Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 14 Mac 2011

Gadis Melayu Seksi : Apa Kata Hati Mereka???

Assalamualaikum dan salam satu blogger. Apa buat hari cuti hujung minggu nie? Beriadah? Bersosial? Bercuti? Berkelah? Menonton? Berblogwalking? Berdating? Ape pun yang anda buat, pakaian apa yang korang pakai tuh? Kalau orang tengok leh naik nafsu tak? Tapi bila cakap macam tu ade pulak suara perempuan yang nak tutup dosa yang dilakukan tu. "Ala...kalau pakai ape pun orang gatal tengok naik jugak nafsunya."aduhh....menjawab!Tapi, pasal dosa korang pikir tak? Korang jangan lupa kita orang Islam. Dan pemakaian tuh wajib tutup aurat. Bukan sebab orang pandang atau mak bapak korang tak kesah, tapi Allah sentiasa melihat, Malaikat sentiasa mencatit, dosa dan pahala sentiasa dihitung. Ade korang kesah ke dengan suma tuh? Tak kan. Sebab tu la kalau pegi jea memana konon banyak jea boleh tengok org free hair, pakai short, baju...mak aiii....tunduk skit da nampak lurah. Tapi cuba tanya kat diorg....Islam kan?.....Mau jea kene maki balik. Macam tu la situasi kesesatan zaman sekarang nie. Aku rasa lebih dari separuh yang tak bertudung padahal mak bapak dah bagi pendidikan agama yang cukup. Mak bapak tak ajar? Jadi tu dah jadi tanggungjawab sendiri. Jangan nak salahkan orang lain. Tapi masalahnya, makin berpelajaran makin kurang ilmu agama. 

Cuba la pegi tengok kat mana-mana IPTA atau IPTS atau mana-mana pusat pengajian. Nak dapat majoriti yang bertudung cukup susah. Kat UIA?? Dalam mungkin, tapi abgteror penah jugak kenal budak UIA nie kat dalam club, Modesto's masa zaman dl....berskirt pendek, minum arak, menari tak kira jantan betina. So, mana lagi nak cari orang yang mengetahui hukum agama? Bukan tau jea ok....sebab memang ramai yang tau tapi tak mengamalkannya. Tak sampai seru katanya. Hmmm....seru camne yang korang nak?....korang tau ajal korang umo berapa? So, memang takde yea istilah sampai seru sebab kalau dari agama lain sampai seru nak memeluk agama Islam tuh memang boleh guna sangat-sangat. Tapi lahir-lahir dah Islam, kecik-kecik pegi ngaji, sekolah sentiasa jea ade pendidikan agama sampai ke Universiti, tapi diamalkan ke ehh?....
 
Cuba la kalau ade plak saman ekor sape tak pakai tudung. Takan sampai nak kene buat camtuh. Mau beratur panjang orang bayar sama. Tapi kat akhirat nanti takan nak beratur panjang gak nak kene bakar rambut yang dibangga-banggakan tu?....Bukan ape. Masalah dari segi penguatkuasaan la semua nie. Takde pihak nak ambil bab. So, takde sape peduli nak pakai tudung ke tak...."Ada aku kesah"....katanya....Pastu ade pulak yang cakap. Tak pakai tudung jea la, tapi manede pakai seksi-seksi. Aduh....korang paham tak tujuan sebenar bertudung.....nak tutup aurat, nak tutup dada korang. Memang la ade yang pakai tudung tayang dada, Itu da lain dosa dia buat. Kira masuk akaun lain la. 

Sepatutnya bende yang kritikal macam nie la kerajaan patut campur tangan. Erk.....nak campo ke kalau sendiri pun...erk....mampus aku! Takan ketam nak ajar anak jalan lurus plak....adeh. So, kerajaan takan masuk campur la nampak gayanya dalam hal nie. Tahniah anda-anda yang tak bertudung and seksi tuh. Tapi itu dunia yea tuan-tuan dan puan-puan. Kat akhirat takde yang terlepas. Jangan sampai ade plak yang tak percaya akan hadirnya hari kiamat. Murtad nanti.....dah jadik satu hal lain plak....aduhhh!!!....Memang takan selesai la masalah nie. Assalamualaikum!!!!............
 
sumber : AbgTeror

Ahad, 13 Mac 2011

Kisah Buang Bayi


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Zina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.


Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.


Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Pembinaan Rumah Burung Walit dan Bagaimana untuk Meningkatkan Sarang dalam RBW yang telah berhasil.


Teknologi pembinaan rumah burung walit telah dicuba dengan berbagai kaedah. Daripada rekabentuk hinggalah penggunaan material. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walit . Material yang lazim digunakan ialah bata merah (bata tanah), bata semin, bata blok atau dinding ‘foam’ (bata ringan)?
Penggunaan bata merah (bata tanah) adalah paling sesuai berbanding bata semin, bata blok kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) sesuai juga kerana kosnya lebih murah tetapi kurang selamat berbanding dengan bata tanah atau bata semin. Ianya lembut dan mudah dicerobohi pencuri. Walau bagaimana pun jika digunakan pada tingkat atas ia tiada masaalah. Penggunaan di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.
Rekabentuk yang selalu digunakan ialah penggunaan rumah monyet pada bahagian atas bertujuan untuk meninggikan kedudukan lubang masuk khususnya dikawasan kebun yang terdapat banyak pokok bagi mengelakkan ganguan pada lubang masuk. Sekali gus dapat mengawal cahaya terang kedalam rumah burung. Kaedah penggunaan lubang terjun juga sesuai untuk burung-burung yang tua. Bagi memancing burung muda lubang terjun tidak berapa sesuai. Lubang terjun biasa digunakan untuk rumah walit dikawasan bandar atau pekan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa dan orang ramai.
Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?. Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan
dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu sirip (perbanyakkan tempat untuk burung menginap) samada secara rak berlapis atau bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah melebihi 6 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga harus dituai berulang kali dalam sebulan jika sarang telah banyak. Ini bagi mengelakkan burung bersarang ditempat yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !