Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 30 Mac 2012

Tips Cara Mendidik Anak-Anak Dari Awal


Anak-anak ialah anugerah dari Allah yang amat bernilai dan merupakan amanah untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin . Tapi perlu diingat , akhlak , perangai dan semua tingkah laku sesesorang anak itu bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak . Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik .

Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....

Mengapa Harga Sarang Walit Menurun ?


SUBANG JAYA: Kejatuhan mendadak harga sarang burung walet sehingga ke paras 50 peratus berikutan penguatkuasaan kerajaan China yang mahu sifar nitrat dalam makanan kesihatan itu selain lambakan di pasaran dijangka dapat diatasi menerusi tiga pendekatan strategik dilaksanakan kerajaan.
Setakat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Kesihatan yang sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa China mengenai kandungan nitrat kerana untuk mencapai sukatan sifar sangat sukar.

Khamis, 29 Mac 2012

KASIH DAN CINTA DALAM ISLAM





“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atausedang bercinta dengannya?”, makadijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorangpasangan KAZZAB (penipu)”

Sabtu, 17 Mac 2012

Teknologi Lebih Pantas dari Kelajuan Cahaya !

Mengenai Tenaga VNP AFTL

Merupakan hasil kajian selama 30 tahun oleh Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D (A.M). 


Teknologi AFTL~ “Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya Alhayat” menghasilkan pengecilan jisim sesuatu bahan, sehingga berupaya mengeluar tenaga “Virtual Negative Photon ~ VNP” yang boleh dirasai dengan tapak tangan, dari jarak 1 ke 20 cm dari produk AFTL. Insya-Allah, sesiapa saja boleh merasainya sendiri.

PERGAULAN BEBAS DAN ZINA





PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Tabarruj - Dosa-dosa kat Facebook !



Ramai yang tidak sedar maksud tabarruj dan lagi ramai yang tidak sedar bahawa mereka melakukan kesalahan tersebut. Post kali ini merupakan perkongsian yang diharap dapat memberi info yang berguna, khususnya wanita. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tabarruj, tidak salah untuk memiliki kecantikan dan rupa paras yang cute miut (sememangnya ciptaan Allah itu kan sempurna dengan izin-Nya), tapi tidak perlu untuk dibanggakan sana sini, promote sana sini, dedah sana sini....cukup sekadar mensyukuri nikmat tersebut. Atas alasan apa untuk ditayangkan/didedahkan (tabarruj)? Terutamanya pada laman sosial seperti Facebook, privatekan lah gambar anda, tidak perlu ditayangkan rupa anda dan body anda. Tahukah anda wahai wanita, ramai lelaki mempunyai iman yang lemah, kang gambar korang kena guna untuk tujuan "peribadi"...padan muka.! Fahami dan ambil tindakan, jauhi tabarruj, cabaran untuk anda andai anda berani...:)

Ahad, 4 Mac 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM



1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !