Recent Posts

Like This Blog ?

Ahad, 2 Januari 2011

Isteri Ibarat Binatang ! ! !



Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan

iaitu:
>pertama seperti tabiat babi
>kedua seperti tabiat kera
>ketiga seperti tabiat anjing
>keempat seperti tabiat ular
>kelima seperti tabiat baghal

>keenam seperti tabiat kala
>ketujuh seperti tabiat tikus
>kelapan seperti tabiat unggas
>kesembilan seperti tabiat serigala dan
>kesepuluh seperti tabiat kambing.

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya
dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta
pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan
lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang
ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-
kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang
itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan
tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka
pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang
kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !