Recent Posts

Like This Blog ?

Sabtu, 1 Januari 2011

15 Rahsia Pikat Hati Lelaki

1.Senyum
senyum adalah senjata paling berkesan untuk memikat hati seseorang. Tambahan lagi andai kamu memiliki senyuman yang menawan. Buat Apa di simpan gunakanlah untuk membuatkan si dia sentiasa mengingati kamu.

2.Pandai Memasak
sememangnya ini adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan kamu. Biarpun mungkin kemahiran yang kamu ada tidaklah sehandal ibunya namun jangan malu untuk tunjukkan pada si dia kamu juga mampu untuk menghidangkan sesuatu
yang istimewa untuk si dia.

3.Berpewatakan Menarik
Tidak semestinya kamu harus memiliki wajah yang cantik untuk memikat lelaki. Cukup andai kamu punya perwatakan menarik dan bijak membawa diri ke mana-mana sahaja itu sudah mampu menarik minat mereka.

4.Jujur dan Sentiasa Merendah Diri
Lelaki tidak suka pada wanita yang suka membangga-banggakan diri. Bagi lelaki dalam apa jua keadaan lelaki harus mempunyai lebih banyak kelebihan dari perempuan jadi elakkan untuk menunjukkan kamu lebih bagus darinya kalau kamu mahu memenangi hati si dia.

5.Lakukan apa yang dia suka
Jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Ini penting untuk kamu menambat hatinya. Lelaki suka perempuan yang taat pada kata-katanya.Namun ketaatan kamu biarlah bertempat. Jangan menurut sahaja tanpa berfikir baik dan buruk sesuatu perkara itu.

6.Mempunyai tingkah laku yang baik
Lemah lembut dan bersopan santun adalah sifat wajib ada bagi seseorang perempuan dari pandangan seorang lelaki. Sekiranya kamu punya rupa, pangkat dan sempurna segala-galanya namun andai tingkah laku kamu kurang menyenangkan belum tentu kamu akan menjadi pilihan hatinya.

7.Kirimkan Kad Ucapan
Sering memberikan kad ucapan buat si dia sebagai tanda kam usentiasa mengingatinya terutama hari-hari penting si dia. Lelaki akan rasa begitu dihargai apabila ada insan yang mengingati tarikh lahirnya.

8.Jaga cara pemakaian
Cara kamu berpakaian adalah penting kerana ia juga melambang keperibadian kamu. Ada lelaki yang suka membaca sifat-sifat kamu melalui cara kamu berpakaian. Oleh itu, andai kamu mahu memikatnya pastikan kamu tahu si dia senang atau tidak cara pemakaian kamu.

9.Tidak Berahsia
Lelaki suka wanita yang suka berterus-terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

10. Bijak menyesuaikan diri
Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang berdikari serta tidak terlalu bergantung padanya. Ini bukan bermakna lelaki tersebut tidakbertanggungjawab tetapi si dia mahu kamu menjadi seorang perempuan yang boleh membawa diri dalam apa jua keadaan dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. 

11.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
Objektif utama hidup berpasangan selain berkongsi kasih sayang kita juga pasti mahu berkongsi susah dan senang bersama. Jadi andai kamu mahu memikat hati si dia pastikan kamu sentiasa berada di sampingnya tidak kiralah waktu si dia susah dan senang.

12.Terlalu Manja
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakkan, suka merengek dan mengada-ngada.

13.Sentiasa memegang prinsip
Sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Lelaki paling tidak suka pada perempuan yang tidak pandai mengendalikan soal kewangan.

14.Romantik
Yang paling penting lelaki suka dimanjakan dengan belaian kata-kata yang romantik.

15.Jangan terlalu mengongkong
Selagi kamu tidak mempunyai hubungan yang sah kamu tidak ada hak untuk terlalu mengongkongnya. Lelaki sukakan perempuan yang memberikan sepenuh kepercayaan pada dirinya.

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !