Bosan kan bila buka youtube je , buffering je tak abis2 .. Kali ni aku nak tunjukkan cara-cara nak lajukan buffering/loading kat youtube tu @ mana2 video streaming yang lain yang sewaktu dengannya la … Ni caranya aku nak ajar. Aku sendiri dah test dan menjadi. Dan ilmu ni aku turunkan kat korang pulak la yee … Tak baik kedekut ilmu kan .. eheheh …
Recent Posts
Like This Blog ?
Memaparkan catatan dengan label Tips2 berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips2 berguna. Papar semua catatan
Khamis, 12 April 2012
Jumaat, 30 Mac 2012
Tips Cara Mendidik Anak-Anak Dari Awal
Posted by
~Arif~Asyraf~
Anak-anak ialah anugerah dari Allah yang amat bernilai dan merupakan amanah untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin . Tapi perlu diingat , akhlak , perangai dan semua tingkah laku sesesorang anak itu bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak . Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik .
Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....
Sabtu, 11 Jun 2011
Tips dan Cara Memikat Hati Lelaki
Posted by
~Arif~Asyraf~
Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
- Mengetahui bila hari lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Agresif.
- Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
- Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
- Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
- Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Sekiranya anda percaya dengan tips cara memikat lelaki ini, maka teruslah mencuba dan praktikkan cara tersebut. Semoga Berjaya.
Tips dan Cara Memikat Hati Wanita
Posted by
~Arif~Asyraf~
Cara Memikat Hati Wanita
Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai – itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
sumber : zonbebas
Cara Masukkan Laman Web atau Blogspot di Carian Google
Posted by
~Arif~Asyraf~
Jadi anda sudah ada sebuah blog yang cantik, dan anda isikannya dengan entri-entri yang padat dengan maklumat. Namun, bagaimana anda mahu tarik perhatian pengunjung ke blog anda? Selain daripada memberitahu kawan dan saudara, bagaimana caranya untuk orang ramai mengetahui akan kewujudan blog anda? jom kita mulakan !
Jika website/blog anda sudah lama wujud, tentunya google website/blog anda sudah tersenarai dalam google, tapi jika anda masih baru, anda perlu pingkan website/blog di website pingger yang disediakan supaya mudah ditangkap dengan mudah oleh google, ini juga perlu dilakukan sekiranya anda membuat posting baru di website/blog anda. Contoh pingler yang saya gunakan ialah > Totalping dan Pingler.
Dan dengan itu , anda perlu mempelajari teknik SEO yang selanjutnya untuk menambahkan pengunjung harian.
Teknik SEO seperti gambar di bawah, blog .:Syok-Blogger:. ini berada list ke 2 pada keyword yang dicari ..
ok .. terima kasih , sila like atau komen ... :)
Jika website/blog anda sudah lama wujud, tentunya google website/blog anda sudah tersenarai dalam google, tapi jika anda masih baru, anda perlu pingkan website/blog di website pingger yang disediakan supaya mudah ditangkap dengan mudah oleh google, ini juga perlu dilakukan sekiranya anda membuat posting baru di website/blog anda. Contoh pingler yang saya gunakan ialah > Totalping dan Pingler.
Dan dengan itu , anda perlu mempelajari teknik SEO yang selanjutnya untuk menambahkan pengunjung harian.
Teknik SEO seperti gambar di bawah, blog .:Syok-Blogger:. ini berada list ke 2 pada keyword yang dicari ..
ok .. terima kasih , sila like atau komen ... :)
Isnin, 6 Jun 2011
Cara-Cara Asas & Mudah Untuk Melajukan PC
Posted by
~Arif~Asyraf~
Uninstall semua program yg tidak diperlukan
Rasanya langkah ini tidak perlu dijelaskan lebih lanjut. Mesti korang tahu dan penah uninstall software.
Tingkatkan performance swapfile
Langkah ini hanya digalakkan utk pc yg mempunyai 256MB RAM atau lebih. Kalo tak, nnti tak jadi. Caranya senang je:
1. Tekan Start dan kemudian Run
2. Taip msconfig.exe dan ok
3. Klik bahagian System.ini
4. Expand tab 386enh dgn menekan tanda tambah
5. Tekan New, dan taip ConservativeSwapfileUsage=1 dlm ruangan kosong
6. Klik Ok dan restart pc (nk restart kemudian pon boleh)
Disablekan indexing service
Indexing service adalah program utk update list fail dlm pc kita. Kebaikannya, kita dpt search fail dgn laju. Tapi ia menyebabkan pc jadi lembap (tambahan pulak laptop aku yg dh tua nih) dan juga bunyi bising. Program ni kecik je, tp byk pakai RAM. Jadi lg bgs kalo disablekan indexing dgn step seperti kt bawah ni:
1. Tekan Start
2. Pastu Control Panel
3. Double click Add/Remove program
4. Klik Add/Remove Window Components
5. Uncheck indexing service
6. Tekan next dan beress..
Disable network file dan printer
Biasanya akan ada delay bila nk bukak folder. Sebabnya Windows akan automatic akan cari network file dan printers setiap kali kita bukak windows explorer. Cara nk disable mcm kt bawah:
1. Bukak mana2 folder
2. Tekan Tools menu
3. Tekan Folder Options
4. Tekan View Tab
5. Uncheck Automatically search for network folders and printers check box
6. Tekan Apply
7. Ok
8. Reboot
p/s: Semoga mencuba. Aku dh try sendrik dan mmg ade effect utk laptop aku…
Ahad, 5 Jun 2011
Cara-cara Pasang Lagu kat Blog - Blogspot
Posted by
~Arif~Asyraf~
Korang nak pasang lagu kan??? Kalau nak korang mesti pilih salah satu sponsor music widget sperti youtube,gratisan musik,musicdumper,mixpod dan lain-lain. Tapi saya cadangkn korang gune youtube,musicdumper,mixpod,widget index n mp3 codes..Suke ati korang la nk gune ape..HAAHA..
Ok jom kte mulekan, malas nak terangkan panjang-panjang...
1.Pergi kat widget index.(klik kat link wrne biru tuh)
2.Korang tgk ade tulis kategori widget,pas tu korang click Music Box.....klau x caye tgk gmbr di bwh yer...
3.Lepas dah click Music Box, pilih la lagu favourite korang...Klau lagu favourite tak de dlm senarai,korang leh cari kt google search,yang kt bwh tu...klau tak caye tgk ler gmbr nie...
4.Apabila korang dah pilih lagu korang, dye akn bukak ke new tab. Pas tu dia sruh ambik code lagu tu...Klau x faham tgk kt bwh ek...
5.Lps korang da ambek code tu,korang masukkan la code tu kat HTML/Javascript...
Tu je...Senang kan???
Klau jdi ckp tenkiu tau..Klau x jadi bgitau kat saia ok! Salam ..
credit : huhu
Cara Nak Buang Navbar Pada Blogspot
Posted by
~Arif~Asyraf~
Tadi aku bertanya kat Pak Cik Google camne nak buang Navbar kat atas blog tuh, huhu.. cam cantik jee.. Tapi aku ase nak cari template baru la, sape2 ade cadangan URL template? ala2 wordpress atau Premium la..
Aku pun ase nak tukar domain dari Syok-Blogger.blogspot.com jadi Syok.Net, tapi hilang la sume data2 aku yang berpaut dari sumber2 lain n ranking alexa aku akan ketinggalan. Carian google pun xmelekat, n akhir sekali, NUFFNANG yang selalu bagi aku BE ntah kemane, sbb tu aku ase takot je nk tukar domain .. adoy ! jauh plak aku..
Kalau korang pakai theme dari blogspot
Mesti ada NavBar kan ?
Tak mengganggu pun
Tapi macam tak best la
Bagi yang dah ada domain sendiri
Macam tak sesuai la ada NavBar
Sekurang-kurangnya bagi la nampak macam laman web sendiri
Hehehe...
Cara-caranya:
1) Pergi ke Design >> Edit HTML
2) Cari kod dan letakkan kod berikutnya atas kod tadi
credit : Asrolmania
Jumaat, 27 Mei 2011
Tips Menjaga Rambut Supaya Kekal Sihat
Posted by
~Arif~Asyraf~
Sentiasa Lembab
- Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungu pelembab. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memadai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasikan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembab dan menghindari kekusutan.
Keringkan Rambut Dengan Cara yang Betul
- Untuk menjaga supaya rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semulajadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembab setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering.
- Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus , ketika mengeringkan rambut , halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.
Sapu Minyak Jika Perlu
- Sapuan minyak membantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lalu sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa.
Potong Rambut Mengikut Kesesuaian
- Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau kerinting selain nampak semakin mengembang.
note : amalkan selalu yer .. hehe ..
Sabtu, 21 Mei 2011
Camne Nak / Baiki Blog / How to Bypass Lone Ranger Hack
Posted by
~Arif~Asyraf~
Dua hari yang lepas aku telah dikejutkan dengan page SIAL berwarna gelap seperti di atas , Apesal ? Hampir nak gila aku dibuatnya , dah la blog keluar page bangang , akaun blogger lak tak boleh akses , Adoy ! Nak hack pun agak2 la ! Cari la laman banking ke ! SIAL tahap **** !
Sampai semalam baru blog aku kembali pulih hasil pertolongan Cikgu Zul , cikgu sekolah lama aku , huh ! Syukur ! Ase nak terbang ! SUKENYE Hati aku !! Sapa tak marah , dah la stat blogger dan nuffnang jadi kosong. Last2 hilang Status "GLITTERATI" aku yang sentiasa mantain walaupun tak BW. hahaha!
hem ! Klau jumpa si Hacker tu ! Aku pukul sampai MAMPUS ! Takde keje lain ke ? Sekarang , blog .:Syok-Blogger:. dah kembali normal dengan pagenya , hehehe ,
Apa tu ek ? hahahaha ... owh ! sapa-sapa yang terjumpa iklan PRUDENTIAL LR ni ! Rajin2 kan tangan untuk klik yer ! Thats My "Buffered Earning" now ! plsssssssss ! merayu ! :P , kalau anda mempunyai masalah yang sama , jangan malu bertanya :) Sekali lagi
Terima Kasih Cikgu ZUL !
Isnin, 16 Mei 2011
CARA NAK MELAJUKAN STREAMYX ANDA
Posted by
~Arif~Asyraf~
Jika anda menggunakan streamyx dan terasa slow untuk masuk web-web yang menmpunyai hosting luar negara . Ini ada tips untuk lajukan connection internet anda.
Caranya, gunakan proxy dari streamyx.
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128
Untuk yg menggunakan firefox .
Tools -> Options->Advance->Network->Settings
Cubalah.. memang laju giler... :)
credit : Minda-Malaysia
Caranya, gunakan proxy dari streamyx.
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128
Untuk yg menggunakan firefox .
Tools -> Options->Advance->Network->Settings
Cubalah.. memang laju giler... :)
credit : Minda-Malaysia
Jumaat, 22 April 2011
Cara Nak Lajukan Broadband Bagi Yang Dah Habis Limit
Posted by
~Arif~Asyraf~
huhu .. Posting ni juz nak share camne nak lajukan broadband yang dah habis bandwidth , aku try la guna , tapi taktau camne hasilnye .. same je .. Klau nak tahu lebih , jom ke blog BudakBotak . Hehe .. juz sharing ~ Salam ~ :)
Khamis, 21 April 2011
7 Tips Membeli Laptop
Posted by
~Arif~Asyraf~
1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.
2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.
3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.
4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.
5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.
6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.
7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.
Blog Aku Hilang ? Bagaimana untuk dapatkan blog yang hilang ?
Posted by
~Arif~Asyraf~
Huh ! Hari ni hari paling menakutkan bagi aku.. Ayah aku dah bagitahu yang blog aku hilang time dia surf kat pejabat , ha ? hilang ?! hmm... aku buat xkesah je coz ingtkan dia tersalah.. aku pun rilek2 jee.. lalalala... last pagi khamis aku xpegi skolah , aku buka la blog aku , ha ? dia ckp "The Blog syok-blogger.blogspot.com was remove and cannot create same domain" ape hal ni ??? adoy !! n slalu tunjuk camni...
huh ! bila nk login asyik minx verify code , aku pun try3 n try , smpai la code tu kat nset , baru aku boleh akses blog aku... syukur Alhamdulillah..~~ hehe ~~ emoga sukses selalu ~~ Salam ~~ mood : happy :)
Rabu, 13 April 2011
30 Tips / Cara Menjimatkan Air di Dalam dan Sekitar Rumah
Posted by
~Arif~Asyraf~
Tandas
1 . Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
4. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
Bilik Mandi
5. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
6. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas aray menyiram taman.
7. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
Sinki
8. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, mengosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
9. Baiki Sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
Taman
10. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
11. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
12. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
13. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
14. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
15. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
16. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada untuk membersihkan kawasan luar rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Dapur
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Garaj
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Cara-cara menjimatkan air lain
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.





















