Recent Posts

Like This Blog ?

Selasa, 31 Mei 2011

Akal dan Nafsu , 9 dan 1 ?




Kita biasa dengar ungkapan, lelaki  9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi. Lelaki dan perempuan berbeza. 

Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 

9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu. Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. 

Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja. Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.
 
Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
 
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka. 9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
 
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri. Diakhirat nanti, andai kata lelaki dapat masuk syurga, di pintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga. Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga... 

note : mohon keinsafan ya .. lelaki atau perempuan ..

Wanita Potong Zakar lelaki yang Rogolnya bawa ke Balai Polis sebagai Bahan Bukti




DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam.

Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin.
“Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti.

Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya.

Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu.
Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.

“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer. – AFP

note : HUISH ! BAHAYE !!!

Isnin, 30 Mei 2011

Nur Kasih The Movie Mediafire / Megaupload / Hotfile free download


Salam reader , hehee ... entry Nur Kasih The Movie ni bukan la link untuk download movie ni tapi nk mintak kat sumua orang yang singgah kat blog ni agar tinggalkan link downloadnya lau sesiapa tahu , puas aku surf kat google. Tapi hasilnya ? ZERO ! 

Movie ni kan ramai penonton , tak tahu la bez ke tak tapi sampai mencecah 19 juta penonton tv tuh ! woww ! tak pe laa , aku ni takde duit , lau sapa-sapa ada duit, belanja la aku, hehehe , bole la aku rakam n bagi korang link downloadnye ... hmm ... minx tolong laa tinggalkan linknya yaa .. tenx :)

huhuu ~ hari ni dah jumpa link Nur Kasih ! ni dia >

Part 1 : Nur Kasih The Movie 2011 ( Mediafire )

Part 2 : Nur Kasih The Movie 2011 ( Mediafire )  

heheheee , selamat menonton !!

Jadikan Pendrive Sebagai Virtual Memory Tambahan Pada Komputer



Jom sama-sama kita lajukan prestasi PC dengan beberapa tweak yang mudah!
Kaedah yang pertama Syok akan terangkan dengan cara manual..yes..manual is hacker!
Kaedah kedua barulah Syok akan berikan kepada anda perisian yang bersaiz kecil namun mampu membantu untuk meningkatkan prestasi PC anda!


1. Masukkan pendrive pada port USB..
(Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik)

2. Klik kanan pada 'My Computer'..

3. Klik 'Properties'..

4. Klik 'Advanced'..

5. Klik 'Settings' pada bahagian 'Performance'

6. Klik 'Advanced'..

7. Klik 'Change' pada 'Virtual Memory'..

8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda..


9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik 'OK'..

10. Restart PC anda..selesai!

11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi 'ReadyBoost' yang terletak pada 'My Computer' juga..



Menggunakan perisian eBoostr untuk menambahkan RAM


Tak payah cakap banyak..terus muat turun perisian ini dibawah dan gunakannya!

source : eBoostr+Crack 

Mudahkan? pada waktu mula-mula installation, memang bahasa yang terpapar bukan bahasa Inggeris..Syok pun tak tahu bahasa apa jadi jangan tanya ya..tengok pada gambar dibawah untuk panduan menukar bahasa..

terima kasih ....

credit : MyHacker

Ahad, 29 Mei 2011

Nafsu Lelaki ? atau Nafsu Perempuan ? Jangan Seksa Lelaki ...


Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.


Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.


Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

~~~renung-renungkan wahai wanita di luar sana..jgn jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yg tergadai.

Sabtu, 28 Mei 2011

Alhamdulillah ... Hari ni Aku Dapat BE baru iaitu "DiGi WWWOW" Daripada Nuffnang


Petang ni aku free sikit , Syukur Alhamdulillah , pagi tadi aku saje-saje bukak Nuffnang , juz nak tgok uniq visittor je , then tekan lak kat earning , eh ? BE aku bertambah ? hehehe .. yahoo ! sukenyer + heppy + geram = "Sayang Nuffnang" Nama BE tu ialah "DiGi WWWOW Awards (video) LR"
 BE ni letaknye kat "Large Rectangle" . Tapi sekarang "Large Rectangle" aku selalu diguna oleh BE "Prudential Recruitment LR" . Adoy !...


Semua earning aku yang dah meter bukan banyak sngat pun , sbb tu aku merayu ni (kuang3!) . Aku bukan la blogger yang pro tapi aku cuba la sedikit demi sedikit dan belajar terutamanya tentang SEO ni , maklumla , aku terlalu sibuk , xde mase untuk berblog , jadi terima kasih kepada korang yang like page aku, follow aku , yang setia tnggalkan komen agar tru menyokong aku .. hik3.. iklas dari hati.. 

Kepada pengungjung yang terserempak dengan iklan2 ni , boleh la klik2 yaa :) 
Kerjasama anda amat diperlukan :) hehheee ... klik you back lau masa mengizinkan :)

Teka-teki tentang Islam

1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?

Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?

Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?

Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim…

5. Wahyu terakhir diturunkan?

Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg famous= al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara....Tapi,6 - 6 = 0 (Betul la kan....),6 - (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) = 0 jugak... Apakah ia?

Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah

More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?


Jawapan :

NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah..memandangkan Surah taubah tiada bismillah..maka sepatutnya ada 113 bismillah..tetapi bila dikira balik ada 114 bismillah..dalam surah manakah letaknya bismillah yang satu lagi?

Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30! lebih tepat lg bismillahirrahmanirrahim (sebab kalo just bismillah ade byk sebenarnya).. ayat dlm surah an-naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada raja balqis..

9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun hairan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.Soalannya manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?

Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

10. dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. ade satu surah panjang ni, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis sekali turun.. surah apakah namanya?

Jawapan: surah al-an'am..

11. kenapa diharamkan nikah gadis se kampung?

Jawapan: sebab dalam islam cuma bagi lelaki kahwin 4 orang je..
x blh lbh dari tu kan.. jd kalo kawin dgn gadis sekampung,brape ramai tu?
besanya dalam kampung mesti adalebih dr4 org gadis,kalo tak bukan nama kampung la kan?

12. surah ape yang x de huruf mim...???

Jawapan: surah Al-Kauthar

13. siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?

Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil.. masa tu just ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda... 1/6 la tu..

P/s : Disamping berhibur tambah ilmu.

Kongsi 2011 Free Mediafire / Hotfile / Megaupload Download "Lu Langsi , Lu Mati"


Ni entry hanya untuk berkongsi link download KONGSI 2011 , Linknya ada dibawah :

part 1 :  http://www.mediafire.com/?6s033lbshzbhm48

part 2 : http://www.mediafire.com/?y3q4da0l2nm09q3

Aku pun ngah download , if broken , forgive me ... hehee ... :)

Cara Membuat Aroma Untuk Rumah Burung Walit

Hehe , aku ngah bosan , juz cari posting yang dapat tinggikan trafik ... hehe ...

Jangan terpedaya dengan aroma walet yang dijual itu , 
Jikalau anda nak buat aroma walet ada 2 kaedah:

KAEDAH 1


Ambil najis burung walet kemudian rendamkan selama 1 minggu – 2 minggu supaya berbau tengit dan hamis.  Kemudian tapis dan semburkan sekitar dalaman rumah burung walet. Jangan terkena pada papan sirip(plank).  Kalau nak betul2 kaw campurkan dengan minyak ikan.   3:1 

Selamat mencuba. Ini perlu untuk rumah walet yang baru..

KAEDAH 2


Ambil sarang burung yang hancur…kenapa hancur? Sebab yang tak hancur kita jual lar…
Rendam sarang hancur yang dikisar itu dalam air bersih selama 14 hari,  Lepas itu spray pada papan sirip rumah burung.

Selamat mencuba..

Jumaat, 27 Mei 2011

Tips Menjaga Rambut Supaya Kekal Sihat



Sentiasa Lembab
-          Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungu pelembab. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memadai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasikan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembab dan menghindari kekusutan.

Keringkan Rambut Dengan Cara yang Betul
-         Untuk menjaga supaya rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semulajadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembab setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering.
-         Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus  , ketika mengeringkan rambut , halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.

 Sapu Minyak Jika Perlu
-         Sapuan minyak membantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lalu sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa.
Potong Rambut Mengikut Kesesuaian
-         Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau kerinting selain nampak semakin mengembang.

note : amalkan selalu yer .. hehe .. 

Sabtu, 21 Mei 2011

Camne Nak / Baiki Blog / How to Bypass Lone Ranger Hack


Dua hari yang lepas aku telah dikejutkan dengan page SIAL berwarna gelap seperti di atas , Apesal ? Hampir nak gila aku dibuatnya , dah la blog keluar page bangang , akaun blogger lak tak boleh akses , Adoy ! Nak hack pun agak2 la ! Cari la laman banking ke ! SIAL tahap **** ! 

Sampai semalam baru blog aku kembali pulih hasil pertolongan Cikgu Zul , cikgu sekolah lama aku , huh ! Syukur ! Ase nak terbang ! SUKENYE Hati aku !! Sapa tak marah , dah la stat blogger dan nuffnang jadi kosong. Last2 hilang Status "GLITTERATI" aku yang sentiasa mantain walaupun tak BW. hahaha!


hem ! Klau jumpa si Hacker tu ! Aku pukul sampai MAMPUS ! Takde keje lain ke ? Sekarang , blog .:Syok-Blogger:. dah kembali normal dengan pagenya , hehehe ,


Apa tu ek ? hahahaha ... owh ! sapa-sapa yang terjumpa iklan PRUDENTIAL LR ni ! Rajin2 kan tangan untuk klik yer ! Thats My "Buffered Earning" now ! plsssssssss ! merayu ! :P , kalau anda mempunyai masalah yang sama , jangan malu bertanya :) Sekali lagi 

Terima Kasih Cikgu ZUL !

Macam Mana Cara Nak Cashout Duit dari Nuffnang

Alhamdulillah, hari ni, hati aku terbuka untuk cash out earnings aku yang tak seberapa dengan 2 angka.Hahahaha..

Hari ni aku nak ajar la cara-cara nak cash out earning dari Nuffnang ni.

1) Mula-mula mestilah kena Login dulu kat SINI.

2) Pastu pastikan maklumat diri anda betul . Kalo nak tahu betul ker dak click pada Change Profile.

Klik Gambar Untuk Jelaskan

3) Klik la pada Cash Out my earnings! Tak kan ada button ni selagi tak achieve RM 50 keatas yer!

Klik Gambar Untuk Jelaskan

 4) Then Klik OK macam kat bawah

Klik Gambar Untuk Jelaskan
5)Pastu akan keluar macam skrin berikut plak.Katanya, Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent ( 60-days for non-Glitterati members ).Harap-harap 30 hari sampai laa cek ini ketangan aku.Amin.

Klik Gambar Untuk Jelaskan

6) Email akan dihantar kepada akaun kita untuk mengesahkan yang kita telah cash out earnings tu untuk pengesahan payee name.Kalo tersilap payee name, hubungi  helpdesk nuffnang @  http://helpdesk.nuffnang.com.my
 * Payee Name ni kena sama dengan nama dalam kad pengenalan ok! kalo dak, tak leh laa nak cash in cek tu... harap-harap sampai duit tu kepada tuannye ~ ehheee ... :)

Cara Mengawal Hawa Nafsu atau Ornani

Seorang perempuan bertanya : 

ustaz, Bagaimanakah nafsu dapat dikawal? contohnya, perbuatan menonton cerita lucah. walaupun tidak melakukan zina secara terang-terangan tetapi tetap merupakan perbuatan yg mnghampiri kpd zina. Bagaimnakah nafsu dapat dikawal?

MENGENAL NAFSU DAN MENGAWALNYA.
 
Salah satu elemen sifat penciptaan manusia adalah dengan memasukkan perkara nafsu dalam diri manusia. sebelum belajar mengawal nafsu perlu kita ketahui dulu apa itu nafsu. nafsu adalah satu elemen perasaan manusia yang suka kepada sesuatu perkara samada perkara itu baik atau sebaliknya. tempat tinggal nafsu ini ada di dalam jiwa kita yang sentiasa memainkan peranannya apabila manusia melihat dan memikirkan sesuatu sebelum jiwa itu mendifinisikannya.
 
Jiwa kita terlalu luas sebagaimana firman Allah Taala " Aku ini tidak termuat oleh isi langit dan bumi tetapi aku termuat di dalam hati hamba ku yang beriman." maksud dalam firman Allah ini menyebut hati itu sebagai jiwa manusia dan komplikasinya amat luas sekali. contoh paling mudah untuk di fahami; manusia suka berangan-angan atau bercita-cita kepada sesuatu. maka terjadilah bayangan imej di dalam jiwanya mengenai apa yang dia ingin angan-angankan itu. sedangkan pada realitinya ia tidak seperti di dalam bayangannya itu. itulah jiwa kita dan Allah ciptakan jiwa ini dengan terlalu luas sekali untuk manusia merenungi, memikirkan dan sematkan di dalam hati mereka agar menjadi manusia yang berguna.
 
Dalam jiwa selain ada pelbagai perasaan yang di ciptakan, nafsu adalah satu bab yang wujud di dalam jiwa kita. nafsu jangan disalah erti sebagai sesuatu perkara yang negatif. sebenarnya nafsu itu adalah sebuah rumah di dalam jiwa kita. bagaimana kita mengisinya di dalam rumah itu? di sinilah wujudnya kawalan itu. sebenarnya manusia boleh mengawal manusia nafsunya jika ia inginkannya. tetapi sebab sifat di dalam jiwa itu pelbagai maka kadang kala ia sukar untuk dikawal. jangan lupa di dalam rumah kita pun pelbagai barang yang ada di dalam rumah itu kadang-kala kita juga boleh terleka atau terlalai menjaga barang kita yang ada di dalam rumah itu. inikan pula nafsu. 

Jika di cabangkan nafsu ini ia ada pelbagai peringkat. dalam kitab ihya uluhuddin ada menyebut tentang pembahagian nafsu ini kepada 3 peringkat. walau apa pun cara kita mahu mengawal nafsu yang tidak baik ini kita perlu bertazkiyah an nafs dalam erti melayunya perlu kepada pembersihan jiwa. contohnya banyak kan membca alQur'an dan selami makna-maknanya di dalam al-Qur'an itu, khusyuk dalam solat juga penting sebagai benteng kukuh mengawal nafsu yang tidak sihat ini. Allah Taala juga berfirman " dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan."

Sentiasa mendekati majlis-majlis ilmu ugama, kelas-kelas ugama, supaya masa kita tidak terdedah kepada perkara yang sia-sia. insyaAllah dengan usaha kita yang baik itu walau sedikitpun sekurangnya tiada ruang bagi nafs bi nikmah ini tidak bersangkut bersarang di dalam jiwa kita.

mohonlah perlindungan kepada Allah nescaya Allah selamatkan kita semua.. wasalam...

Isnin, 16 Mei 2011

Pahala-pahala berjemaah di masjid


1. Sebelum berjalan ke masjid, ketika seseorang berwuduk di rumahnya, bukan berwuduk di masjid, dia telah mendapatkan pahala atas wuduknya.

2. Ketika dia memakai pakaian dan wangi-wangian dengan niat kerana akan masuk masjid, maka dia akan mendapat pahala tersendiri. Kerana Allah SWT telah memerintahkan agar seseorang berhias setiap masuk masjid.

3. Ketika seseorang berjalan ke masjid dengan melangkahkan kaki, maka tiap langkah kakinya itu mendapatkan kebaikan tersendiri yang mendatangkan pahala.

4. Ketika masuk masjid, seseorang akan mendapat pahala bila membaca doa masuk masjid.


5. Masih ketika masuk masjid, dia juga akan mendapatkan pahala ketika melangkah dengan kaki kanannya.

6. Setelah masuk masjid, seseorang akan mendapat kesempatan mendapatkan pahala dari solat tahiyatul masjid.

7. Kemudian ketika seseorang duduk di masjid sambil menunggu datangnya waktu solat, dia sudah dikira melakukan iktikaf bila dia meniatkannya. Menurut mazhab As-syafi’iyah, iktikaf boleh dilakukan asalkan dengan niat dan berdiam di masjid, meskipun hanya sesaat saja.

8. Begitu azan berkumandang, dia juga akan mendapatkan kesempatan mendapatkan pahala tersendiri dengan mendengarkan azan dan menjawabnya.

9. Setelah mendengar azan, dia akan mendapatkan kesempatan mendapatkan kebaikan lagi ketika membaca doa selepas azan.

10. Selesai doa azan, dia akan mendapatkan lagi kesempatan mendapat pahala dengan solat sunnah qabliyah.

11. Setelah iqamat,lalu imam mengatur barisan, dia akan mendapatkan pahala lagi bila ikut memperhatikan imam dan mengatur barisannya agar lurus dan rapat.

12. Pada saat solat jemaah dilaksanakan, dia akan mengikuti semua gerakan imam dengan baik. Kalau imam berdiri, maka dia berdiri, kalau imam rukuk, maka dia rukuk, kalau imam sujud maka dia ikut sujud. Semua tindakannya mengikuti imam itusudah mendatangkan pahala tersendiri.

13. Ketika imam sampai pada bacaan “waladhdhaallin”, maka dia menjawab, “amiin.” Jawaban itu mendatangkan pahala tersendiri.

14. Dia juga akan mendapatkan pahala tersendiri ketika mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, dibandingkan saat solat sendirian di rumah, atau berjemaah di rumah. Kerana salam itu doa untuk orang yang di kanan dan kirinya. Dan kerana di masjid jumlah jemaahnya lebih banyak, maka doa yang akan diterimanya jauh lebih banyak.

15. Selesai solat wajib, dia akan mendapatkan pahala lagi bila membaca beberapa zikir atau doa.

16. Kemudian kesempatan berikutnya lagi adalah ketika dia melakukan solat sunnah ba’diyah solat.

17. Di dalam masjid, dia tentu akan bertemu dengan banyak jemaah solat lainnya. Ketika bertemu dan memberi salam, dia akan mendapatkan pahala tersendiri.

18. Sambil memberi salam, apabila dia juga berjabat tangan, maka dia pun akan mendapatkan pahala tersendiri.

19. Senyumnya kepada sesama saudaranya adalah sedekah. Dan ini akan menambahlagi kesempatannya untuk mendapatkan pahala.

20. Ketika hendak berpisah dengan sesama jemaah di masjid, maka dia akan mendapat pahala bila mengucapkan salam atau membalas salam.

21. Dia juga akan mendapatkan pahala bila diikuti dengan berjabat tangan ketika akan berpisah dengan sesama muslim.

22. Ketika pulang dari masjid, dia membaca doa keluar masjid. Hal itu menambah lagi pahalanya.

23. Di masjid terbuka kesempatan untuk berinfaq, maka bila dia memanfaatkan kesempatan itu, dia akan mendapatkan pahala tersendiri dari berinfaq.

24. Di dalam masjid seringkali digelar khutbah atau majelis ilmu (kultum). Bila dia mendengarkan nasehat dan penyampaian ilmu dengan niat menjalankan perintah Allah SWT dan kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya, maka dia akan mendapatkan kebaikan tersendiri.

25. Ketika keluar, dia melangkah dengan kaki kirinya. Satu lagi tambahan pahala akan didapatnya.

26. Ketika pulang, dia mengambil jalan lain yang tidak sama dengan jalan yang dilalui semasa pergi ke masjid.
Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang tentu mendatangkan pahala tersendiri.

27. Setiap langkah kaki saat pulang dari masjid, maka dia akan mendapatkan pahala lain tersendiri.

27 Keutamaan solat di Masjid. Tentu ini hanya sebagian kecil dari keutamaan solat berjemaah di masjid.

Tshirt Terkini yang Mempunyai Unsur Lucah ?

Apa hal ni ? Pakai baju tak ? huhuuu .. ni la trend zaman sekarang , patern baru kot , ni kat Jepun , aku jumpa pic ni time blogwalking , tapi dah lama pic ni , cuma baru sekarang ada masa nak post ...


wow !! bahaya la kalau ada baju ni kat Malaysia , menghairahkan orang ramai je .

ish ! mintak2 takde la kat Malaysia , 6ti sume lelaki jadi gila , perempuan pun tambah dosa ... adoy .. dunia sekarang ... :( wallahualam ..

note : rajin-rajinkan tangan like post2 disini dan tinggalkan komen anda :)

Dalam Botol 2011 Mediafire l Hotfile l Meagaupload free download


hehehe ... juz sharing link ....

Part 1 : Klik Sini

Part 2 : Klik Sini

Part 3 : Klik Sini

Credit : Mediafire

Cara Mengubah Window 7 kepada Window 8 l how to transfer windows 7 to windows 8


Salam semua pembaca sekalian, Pada Entri kali ini Syok akan berkongsi tentang cara mengubah window 7 kepada window 8. Bila window akan dilancarkan? 

Ketika Consumer Electronics Show (ECS) 2011 pihak microsoft mengatakan Window 8 akan dilancar samada tahun 2012 atau selepas itu.

Window 8 akan memberi kelebihan jaringan kepada system-on-a-chip (SOC) and mobile ARM processors.
Terjah juga tentang Window 8

Menurut khabar dikatakan dokumen berkaitan window 8 telah bocor dinternet. Disengaja atau tidak belum dapat dipastikan. Namun dikhabarkan window 8 nanti akan mengunggulkan aplikasi sensor, Global Positioning System (GPS) dan sebagainya.


Banyak rumor yang tersebar di internet tentang versi window 8 ini. Namun sebenarnya ini bukan merupakan rumor lagi, tapi Syok dapati Window 8 Build 7955 telahpun bocor di internet.

Bagi pembaca yang ingin mengubah windows 7 menjadi mirip dengan windows 8 anda dapat menggunakan skin pac yang dapat didownload dari laman web deviantart.com
Jangan Lupa juga terjah Keperluan Untuk Install window 7

Dilaman web ini ada juga  tutorial untuk ubah window 7 kepada window 8. Cuma syok tidak menjanjikan jaminan bebas risiko kepada computer atau laptop berkenaan tutorial ini.Sekian dan selamat mencuba.

CARA NAK MELAJUKAN STREAMYX ANDA

Jika anda menggunakan streamyx dan terasa slow untuk masuk web-web yang menmpunyai hosting luar negara . Ini ada tips untuk lajukan connection internet anda.

Caranya, gunakan proxy dari streamyx.
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128

Untuk yg menggunakan firefox .
Tools -> Options->Advance->Network->Settings


Cubalah.. memang laju giler... :)

credit : Minda-Malaysia

Isnin, 2 Mei 2011

Hehe ! Metered Earning !

Klik Gambar Untuk Jelaskan

hehe .. dah lama nenunggu , baru dapat "meter earning" .. walaupun sedikit tapi boleh la bagi blogger yang masih baru macam aku ... anda macam mane ? so rajin-rajin la Bw ke pape , tapi aku tak layan pun blog ni ... tapi tetiba Nuffnang bagi duit poket ... huhu .. Lagipun ranking blog aku kat Alexa bukan tinggi sangat .. tgok pic kat bawah ... 




da nampak ? hehe ... bye2 .. salam .. :)

Ahad, 1 Mei 2011

Dosa dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu


Subuh : Sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)

Zohor : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam.

Asar : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Makkah)

Maghrib : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri
 
Isyak : Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !