Recent Posts

Like This Blog ?

Ahad, 13 Mac 2011

Rekabentuk Rumah Burung Walit

waaaa... besarnya rumah. Hehe.. Kalau besar bermakna kosnya pun banyak. Bagi yang ingin mencuba juz buat yang sederhana dahulu mengikut kemampuan. Tapi jangan la kecik sangat. Ini akan menganggu keselesaan burung walit. Rekabentuk rumah walit boleh dirancang sendiri tapi perlu dibimbing oleh org yg berpengalaman. Silap hari bulan bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Hasil tak masuk-masuk. Ini hanya nak kongsi beberapa rekabentuk rumah walit >


Haha...yang ni projek swiflet eco-park...
ni tapak pembinaannya...
ni la ilustrasi hasil tersebut..

okeyh.. terima kasih kerana sudi melawat...

DSLR Nikon D7000 !

Pada tanggal 15 September 2010 Nikon kembali merilis Camera DSLR terbaru Nikon D7000. Sebuah camera yang menawarkan kualitas gambar luar biasa, body kokoh, dan performa yang mengesankan.

Jordi Brinkman, Product Manager Nikon Eropa menuturkan, “D7000 adalah kamera yang ideal untuk pemilik DSLR yang ingin “menambah” koleksinya sekaligus semakin memuaskan hasrat fotografi dengan fitur-fitur tingkat tinggi agar dapat meningkatkan daya kreatifitasitas. Kamera ini menggunakan image sensor baru Expeed 2 dan juga sistem AF serta sensor metering yang juga baru untuk menjamin performa memukau yang dibalut dalam body yang kokoh. Intinya, kamera ini sudah memiliki semua yang dibutuhkan.”



D7000 memiliki resolusi sebesar 16.2 Megapiksel dengan format DX dan jenis sensor CMOS. Dengan menggunakan Expeed 2, D7000 menjamin kualitas gambar yang luar biasa, pemrosesan yang lebih cepat, dan berbagai fungsi dengan kekuatan lebih. D7000 mampu menangani noise dengan baik dalam pencahayaan rendah dikarenakan range iso yang lebar, 100 - 6400, yang juga dapat di tingkatkan hingga 25600.

Ketangguhan D7000 dibuktikan dengan ketahanan shutter hingga 150,000 pada kecepatan 1/8000 detik. Selain itu body kokohnya dilindungi logam campuran magnesium yang menjaganya dari debu, kelembaban, dan benturan.

Berbicara mengenai kapasitas penyimpanan, D7000 dilengkapi dengan dual slot SD Card. Dengan ini mampu mengakomodasi kebutuhan pengguna yang menuntut kapasitas yang lega.

Kemampuan lain yang dikembangkan adalah jumlah titik focus sebanyak 39 titik dengan 9 sensor silang di tengah. Tidak peduli subject ada di bagian frame yang mana, hasil gambarnya akan tetap tajam. Selain itu adalah kemampuan merekam video Full HD dengan mode AF-F sehingga proses perekaman dapat senantiasa focus secara kontinyu.


Saat ini Nikon D7000 baru tersedia di UK. Dipasarkan dengan Lensa kit 18-105mm VR pada kisaran harga sebesar $1499/£1299.99/€1399. Belum diketahui informasi kapan akan dirilis di Indonesia.

sumber : Bhinneka

Sabtu, 12 Mac 2011

Kisah tiga anak dara...


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Jumaat, 4 Mac 2011

Perbualan Antara Rasulullah S.A.W Dengan Iblis




Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."


Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."


1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.


Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-


1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.


Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !