Recent Posts

Like This Blog ?

Rabu, 13 April 2011

30 Tips / Cara Menjimatkan Air di Dalam dan Sekitar Rumah


Tandas

1 . Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
4. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Bilik Mandi

5. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
6. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas aray menyiram taman.
7. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Sinki

8. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, mengosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
9. Baiki Sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

Taman

10. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
11. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
12. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
13. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
14. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
15. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
16. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada untuk membersihkan kawasan luar rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

 Dapur

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Garaj

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Cara-cara menjimatkan air lain

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Sabtu, 9 April 2011

Bufered Earning 1 !! horey !

Salam... Ni entry paling bez laa.. gler2.. pagi td lpas aku bangun solat sbuh, trus buka komputer, nk berblog la.. last-last buka nuffnang skali, huhu ! ape aku nampak ? Pendapatan Trumpuk !! maklum la aku buat dlm bhasa melayu, Buffered Earning la... heehe...

 Nampak tak ? walaupun sikit tapi lebih baik dari tak der langsung.. alaa.. lama-lama meningkat la tuh.. hu3.. okeyh... pada yang belum dapat tu usahalah banyak2...he2.. Salam..

Jumaat, 8 April 2011

Swiflets Sound Free Download l Download Suara Walit Percuma


Semakin hari semakin bertambah rumah-rumah walit. Tanpa disedari, di sekeliling kita sudah penuh dengan bunyi-bunyian pangilan walit pelbagai jenis. Adakah anda sedar ? Perusahaan walit kini kini semakin maju, harga yang tinggi menyebabkan mata setiap yang ingin bergelar usahawan menjadi bertambah taksub. Haha... Artikal alu kali ni ingin menyentuh tentang suara burung walit. Pengusaha burung walit kini sibuk mencari suara walit yang berkualiti. Silap hari bulan kena tipu ! hua3...


Macam-macam bentuk jualan suara walit seperti kaset, cd, pendrive... aku guna pendrive.. lagi senang... aku pun ada koleksi suara. Cuma belum sedia untuk dijual... he3... okeyh..juz sharing info..  jom sertai burung walit ? PENDAPATAN MENGUNTUNGKAN !! & BOLEH DIWARISI !! ~~

Jumaat, 1 April 2011

Sambutan April Fool's Day - Kejatuhan Kerajaan Islam di Granada


Terdetik hati aku untuk publish tentang April Fool's Day ni sebab kat masjid tadi ade 1 kuthbah tentang ni. Jadi, bace laa... >

Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...amin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !