Recent Posts

Like This Blog ?

Isnin, 14 Jun 2010

Cara Buat Duit Dengan PayPal Malysia


Kali ini saya ingin menulis tentang PayPal.

Mungkin ramai yang dah tahu, PayPal sudah pun membuka cawangannya di Malaysia. Jadi, sekarang ni urusan pengeluaran wang dari akaun PayPal lebih mudah dan cepat. Kini, kita boleh pindahkan terus wang dalam Akaun PayPal itu ke mana-mana bank tempatan seperti Maybank, CIMB dan lain-lain lagi.

Apa gunanya akaun PayPal ni?

1) PayPal membolehkan kita membuat pembayaran di internet dengan mudah. Jadi tak perlulah kita bersusah-payah lagi memasukkan maklumat Kad Kredit/Kad Debit kita setiap kali hendak membuat pembayaran di internet.

2) Dengan PayPal juga kita boleh terima wang daripada sesiapa sahaja melalui internet (samada mereka menggunakan PayPal, kad kredit atau kad debit). Fungsi ini amat berguna untuk sesiapa jua yang ingin menjual produk mereka melalui blog, email atau website sendiri.

3) Kalau nak  kutip derma di internet pun boleh. Fungsi ini amat berguna untuk mana-mana pertubuhan atau perseorangan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan.

4) PayPal bolehlah dikatakan sudah menjadi akaun utama dan paling popular dalam dunia kewangan internet. 


Cara menggunakan akaun PayPal?

1) Log in akaun PayPal anda dan terus masuk ke laman “My Account”

2) Selepas itu klik pada menu “Merchant Services”

3) Cari "Key Features" seperti gambar di bawah ini dan klik pada mana-mana fungsi yang anda ingin gunakan.
4) Ikuti sahaja arahan yang dipaparkan selepas itu.

5) Copy kod html yang diberikan, paste pada blog, email atau website anda.

Buat duit dengan PayPal?

Memang boleh! Anda boleh mendapat sehingga USD 10,000 jika memperkenalkan PayPal pada sesiapa jua yang melayari blog atau website anda. Caranya mudah sahaja. Buka akaun PayPal dan klik pada “Referral” di bahagian bawah sekali halaman utama Paypal.

Cara membuka akaun PayPal?

Anda boleh terus [klik di sini] dan ianya PERCUMA.



1 komen ! anda pula ?:

Tanpa Nama berkata...

When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each time a comment is added I get several emails with the
same comment. Is there any way you can remove people from that service?
Thanks!

Feel free to visit my webpage - roofing evansville

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !