Recent Posts

Like This Blog ?

Khamis, 21 April 2011

CARA MENGELAK DARIPADA SIHIR Dan KEJAHATAN LAIN


ASSALAMMUALAIKUM.....

Antara langkah penting yang boleh menyelamatkan seseorang daripada disihir adalah membentengi diri dengan zikir syar'ie dan membaca doa matsur. iaitu....


1. Membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai mengerjakan solat fardu selepas membaca zikir zikir....


2. Membacakan ayat al-Kursi menjelang tidur,kerana ia merupakan ayat yang paling mulia di dalam Al-Quran Al-Karim.....


3. Membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq dan surah Al-Nas setiap kali mengerjakan solat fardu....


4. Membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah pada awal malam,iaitu firman ALLAH TAALA ayat 205 dan 206.


Rasulullah S.A.W bersabda...

"sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi pada waktu solat malam,Allah S.W.T mengutuskan kepadanya malaikat sebagai penjaga dan sayitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.

Rasulullah S.A.W bersabda....

"sesiapa yang membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah pada suatu malam,kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya. (dari segala kejahatan)

5. Memperbanyakkan membaca doa.

pada waktu malam siang hari,ketika berada di suatu tempat laut atau hutan.

Rasulullah S.A.W bersabda...

"sesiapa yang mendiami sesuatu tempat penginapan,lalu ia berdoa "
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah kalimah yang sempurna daripada segala kejahatan dan daripada apa sahaja yang diciptakan olehnya"
" Amalkan ia Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dilindungi dari segala kejahatan "

7 Tips Membeli Laptop


1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.


3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.


4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.


5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.





6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.


7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Blog Aku Hilang ? Bagaimana untuk dapatkan blog yang hilang ?

Huh ! Hari ni hari paling menakutkan bagi aku.. Ayah aku dah bagitahu yang blog aku hilang time dia surf kat pejabat , ha ? hilang ?! hmm... aku buat xkesah je coz ingtkan dia tersalah.. aku pun rilek2 jee.. lalalala... last pagi khamis aku xpegi skolah , aku buka la blog aku , ha ? dia ckp "The Blog syok-blogger.blogspot.com was remove and cannot create same domain" ape hal ni ??? adoy !! n slalu tunjuk camni...


huh ! bila nk login asyik minx verify code , aku pun try3 n try , smpai la code tu kat nset , baru aku boleh akses blog aku... syukur Alhamdulillah..~~ hehe ~~ emoga sukses selalu ~~ Salam ~~ mood : happy :)

Jumaat, 15 April 2011

Kalau Tuhan tu Baik , Kenapa Buat Neraka ?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !