Recent Posts
Like This Blog ?
Ahad, 2 Januari 2011
Isteri Ibarat Binatang ! ! !
Posted by
~Arif~Asyraf~
Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan
iaitu:
>pertama seperti tabiat babi
>kedua seperti tabiat kera
>ketiga seperti tabiat anjing
>keempat seperti tabiat ular
>kelima seperti tabiat baghal
>keenam seperti tabiat kala
>ketujuh seperti tabiat tikus
>kelapan seperti tabiat unggas
>kesembilan seperti tabiat serigala dan
>kesepuluh seperti tabiat kambing.
1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.
2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.
3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya
dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta
pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan
lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya
4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang
ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.
5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-
kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang
itu.
6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan
tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".
7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.
8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.
9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka
pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.
10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang
kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.
~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)
Sabtu, 1 Januari 2011
Mengapa WANITA sangat Istimewa...
Posted by
~Arif~Asyraf~
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...
Fakta-fakta yang jarang kita ketahui......!!!! kah3!!!
Posted by
~Arif~Asyraf~
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15 Rahsia Pikat Hati Lelaki
Posted by
~Arif~Asyraf~
1.Senyum
senyum adalah senjata paling berkesan untuk memikat hati seseorang. Tambahan lagi andai kamu memiliki senyuman yang menawan. Buat Apa di simpan gunakanlah untuk membuatkan si dia sentiasa mengingati kamu.
2.Pandai Memasak
sememangnya ini adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan kamu. Biarpun mungkin kemahiran yang kamu ada tidaklah sehandal ibunya namun jangan malu untuk tunjukkan pada si dia kamu juga mampu untuk menghidangkan sesuatu
yang istimewa untuk si dia.
3.Berpewatakan Menarik
Tidak semestinya kamu harus memiliki wajah yang cantik untuk memikat lelaki. Cukup andai kamu punya perwatakan menarik dan bijak membawa diri ke mana-mana sahaja itu sudah mampu menarik minat mereka.
4.Jujur dan Sentiasa Merendah Diri
Lelaki tidak suka pada wanita yang suka membangga-banggakan diri. Bagi lelaki dalam apa jua keadaan lelaki harus mempunyai lebih banyak kelebihan dari perempuan jadi elakkan untuk menunjukkan kamu lebih bagus darinya kalau kamu mahu memenangi hati si dia.
5.Lakukan apa yang dia suka
Jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Ini penting untuk kamu menambat hatinya. Lelaki suka perempuan yang taat pada kata-katanya.Namun ketaatan kamu biarlah bertempat. Jangan menurut sahaja tanpa berfikir baik dan buruk sesuatu perkara itu.
6.Mempunyai tingkah laku yang baik
Lemah lembut dan bersopan santun adalah sifat wajib ada bagi seseorang perempuan dari pandangan seorang lelaki. Sekiranya kamu punya rupa, pangkat dan sempurna segala-galanya namun andai tingkah laku kamu kurang menyenangkan belum tentu kamu akan menjadi pilihan hatinya.
7.Kirimkan Kad Ucapan
Sering memberikan kad ucapan buat si dia sebagai tanda kam usentiasa mengingatinya terutama hari-hari penting si dia. Lelaki akan rasa begitu dihargai apabila ada insan yang mengingati tarikh lahirnya.
8.Jaga cara pemakaian
Cara kamu berpakaian adalah penting kerana ia juga melambang keperibadian kamu. Ada lelaki yang suka membaca sifat-sifat kamu melalui cara kamu berpakaian. Oleh itu, andai kamu mahu memikatnya pastikan kamu tahu si dia senang atau tidak cara pemakaian kamu.
9.Tidak Berahsia
Lelaki suka wanita yang suka berterus-terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
10. Bijak menyesuaikan diri
Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang berdikari serta tidak terlalu bergantung padanya. Ini bukan bermakna lelaki tersebut tidakbertanggungjawab tetapi si dia mahu kamu menjadi seorang perempuan yang boleh membawa diri dalam apa jua keadaan dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
11.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
Objektif utama hidup berpasangan selain berkongsi kasih sayang kita juga pasti mahu berkongsi susah dan senang bersama. Jadi andai kamu mahu memikat hati si dia pastikan kamu sentiasa berada di sampingnya tidak kiralah waktu si dia susah dan senang.
12.Terlalu Manja
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakkan, suka merengek dan mengada-ngada.
13.Sentiasa memegang prinsip
Sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Lelaki paling tidak suka pada perempuan yang tidak pandai mengendalikan soal kewangan.
14.Romantik
Yang paling penting lelaki suka dimanjakan dengan belaian kata-kata yang romantik.
15.Jangan terlalu mengongkong
Selagi kamu tidak mempunyai hubungan yang sah kamu tidak ada hak untuk terlalu mengongkongnya. Lelaki sukakan perempuan yang memberikan sepenuh kepercayaan pada dirinya.