Recent Posts

Like This Blog ?

Khamis, 12 April 2012

Seksi Tapi Orang Lain Pula yang Salah ?



Mata lelaki mana yang tidak buntang apabila melihat atau terlihat wanita berpakaian ketat memaparkan bentuk badannya yang terjojol sana dan terjojol sini walaupun wanita itu bertudung dan tiada satu bahagian auratnya yang terdedah ?




Memang tidak dinafikan rata-rata orang akan mengatakan lelaki yang memandang itulah yang salah kerana memandang dengan nafsu .

Bagaimana pula dengan si wanita yang berpakaian sedemikian ?

Adakah dia tidak bersalah ? Adakah kerana ianya fesyen , maka orang akan menerima sahaja cara dia berpakaian sebegitu ? Adakah kerana ianya telah menjadi kebiasaan , maka, tiada sesiapa pun yang mahu ambil peduli ? Manakala si lelaki yang memandang pula dilabel berbagai-bagai seperti mata keranjang , buaya darat ,playboy, gila seks , gila perempuan , pantang melihat perempuan berdahi licin dan sebagainya , hanya kerana dia memandang keindahan bentuk tubuh wanita tersebut .


Baru-baru ini aku telah pergi ke sebuah pasar borong basah di tempat aku dan biasalah di waktu pagi begitu ramai pengunjung yang datang untuk membeli barangan dapur.


Di sebelah kereta aku, seorang wanita sedang sibuk mengangkat dan memunggah barangan ke dalam bonet keretanya. Dia berpakaian yang bagi aku terlalu sendat hingga seolah-olah pakaiannya melekap ke badan serta memperlihatkan keindahan payu daranya yang besar bundar , punggung yang bulat dan meliuk-lintuk ketika dia sibuk mengangkat barang. Sudah tentulah keadaan itu menjadi magnet kepada para lelaki yang lalu lalang di situ.

Beberapa buah kenderaan yang melintas seolah-olah sengaja diperlahankan untuk pemandunya menatap keindahan yang dihidangkan secara percuma itu !

Tiba-tiba wanita tersebut bersuara dengan agak kuat...

Kalau nak lalu, lalu aje lah. Buat apa nak tengok-tengok orang pulak ! Tak pasal-pasal jammed kat sini. "

Aku yang sememangnya berada berdekatan di situ , cepat-cepat beredar. Malu !

Berbagai-bagai persoalan bermain di benak dan hatiku. Siapakah yang salah sebenarnya ? Orang lelaki (pemandu-pemandu) yang memperlahankan kenderaan mereka untuk menonton aksi menghairahkan secara percuma atau si wanita yang seolah-olah berbangga menayangkan body yang menggiurkan itu ?


Adakah kesemua orang yang ada di situ bersalah termasuklah aku ? Si wanita bersalah kerana berpakaian terlalu sendat . Pemandu-pemandu yang memperlahankan kenderaan bersalah kerana melihat . Orang ramai yang lain bersalah kerana tidak mahu atau tidak mampu untuk menegur . Aku juga bersalah kerana melihat dan menterjemahkan apa yang aku lihat di blog aku ini ...ish3..adoi ai.

Sempat pula si wanita itu marah dan membebel kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memperlahankan kenderaan mereka dan mengakibatkan tempat tersebut menjadi sesak .

Entahlah...aku harap , di bulan Ramadhan ini tiada aksi-aksi sebegini yang akan dilakukan oleh makhluk Tuhan paling seksi lainnya . Bukan apa , memang kita dituntut untuk berpuasa mata dari melihat perkara-perkara dosa atau yang membangkitkan syahwat tetapi jika terpandang juga takkan kita perlu pejamkan mata serapat-rapatnya hingga mungkin mengakibatkan kemalangan jalan raya .

Kepada kaum hawa yang diciptakan Tuhan dengan keindahan semulajadi , perelokkanlah cara berpakaian di bulan yang mulia ini supaya tidak menerbitkan fitnah dan membuat kaum lelaki keluh kesah menahan sabar .

credit : AbgLongOnline

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !