Recent Posts

Like This Blog ?

Ahad, 30 Oktober 2011

Lelaki Bercinta Dengan Keldai



SEORANG lelaki Zimbabwe baru-baru ini menggemparkan mahkamah di dalam keterangannya bahawa pelacur yang dilanggannya secara tiba-tiba berubah menjadi seekor keldai.
Meskipun menyedari bahawa pelacur tersebut adalah seekor keldai, Sunday Moyo mengaku jatuh cinta terhadap keldai tersebut setelah ‘melanggan’ haiwan berkenaan.
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya kepada mahkamah baru-baru ini.
Sumber AFP memberitahu Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.
Dalam kejadian itu, Moyo yang berpendapat dirinya juga ‘seekor keldai’, memberitahu bahawa dia terpaksa membayar sebanyak AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.
Bagaimanapun, dia terkejut pada keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.
Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. – 

credit : Mynewshub.my

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !