeliaran di sana-sini akan mengambil gambar koleksi & kenangan. Keruntuhan moral atau juga masalah mental?


SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi


gaya terbaru, berjemur di dalam pengangkutan awam bukan lagi di pantai2

Khamis, 16 Disember 2010

Bertudung tapi pakai seluar dalam



Nak jadi pe ni? Pakai selendang tapi nape dia pakai seluar dalam saje? Nak kata budak, badan pon mcm dah kawin.... Tp?? em... tu lah realitinye... Dah la tempat awam plak tuh! Gler! Mesti org lai dapat iklan percume...ehehe... Igt! dose tau.... erm.... pape pon... fikirla dlu... nape la jadi cam2...nak kate gile x, lau gile duk Tanjung Rambutan dah... Heish! pe nak jadi la.. Lau sume buang bleh tahan tp tudung tu!!! tnde Islam!!! Lol!! Cari la baju yg patot.... huh! kpd anda... pikir dlu sblom buat.. taubat!. Bkn ak yg snap ni!!  k r...

Adik Beradik Buat Seks ?

Dalam berita myMetro ada menyiarkan laporan mengenai perlakuan sumbang mahram dua beradik bawah umur yang melakukan seks. Secara pendapat peribadi aku, walaupun tak mustahil dengan dunia akhir zaman dan macam2 perkara boleh berlaku, hati aku tetap mengatakan itu bukan adik-beradik. Tapi mengenai perlakuan pasangan kanak2 laki & perempuan tersebut (ada klip video) menunjukkan keruntuhan moral yang kian serius di masa kini. Terpulang kepada kita bagaimana nak mengatasi masalah tersebut. Adakah kita redha sebab tak berlaku pada anak2 & saudara mara kita? Atau sekadar melepaskan geram dengan mengutuk. Apa tindakan kerajaan? Dan lebih penting lagi, apa usaha ibu-bapa terhadap anak masing2. Sama2 fikirkan.


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.


Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.


“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.


“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.


Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.


“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.


“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.


Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

Isteri Sudah 3 Tapi Masih Berkhalwat ?

Tak cukup 3, tambah lagi satu genapkan 4. Apa susah kan kalau dah MAMPU sangatkan? Hehehe, ada tak sape2 yang teringin lagi nak tambah? Hehehe, nak tambah buat secara betul tau. Bukan tambah kat bilik hotel. Best gak baca berita yang di petik dari sini.



ALOR SETAR: Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.


Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.


Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.


Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.


“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Ahad, 12 Disember 2010

Kisah atau tidak?

Bila pergi ke Mall, ataupun Shopping Complex, sering kali melihat pasangan ataupun couple baik yang dah kahwin mahupun belum. Sering juga memerhatikan gelagat mereka, ermm.. tiada niat tersembunyi, tapi boleh la juga dikatakan tidak sengaja 'melihat' mereka. Ada 1 bab yang paling aku hairan. Iaitu bab pakaian si perempuan. Yang bertudung selalunya. Yang tidak bertudung tu tak kisah la sangat. Tapi bagi yang bertudung, dah la bertudung, tapi pakaian? ada yang pakai tudung Indon, tutup aurat katanya, ataupun 'janji tutup aurat', still terdedah bahagian dada, dengan bangga menunjukkan susuk tubuh untuk tatapan 'tidak sengaja' orang lain. Bukankah itu hak si suami? yang membuatkan aku lagi bertambah pelik, si suami ni pulak tak kisah orang tengok isteri dia berpakaian mencolok mata. Dayus ke?




Seluar..
Bertudung, ayu, baju pun ok. Tpi bila bab seluar, tak ketat, tapi punya la nipis sampai bekas seluar dalam pun boleh nampak. Realiti, ada satu jenis seluar ni, tapi bukan jenis legging. Mostly dipakai oleh perempuan berseluar ketika bekerja. Ataupun pergi hangout dengan family. Aku rasa setiap orang perempuan ada 1 pasang seluar macam ni. Tak caya? yang perempuan tu pergi la cek sendiri, pakai, then pergi tengok cermin, tu pun kalau nampak la eh. Tak nampak tanya la muhrim korang. Tak kesah la dah kahwin atau belum. Tapi as a Muslimah. Setakat ni selalu ternampak dekat shopping complex berseluar begitu, bukan nak sangat tengok, tapi ternampak. Nak buat macam mana, tak kan nak format biji mata ni. Lagi-lagi lawyer dekat sebelah JJ lama. Lawyer la katakan, tapi memang kena pakai seluar macam tu ke? Fesyen agaknya. Tapi ada je kain rasmi untuk pejabat. Tapi still, ego as a professional tu ada, so dalam otak, mesti pakai seluar tersebut, dan, Wallah! Jadi la pameran bergerak yang bertaraf professional. Sigh~





Pic ni copy paste dari internet, bukan snap sndiri..Hrap Maklum!


Kalau kes rogol meningkat, ramai yang salahkan lelaki. Ada yang salahkan perempuan. Tapi mostly aku tengok pakai perempuan sekarang bukan macam perempuan, tapi kebanyakkan nya betina dalam jubah. Masing-masing kena tarbiyah diri masing-masing. Baik si lelaki, tegur isteri punya pakaian, kadang-kadang ada yang mengandung, pakai tudung, tapi pakaian Ya Allah. Tah apa jadi la kat anak yang keluar tu nanti. Suci anak tu, tapi mak bapak yang mencorakkan. Kalau dah mak bapak macam tu. Anak tu nanti macam mana pulak kan. Yang perempuan tu pulak, tau la dah bagi hak tu kat si suami, si suami tu pun dapat la apa yang dia nak. Tapi kena ingat, Hak si suami tu tetap ada. Private. Even yang belum kahwin pun, mesti jaga. Kalau si boyfriend pun, tegur-tegur lah ye. Tau la awek kamu tu cun, tayang sana, tayang sini. Jangan dah kena rampas dek orang terliur, kamu merana pulak.


Ish3!
Bab tegur..

Bila tiba bab tegur, dulu pernah jugak tegur sorang budak perempuan ni. Masa puasa, turun dari asrama hendak pergi beli juadah berbuka, pakai seluar tidur yang sendat dan menampakkan setiap susuk paras bawah bahagian badan. Dalam bulan puasa pulak tu, bila tegur, dikatanya nak ikut selesa dia. Dah tegur, tapi dalam otak tu still dia rasakan dia tak salah. Pakai tudung, tutup aurat. tapi? Mesti ada yang tak kena. Jadi berhati-hati, sebelum orang chop anda sebagai perempuan tak betul, baik periksa tingkah laku, mahupun pakaian. Ada yang cakap kena datang niat, bukan terpaksa. Aduhh. Macam-macam lah, dah tak nak tu cakap je tak nak, memang nak tayang, tak payah la bagi alasan macam tu.

p/s: Jadi Perempuan Muslimah yang Bertudung, bukan Minah Tudung! Nauzubillah Min Zalik~

sumber : d'Mashq

Sabtu, 11 Disember 2010

Belajar Mengawan Di Sekolah



Sekarang ni heboh pendidikan seks nak diajar di sekolah... Pendidikan seks atau nama lainnya, pendidikan mengawan akan diajar kepada kanak-kanak yang masih belum tahu mengawan untuk tahu mengawan... Subjek ini bertujuan untuk mengajar mereka agar tahu untuk buang anak dengan cara berhemah...

Apa rasional nya subjek ni didedahkan kepada anak-anak muda? Adakah untuk mengurangkan kelahiran puak gay dan lesbian di Malaysia? 

Sebenarnya tiap mende itu datang bersama kebaikan dan keburukannya yang tersendiri... Kita tak boleh nilai sesuatu berdasarkan pendapat kita semata-mata... Orang lain pun ada pendapat masing-masing... So, bagi aku sendiri aku rasa mende ni ada baiknya jugak... Buruknya tetap ada tapi manalah taw kan kalau ianya memberi kesan positif nanti... 




Subjek ni nanti bukannya nak ajar wat seks mahupun senaman tangan pun... Ianya sekadar pededahan awal pasal keunikan dan fungsi organ seks masing-masing... Rasanya lah... Hehe... 




Tapi aku rasa pendidikan tentera pun perlu lah... Manalah taw Malaysia nanti nak perang ke kan... Sekurang-kurangnya kita boleh taw jenis bom yang membunuh kita sebelum mati... Kah3

sumber : sayafaiz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !