Recent Posts

Like This Blog ?

Selasa, 30 November 2010

P1 Wiggy Portable Modem 4G


Dalam entri lepas aku pernah menceritakan pasal Super Wiggy Portable Modem dari P1 Wimax. Masa dalam percubaan 7 hari memang laju dan tahap superb. Memang aku dah agak pun. Seminggu dua selepas itu pun pun memang masih laju tapi tidak mencapai seperti mana tahap masa dalam 7 hari tempoh percubaan.



Namun seminggu kebelakangan nie, asyik disconnect jer. Dalam tempoh sejam tak tahu berapa kali terputus. Nak di ikutkan memang lah benggang namun masih cuba bertahan lagi. Sebab aku guna modem nie di waktu kerja jer disebabkan talian internet di pejabat aku laju macam siput. So, terpaksalah kuarkan sendiri duit poket untuk buat2 kerja kat pejabat menggunakan modem sendiri punya. Kat umah aku tak pakai pun modem nie, sebab di rumah sudah ada "outdoor" modem. Yang tu aku tak nafi, memang laju tahap gaban macam nak bertukar ke baju besinya.


Semalam aku ada call wimax untuk nak pulang kembali modem ni dan di suruh datang ari nie. Tapi pelik bin ajaib, modem nie tak buat masalah lak sepanjang aku on semenjak pagi tadi lagi. Dilema lak rasanya nak ke PJ. Dah la jauh gak tu. Tengok dulu la seminggu dua nie macam mana.

0 komen ! anda pula ?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !