Recent Posts

Like This Blog ?

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2012

Personaliti wanita mengikut kategori payudara ?

haha , sape tak knal kan ? ( gambar hiasan )
Haha , ni dah masuk post yang ke-198 aku buat , tapi tajuk post ni pelik kan ? Betul ke apa yang dimaksudkan ? Maybe ? Apapun tajuknya , baca dulu k ? sekadar santai ~ :)

Isnin, 23 April 2012

Apakah Penyebab Utama Masalah Jerawat ?


Jerawat Terjadi Bila Kelenjar Minyak Mengeluarkan Terlalu Banyak Minyak Dan Sebum Di Kulit Terutamanya Di Muka , Dada Dan Belakang Iaitu Kawasan Yang Mempunyai Banyak Bulu Roma .

Ahad, 30 Oktober 2011

Lelaki Bercinta Dengan Keldai



SEORANG lelaki Zimbabwe baru-baru ini menggemparkan mahkamah di dalam keterangannya bahawa pelacur yang dilanggannya secara tiba-tiba berubah menjadi seekor keldai.
Meskipun menyedari bahawa pelacur tersebut adalah seekor keldai, Sunday Moyo mengaku jatuh cinta terhadap keldai tersebut setelah ‘melanggan’ haiwan berkenaan.
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya kepada mahkamah baru-baru ini.
Sumber AFP memberitahu Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.
Dalam kejadian itu, Moyo yang berpendapat dirinya juga ‘seekor keldai’, memberitahu bahawa dia terpaksa membayar sebanyak AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.
Bagaimanapun, dia terkejut pada keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.
Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. – 

credit : Mynewshub.my

Khamis, 7 Julai 2011

Amalan Yang Baik Untuk Minda


Salam sejahtera.

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel “Amalan Yang Baik Untuk Minda” – siri yang pertama. Apa yang anda lakukan pada hari ini, anda juga akan mendapat hasilnya nanti. Ada yang mendapat hasil yang cepat, ada yang pernah hasil yang lambat. Ianya bergantung kepada nasib dan atas kehendak Allah. Jika anda banyak melakukan amalan yang baik, minda anda pasti akan berada dalam keadaan baik. Begitulah juga sebaliknya jika kita melakukan amalan yang buruk, minda kita akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang buruk juga.



Jumaat, 25 Februari 2011

Ikan Keli ? Keli Zat Babi ?

Assalamualaikum dan salam satu blogger. Petang-petang yang indah nie tetiba plak abgteror teringat kat keli. KELI?.....alah keli yang membesar dengan khasiat yang enak iaitu dari najis babi dulu tuh yang pernah menerjah ruang permasalahan kat Malaysia nih, lebih tepat dekat Perak. Keli Zat Babi namanya. Hehe. Lawakkan namanya. Tapi hukumnya dalam syariat Islam bukan lawak. Bende serius nih. Tapi ape tindakan kerajaan pastuh yer?....musykil gak nih. Cam takde ape-ape tindakan drastik jea pas tuh.  just bagitau keli tuh dapat zat babi pastuh?, tapi yang membeli ngan yang da makan tau ke? Ade lagik ke keli tuh? Takkan dah bunuh semua kan? Sepuluh kolam. Satu kolam mau ada 50,000 ekor paling kurang. Tu dulu, sekarang? Ada orang ambik tau lagi ke? Tak penah timbul lagik pun. Camnih jea la....bia kita sendiri jea yang pilih kalau nak makan ikan keli. Cara-caranya:


IKAN KELI YANG MAKAN BENDA HARAM
(kumbahan ladang babi/usus babi)

1. Kepala berbentuk 'V'
2. Bentuk badan mirip torpedo
3. Badan berwarna hitam berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

IKAN KELI YANG BERSIH SUMBER MAKANANNYA
1. Kepala berbentuk 'U'
2. Bentuk badan tirus
3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5. Tiada warna kuning kelihatan diantara bawah kepala dengan badan
6. Digoreng tidak meletup dan halal dimakan.

Hmmm.....kaler macam tuh selalu nampak dekat Pasaraya Ekonomi kan? Yang dok dalam balang tuh. Macam selalu jea nampak. Ape-ape pun sesama la kita mencegah ok. Bende haram kalau masuk dalam badan nie samada kita sedar atau tidak tetap menjadi darah daging. Cegah jea sebelum parah.
 
sumber : AbgTeror

Sabtu, 15 Januari 2011

Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat


Para saintis percaya kacang soya dapat meningkatkan pertempuran melawan prostat dan kanser payudara.  Penyelidik dari Universiti di Buffalo, New York telah melakukan kajian ke atas 1,300 orang wanita dan menunjukkan isoflavon dari kacang soya dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Penyelidik, Anne Weaver menemui hasil kajiannya,  mereka yang diberi rawatan dengan  isoflavon  mempunyai 30 peratus pada risiko yang lebih rendah daripada tumor payudara invasif dan 60 peratus risiko yang lebih rendah dari tumor peringkat rendah.

Ms Weaver dan pasukannya menilai 683 wanita dengan kanser payudara dan membandingkannya dengan 611 wanita sihat.  Dia berkata: 'Seperti kajian diet  yang lainya, penemuan-penemuan tersebut tidak definitif dan perlu dipertimbangkan dalam konteks tindakan lanjut dan pengesahan seterusnya.

Dalam satu  kaji selidik yang lain oleh sekumpulan pakar dari Northwestern University, Chicago, mendapati bahawa dengan satu pil sehari yang mengandungi  genistein, sejenis bahan kimia isoflavon yang terdapat  pada kacang soya, dapat  melambatkan atau menghentikan penyebaran kanser prostat.
 
Walaupun kajian yang dilakukan hanya ke atas sekumpulan kecil serama 38 orang lelaki, sanitis mendapati hasil daripada kajian tersebut adalah yang pertama kaedah rawatan tanpa menggunakan dadah untuk menghalang gerakan sel kanser dalam badan. Professor Raymond Bergan berkata, " Langkah pertama ialah untuk melihat sama ada ubat ini berkesan mengawal kanser daripada merebak dalam badan dan jawapannya adalah ya. Ia berkesan.

Isnin, 3 Januari 2011

Kaum wanita lihat ni..ini bukan lawak yer!!


Jadikan kebiasaan mulai sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya. Ini sangat penting agar salah satu bagian terpenting Anda tetap terlindungi. Dan, jagalah kebersihan bra.

Dah lame tau cume baru td terserempak, then post la kat blog >

Setelah Susan McKinley (antroplogis) pulang ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Tidak ada yang tahu itu apa. Ia duga ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah kembali, ia menemui dokter karena sudah ada rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang dideritanya. Dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus.
Setelah waktu berselang, rasa sakitnya tidak hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.

Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, tapi rasa sakitnya bertambah. Ia pun mulai mencari dokter-dokter terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tapi, sang dokter juga tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan mencari temannya yang ahli dalam bidang dermatologi.

Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama dua pekan dan akhirnya bertemu dermatologis itu. Perubahan akan terkuak dalam pertemuan ini.
Susan terkejut. Setelah ia membuka perbannya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori dan dalam luka payudaranya. 

Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul di lubang sebelahnya.
Yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan kanal susu payudaranya.

Berdasarkan informasi itu, disarankan kepada para wanira agar mencuci bra yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus sering-sering dicuci dan dijaga kebersihannya.

Jangan biarkan diri Anda jadi sarang penyakit tanpa Anda sadari. Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang terlihat bersih tanpa Anda tahu betul bahwa itu benar-benar steril.-dipetik dari inilah.com

Rabu, 15 Disember 2010

Wanita Paling Rendah Di Dunia



ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini. "Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 cm dan seberat 6.8 kg.

Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki. Semasa di zaman kanak-kanak dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya. "Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.

Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun. Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut. Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti.

Sabtu, 11 Disember 2010

5 Makanan Yang Paling Banyak Menyumbang Ke Arah Kanser

Kanser adalah pembunuh nombor satu rakyat Malaysia. Tetapi sebenarnya kita sendiri yang membunuh diri kita dengan mengamalkan gaya pemakanan yang kurang sihat. Berikut adalah makanan yang menyebabkan penyakit kanser dan kita patut kurang memakannya.





1. Hot Dog
Kerana hot dog mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Pakar Pencegahan Kanser menyarankan bahawa kanak-kanak makan tidak lebih dari 12 hot dog sebulan. Jika anda tidak dapat hidup tanpa hot dog, beli yang dibuat tanpa natrium nitrat.






2. Daging  telah di proses.
Juga tinggi dalam natrium nitrat yang sama ditemui pada hot dog dan daging telah di proses boleh juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Lemak tepu pada daging  juga menyumbang untuk kanser.




3. Donat
Donat adalah penyebab kanser berganda. Pertama, ia dibuat dengan tepung putih, gula, dan minyak hidrogenasi, kemudian di goreng pada suhu yang tinggi. Donat, mungkin makanan yang terburuk yang mungkin anda makan untuk meningkatkan risiko kanser.




4. Kentang goreng
Seperti donat, kentang goreng yang dibuat dengan minyak terhidrogenasi dan kemudian digoreng pada suhu yang tinggi. Ia  juga mengandungi penyebab kanser iaitu asid amida acryl yang terjadi selama proses menggoreng.




5. Kerepek, keropok dan biskut
Semua biasanya dibuat dengan tepung putih dan gula. Bahkan pek yang tertulis label bebas trans-lemak secara umumnya mengandungi sejumlah kecil trans-lemak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !