Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 27 Mei 2011

Tips Menjaga Rambut Supaya Kekal Sihat



Sentiasa Lembab
-          Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungu pelembab. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memadai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasikan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembab dan menghindari kekusutan.

Keringkan Rambut Dengan Cara yang Betul
-         Untuk menjaga supaya rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semulajadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembab setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering.
-         Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus  , ketika mengeringkan rambut , halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.

 Sapu Minyak Jika Perlu
-         Sapuan minyak membantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lalu sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa.
Potong Rambut Mengikut Kesesuaian
-         Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau kerinting selain nampak semakin mengembang.

note : amalkan selalu yer .. hehe .. 

1 komen ! anda pula ?:

Angin Selat Melaka berkata...

Hello,

Untuk cepat selesaikan masalah rambut kusut, buat teknik rebonding. Lepas tu, gunakan teknik ini:

Penjagaan Rambut Rebonda

bagi mengekalkan kekuatan dan kecantikan rambut yg dah di-set tu. Semoga berjaya. TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !